Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar)
menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip
hina hukum hudud.
Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang
yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri
Selangor.
Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan
satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video sembang rakyat
dengan Noh Omar. Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan
video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web
rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang
diketuai Noh. Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri
Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh
Malaysianews. Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di
bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu
ini.
Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu
mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk
mengaitkan beliau dengan isu sensitif.
Bernama melaporkan beliau berkata
demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa
penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud
dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung
Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping
blog Pena Noh. Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana
orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan
tersebut.
Jadi apa lagi, tentu pembangkang tak buat video klip ni, takkan palit tahi kepada diri sendiri, itu kerja orang bodoh, pembangkang bukan bodoh, mencari dosa mempermainkan hudud. Sekarang Noh boleh buat laporan polis bersama pembangkang, biar polis yang bertindak, cakap banyak pun tak guna. Kalau Moah tak bersalah, UMNO Selangor tak bersalah, dakwa penerbit video ke muka pengadilan, kalau tidak Noh, UMNO, Puteri UMNO akan dicop pembuat video itu oleh rakyat ekoran e-mail dan hak milik penerbitan di dapati kepunyaan komponen atau agen UMNO Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan