Harga ikan di seluruh negara dijangka akan melambung tinggi sehingga
Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan
lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun
hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya
akan berakhir pada bulan berkenaan. Orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan
menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup
membeli ikan dengan harga yang mahal. Sudah maklum harga ayam juga tinggi dipasaran namu pengguna terpaksa hadapi kenaikan barangan keperluan ini.
Dalam tinjauan media di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik
mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya
RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah
kawasan
0 comments:
Catat Ulasan