Kawan-kawan setia

Isnin, 31 Januari 2011

Rakyat suka BN?....nak ambil hadiah dari BN

Harga petrol RON97 akan dinaikkan lagi 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara

Mendekatkan Islam kepada kaum lain

Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat diPulau Melaka. Sebelum itu rombongan itu turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10. Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan. Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan TG Nik Aziz.
Dengan mendekatkan bukan Islam kepada Islam boleh mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat dinegara ini. Walaupnun pendedahan tentang kebenaran Islam ini tidak terus diterima oleh kaum bukan Islam, sekurang-kurangnya dapat memberi kefahaman tentang Islam dan membuang sikap prejudis kepada Islam dari kalangan mereka.

Ahad, 30 Januari 2011

UBN menambah majoroti kemenangan?...

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Tenang bila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim memenangi PRK ini dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi. Pada PRU12 yang lalu menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Sebagaimana dijangka UBN akan memenangi PRK DUN Tenang setelah seluruh jentera kerajaan dikerah untuk memastikan kemenangan ini. PAS yang turun dengan serba kekurangan, tetap bersemangat, kerana bagi PAS kalah perkara biasa, menang satu bonos. Yang paling penting perjuangan yang ikhlas, memberitahu seluruh manusia perjuangan PAS selama ini. Sedikit sebanyak suara PAS sudah di dengar oleh penduduk Tenang walaupun belum sampai ke peringkat terjemahan ke peti undi. Bukan senang untuk menmbus hati-hati yang telah lebih 50 tahu dibuai angin UBN yang menjanjikan bermacam kemudahan dan kesenangan duniawi......
Apapun tahniah kepada UBN terutama calonnya Mohd Azahar dengan ucapan selamat menjalankan tugas dan amanah sebagai Yang berkhidmat. Amanah tak tertunai tahulah kamu di akhirat nanti....

Sabtu, 29 Januari 2011

Kurniakan pingat pun kat Labis?...

MStar Online melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersalaman dengan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Labis pada Sabtu. Dalam majlis itu seramai sepuluh orang veteran ATM menerima pingat masing-masing
Apa yang menghairankan kita ialah kenapa di Labis?....suasana dalam perang pilihanraya, kerana ia akan mencipta kekeliruan kepada pengundi. Ohhh lupa ini Malaysia, ...Malaysia boleh.... Rasuah politik pun kalau pak menteri yang lakukan, kira tak ada masaalah...BIASA..

Merlimau pulak....kubu BN lagi

Tarikh 6 March 2011 telah dipilih sebagai hari mengundi DUN Merlimau sementara tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari 2011. Setelah berkampung di Tenang, selepas ini berehat sedikit berkampong pulak di Merlimau. Kali ini Merlimau akan dilimpahi projek segera dan akan meriah untuk beberapa minggu sebelum ianya menjadi kusam semula.

Tidak beretika

Sebuah sekolah menengah di Labis, dilaporkan mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya cuti sakit (MC) bahkan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang. Adohai....begitu sekali tertekan UBN kali ini sedangkan PRK ini berlangsung dalam kandang UBN, Johor pulak tu. Johor adalah kubu kuat UBN sejak berzaman, UBN dilengkapi dengan segala senjata canggih dan ditunjangi oleh kerajaan pusat,...mengapa begitu takut hinggakan cuti sakit suami calon pun dijadikan bahan...nak ketawa ni. Analoginya camni la...dua orang bergaduh, seorang dikatakan hebat dengan segala silat kuntau, badan berketul-ketul, bersenjata macam-macam seorang lagi kurus melidi hanya berbekalkan sebilah pisau. Pendeknya kalau sihebat tu jentik je jatuhlah si lidi. Yang anihnya sihebat nak jga kutip batu kecil buat senjata baling ke silidi. Apa maksudnya?....si hebat sebenarnya tong kosong yang kosong dari kehebatan, cuma bergantung kepada sorakan pemuja-pemuja dia sahaja....kih kih kih....UBN, UBN

Jumaat, 28 Januari 2011

Kes culik - Respon PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu, lapor Bernama.

“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nampak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar.” Sila sebarkan.

TERKINI......MINTA BANTUAN SEGERA

SESIAPA YANG NAMPAK KERETA MyVi PLAT WUS948SILA HUBUNGI RASHID 019-6267828 ATAU POLIS KERANA ANAK BELIAU TELAH DICULIK DI NUSERI SAUJANA IMPIANJAM 1TENGAH HARI SEBENTAR TADI

Tenang, peluang keemasan mempromosi Pakatan Rakyat

Selama ini Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan Keadilan terlalu susah untuk mendekati rakyat secara umum, berkumpulan bertujuan memberi pendedahan yang betul dan tepat mengenai Pakatan Rakyat. Sebelum ini wajah Pakatan Rakyat banyak dilukis oleh media UBN yang tidak benar, salah dan merapu. Lukisan yang salah menyebabkan rakyat nampak PR macam hantu, macam pontianak hisap darah, macam lanun, macam penjajah macam perompak yang datang untuk merompak mereka dan bermacam-macam wajah hodoh. Peluang ini perlu dimanfaatkan semaksima dengan menonjolkan inilah kita, pejuang kebebasan rakyat dari rantai besi UBN selama ini. PR jangan hipokrit macam UBN, bila bercakap depan orang Melayu dialah pejuang Melayu, sedangkan berapa banyak Kemelayuan tergadai selama 50tahun menerajui negara. Bila bercakap didepan kaum Cina, dialah pejuang bangsa Cina dalam segala segi disamping menuduh PR terutama PAS perkauman dan membenci kaum Cina. Hinggakan Puan Mala bersalaman memakai sarung tangan pun dijadikan isu, buat berkempen betapa perkaumannya PAS. Kalau depan kaum India pula dijanjikan kesenangan yang tak terjangkau dek rakyat kaum India.

