Kawan-kawan setia

Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan diperintahkan bayar RM60,000 kepada YB Khalid


Akhirnya Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerosakan kepada MP Shah Alam, YB Khalid Samad. Sebabnya kerana menerbitkan  artikel ynag bersifat memfitnah Khalid di akhbar itu dua tahun lepas. Hakim memerintahkan bayaran tersebut kepada Khalid selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Penulis asal artikel Zul Nordin, tidak disaman oleh Khalid. Pada 30 September lalu Khalid telah menang dalam samannya ke atas akhbar pro UMNO itu  ekoran hakim memutuskan bahawa Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa plaintif difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel tersebut. Semasa mengemukakan samannya tahun lepas, Khalid  menamakan Ketua Pengarang kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

Alhamdulillah!!! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa... Kebenaran telah terserlah... Syabas YB, teruskan perjuangan anda... Allah bersama2 orng yg benar..

Suporna berkata...

Nice Post.......