Kawan-kawan setia

Ahad, 3 Julai 2011

Kelakarnya...mengalahkan maharaja lawak...

Seorang yang mengaku BERSAUDARA dengan TG Nik Aziz mengiistiharkan diri keluar PAS dan masuk UMNO, ketika ditemui pemberita ....Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan PAS kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti.

Contoh yang pertama: Kalau dahulu, PAS kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini PAS membenarkannya demi perjuangan Islam.

Contoh kedua: sebelum ini PAS menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN iaitu dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC. Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang PAS panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP.

Contoh ketiga: PAS meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan PAS mudah tunduk kepada DAP.

Maka kerana itulah beliau bertekad menyerahkan borang menjadi ahli UMNO kepada Najib. Alasan tersebut sama dengan yang diskrip oleh BN sedangkan dia mengaku ahli PAS. MAcam mana ahli PAS bercakap dalam skrip UMNO...lucu-lucu...., kecuali lah dia memang ahli UMNO yang masuk semula UMNO untuk drama sebabak dalam gelombang merah.

Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am PAS itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." Lagi satu ayat yang sangat lucu, kata saudara TG Nik Aziz, rupanya dia saja yang mengaku tapi hakikatnya macam orang kata datuk aku nabi tau, NABI ADAM.....

1 ulasan:

sue berkata...

tk fhm lah..mksdnya awk ni m,bela ke memerli??mmg suker bnda politik ea???