Ustaz ini memang popular di dunia cyber. Ustaz Azhar Idrus, mula dikenali dengan posing memegang kamera berlensa panjang. Ini bukan lakonan, ustaz Azhar Idrus memang peminat fotografi. Boleh dikatakan dalam
semua-semua ustaz dia yang paling canggih sekali menyebarkan dakwahnya dengan
menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada.
Sebut sahaja....Youtube,
twitter, Facebook, kamera SLR canon EOS, iPhone, iPad, iPod, VCD, CD
dan lain-lain lagi semua diguna pakai oleh Ustaz Azhar. Ustaz Azhar boleh lah dikatakan seorang peminat tegar kamera dan gambar yang
dihasilkannya diakui amat hebat.
Dari gambar yang
dipamerkannya menunjukkan dia 'paham kamera' serta lensa dan setting kegunaannya
dan amat memahami teknik edit gambar, berkemungkinan besar dia terror photoshop.
Pernah ada sahabat yang terserempak dengan dia di pilihanraya satu kecil dengan jubah berserta
camera canon fullframe mengambil gambar suasana pilihanraya tersebut.

1 comments:
Assalamu'alaikum Ustaz canggih....^__^ ceria.
Catat Ulasan