Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 Februari 2011

Penamaan calon DUN Merlimau
















Baru sebentar tadi jam 11.40pagi telah diisytiharkan calon yang akan bertarung bagi merebut kerusi DUN Merlimau. Calon-calon yang disahkan dari parti PAS dan BN yang diwakili calon masing-masing. PAS diwakili oleh Yuhaizad Abdullah manakala BN diwakili oleh Roslan Ahmad. Keadaan ditempat penamaan calon Merlimau tenang dan terkawal walaupun para penyokonh semakin gelisah bila pengisytiharan calon bertanding lambat di umumkan. Walaupun cuaca panas namun angin sepoi-sepoi bahasa membantu menyejukkan keadaan.

Isnin, 21 Februari 2011

Perjuangan baru Bob Lokman

GMU mengalu-alukan kemasukan artis tanahair yang juga penulis lirik lagu 'Isabela, Bob Lokman ke dalam perjuangan PAS. Keputusan ini sangat besar kepada impak kehidupan dan karier Bob sebagai artis yang mencari sumber kehidupan melalui lakonan dan penulisan lirik. Bob mungkin akan digam dari menyertai atau dijemput berlakon sitkom atau drama. Namun tekad yang ada pada Bob sangat di puji, semoga beliau terus istiqomah kerana perjuangan yang diambilnya ini akan manyak menghadapi ujian dan pengorbanan.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi Harakah juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Kesediaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis. Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.
“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Berita semalam melaporkan Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. bila beliau ke pentas menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Syabas Bob

Jumaat, 18 Februari 2011

Aku kaya, aku kaya....

Robert Kuok Raja Gula" memiliki rangkaian hotel lima bintang terkaya dengan aset bernilai RM50.04 bilion,
Taikun Telekomunikasi T. Ananda Krishnan, mempunyai aset bernilai RM45.78 bilion.
Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow mempunyai aset bernilai RM12.77 bilion,.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion,
Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kelima dengan asset bernilai RM10.89 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group keenam dengan kekayaan sebanyak RM10.75 bilion,
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, mem[unyai asset yang bernilai RM8.84 bilion.
Balu Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, kelapan dengan jumlah kekayaan RM7.43 bilion
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group kedudukan kesembilan dengan RM4.77 bilion.
Ong Bee Seng ke-10, dengan aset bernilai RM3.98 bilion,
Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim dengan RM3.93 bilion.
Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group di tempat ke-12 dengan aset bernilai RM2.43 bilion.

Individu lain yang dalam senarai 20 individu terkaya dalam negara ialah:
Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari IOI Group,
Datuk Seri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian dari Batu Kawan,
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari YTL Group,
Tan Sri Lau Cho Kun dari Hap Seng Consolidated,
Datuk Mokhzani Mahathir dari Kencana Petroleum dan
Tan Sri Jeffrey Cheah dari Sunway Group.

Khamis, 10 Februari 2011

Believe or Not?

Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news.
"She has been toying with the idea for quite a while now and when she was imprisoned at Century Regional Detention Facility in 2007, she encountered a few people who had already converted," Mr Brinkham said.
By converting to the Muslim faith, Paris Hilton has decided to shun her old life as a celebrity skank. Speaking from an Islamic study retreat in Jeddah, she said: "I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."
Hollywood Jihad. Ms Hilton plans to return to Los Angeles next week to start her own Islamic school in the middle of Beverly Hills.
"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone," an excited Paris Hilton said.
Paris Hilton also plans to change her name to 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Her Islamic school will open in July and is set to become a popular Hollywood spiritual haunt for many celebrities. (exert from Pakistan Media)

<<<...Dulu heboh Britney Spears convert to Islam, Michael Jackson pun sama, jadi.. kalau betul, Alhamdulillah, dia dah ada hotel pun kat Mekah, senang buat haji, umrah.>>>

Menceroboh premis persendirian adalah salah

Apa yang boleh diambil pengajaran dan iktibar dari kes saman Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam bahawa pihak Polis tidak boleh sewenang-wenangnya membelakangkan undang-undang yang septutnya dijaga oleh pihak berkenaan demi arahan politik jumud UBN. Saman berkaitan kes penangkapan terhadap pemimpin PAS semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu memang patut dikenakan memandangkan sikap segelintir pegawai tinggi Polis yang tidak profesional. Mengimbas kembali keputusan yang bersejarah yang memihak kepada pemimpin PAS ini dimana Hakim dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan pihak polis telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad ketika majlis berlangsung. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu. Berikutan itu, hakim memutuskan defendan membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Kes tersebut telah difailkan oleh mereka pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan. Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin pada 10 Jun 2004 itu tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS tersebut dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah. Tahniah kepada Dr Hatta, Mazlan dan Nazri kerana berjaya mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia kali ini.