Kawan-kawan setia

Selasa, 20 September 2011

Pak Berahim merapu lagi......

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.
"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri.
"Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, hukum hudud Pas itu boleh diibaratkan seperti nasi basi yang sudah dibuang dan kemudiannya dikutip semula untuk dihidangkan oleh Nik Abdul Aziz. "Setelah Pas ketandusan modal untuk menghentam UMNO, maka nasi basi yang dikutip itu dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada rakyat Kelantan dan penyokong Pas lain semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
"Pas berkata hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan, jadi sekarang saya ingin mencabar Nik Abdul Aziz bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohammad Sabu dan semua ulama Pas supaya merangka sendiri Draf Pelaksanaan Hukum Hudud itu tanpa meminta bantuan luar dan hebahkan kepada rakyat Kelantan apabila siap kelak," katanya.
Ibrahim menambah, pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja.
"Namun, saya sangsi apakah mereka mampu melaksanakannya kerana apabila digertak sedikit oleh Penasihat DAP, Karpal Singh semua ulama Pas termasuk Abdul Hadi akan menggigil, kasihan penyokong Pas yang mudah ditipu dan dipermain-mainkan."Justeru, adalah lebih baik Pas menumpukan usaha mendidik pengikutnya supaya mendalami ajaran Islam yang sebenarnya dan lebih penting jangan berbalah dalam bab politik sebaliknya bersatulah untuk memakmurkan ekonomi negara dan perkara baik yang lain," katanya.

 Berita ini dikutip oleh Utusan Malaysia, biasalah suratkhabar sampah mengutip berita sampah yang busuk membusuk, takkan ferari nak kutip sampah. Dalam keadaan memakai baju parlimen PAS yang menang di Parlimen Pasir Mas atas ihsan Tok Guru walaupun diragui oleh PAS Kelantan, dia sanggup melukai hati Tok Guru dengan ungkapan-ungkapan yang biadap. Orang jenis apa tak tau la Pak Berahim ni.....semoga beliau insaf sebelum terlambat...

2 ulasan:

jawapan bodoh untuk si bangang berkata...

kenapa la nik aziz ni,dah tak tau ngaku saja la,pi minta tolong ngan pak brahim untuk drafkan hukum2 tu.

amidaron berkata...

Memang ibrahim ali ini pandai. Malangnya hidayah yang Allah kurniakan kepadanya disalahgunakan dan diselewengkan mengikut hawa nafsunya yang gilakan kuasa dan nama. Semoga beliau sedar akan kesilapan ini dan kembali mengamalkan Islam dan seterusnya menggunakan seluruh sisa umur beliau untuk mendukung aspirasi Islam.