Tak usahlah pergi menoreh gerah seperi di Manek Urai, pemandu pelancong di Bagan Pinang, dan memetik buah kelapa sawit di Tenang, lepas tu hilang lesap bersandiwara diKL. Biar PR jujur pada rakyat, inilah kita yang ikhlas berjuang melepaskan keperitan rakyat dari bermacam siksa kenaikan harga barang ekoran kenaikan minyak petrol dan disel.

Munajat perdana Bangi


Selain berusaha mempertahankan kerajaan PR Selangor dengan keringat, RM, jangan lupa mari lah sama-sama kita bermunajat kepadaNya semoga dikekalkan kerajaan ini.

Rabu, 26 Januari 2011

Tahap mentaliti seorang Timbalan Menteri UMNO

Apa yang anda dapat katakan jika seorang yang bertaraf Timbalan Menteri merangkap Ketua Penerangan lagi mencabar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga minyak di empat negeri yang diperintahnya supaya tidak berlaku kenaikan harga barang. Beliau yang pernah menoreh getah di Manek Urai ketika kempen PRK dahulu, kini berucap sedimikian ketika berkempen di PRK Tenang di pekan Labis, mencabar PR, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kalau dah rasa PR hebat sangat.

Agaknya Menteri ini
ternampak didepan dia dipenuhi oleh pelajar-pelajar TADIKA jadi padanlah dengan mentaliti TADIKA ucapan sedemikian. Atau Timbalan Menteri Menteri ini tidak dapat membezakan antara kuasa-kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat. Taraf seorang Timbalan Menteri sepatutnya tinggi, berilmu, rational....tapi ucapa sedemikian secara automatik menampakkan kedangkalan ilmu, ataupun lebih arah lagi cuba memperbodohkan orang kampong Tenang...

Jumaat, 21 Januari 2011

PRK 2011...lawan tetap lawan


Pilihan raya kecil bakal berlaku di Melaka Bandaraya Bersejarah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia ekoran dari serangan jantung. Beliau meninggal di Hospital Pakar Putra, Melaka. Sebelum itu satu pilihanraya bagi DUN Tenang telah ditetapkan dimana penamaan calon akan diadakan esok 22 januari 2011. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang ini. Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya. PAS telah menamakan Normala Sudirman sebagai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang yang telah di umumkan pada 16 Januari yang lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari dan pengundian pada 30 Januari. Pilihan raya kecil DUN Tenang ini diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas.

Adakah pilihanraya DUN tenang akan menyaksikan ada pemimpin BN akan memungut buah kelapa sawit sebagaimana ada pemimpin utama BN yang sanggup menoreh getah di DUN Manek Urai dulu...inilah lakonan pemimpin BN yang seronok ditonton oleh rakyat.

Khamis, 20 Januari 2011

Menziarahi aktivis PAS Bandar Baru Bangi yang kental, pejal...

Siapa bilang orang Melaka menolak perjuangan PAS. Hj Amir merupakan satu contoh orang Melaka yang pejal bersama PAS memperjuangkan risalah dan kedaulatan Islam di Malaysia ini. Beliau terkenal diBandar Baru Bangi ni sebagai pengedar harakah tersohor... Tuhan menduga beliau dengan penyakit yang hinggap secara tiba-tiba sehingga memaksa hospital membuang sedikit kakinya. Dari seorang yang cergas ke sana-sini mengedar Harakah, kini beliau terlantar ... Kami sempat menziarahi beliau semalam dan dapati semangat perjuangan beliau masih kental dan pejal, mengalahkan kami yang masih lengkap ini. Tahniah Hj Amir, anda sumber ilham pejuangan PAS di Bandar Baru Bangi ini.


Isnin, 17 Januari 2011

Perubahan kepada yang baik?

Mustapa Mohamed berkata hasrat UBN untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada PAS bukan semata-mata kerana kuasa tetapi untuk membawa perubahan daripada segi pembangunan di negeri itu. Sebuah kenyataan yang lapok, perubahan kepada pembangunan?....pembangunan apa yang Mustapa mahukan?.....sedangkan negeri-negeri dibawah BN banyak lagi yang lebih mundur dari Kelantan. Kononnya beliau mahu menyelesaikan masalah banjir kilat, sistem perparitan, kebajikan rakyat, peluang pekerjaan, infrastruktur untuk pembangunan ekonomi dan kemudahan lain.

Semasa bercakap kepada media perdana, Mustapa berkata BN menjangkakan akan dapat merampas 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang memandangkan mood yang ditunjukkan oleh rakyat negeri itu lebih kepada BNberikutan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov tahun lepas. Bagi Mustapa BN telah lama membawa pembangunan kepada negara mengikut ajaran Islam.