Kawan-kawan setia

Jumaat, 25 November 2011

Kenyataan tak patriotik pembesar BN

Tak tahu lah bila pemimpin dan ahli BN/UMNO ni nak sedar perbezaan parti dengan kerajaan. Merujuk kepada kenyataan Awang Adek yang dipetik BERNAMA, ternyata beliau belum memahami politik sebenarnya, seorang pembesar, pemimpin besar UMNO masih tak boleh membezakan antara parti (UMNO) dan kerajaan (Malaysia). Harta kerajaan disamakan dengan harta UMNO lalu kalau UMNO memerintah Kelantan barulah boleh segala projek kerajaan akan membanjiri kelantan. Mengapa tunggu BN memerintah baru nak buat projek, cik Awang oooiiii, projek hak rakyat Kelantan, selagi kerajaan pusat tak buat, awak semua berdosa kepada rakyat Kelantan. Kelantan siapa perintah pun tetap bawah tanggung jawab kerajaan pusat. Segala cukai rakyat Kelantan pusat ambil, bila projek buat tak kenal Kelantan, formula mana awak pakai ni. Jabatan perparitan bukan digaji oleh UMNO, apesal pulak tunggu UMNO memerintah baru jabatan Parit dan Taliair boleh membina perparitan..... aduhai....
 
 
Perparitan Agenda Utama BN Kelantan Jika Kembali Berkuasa
BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.
"Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, Jumaat.
Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lepas apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.
Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.
"Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: