Semasa turun padang dalam program YB Jumpa Kita ada seorang penduduk membuat aduan.
"YB Bangi datang sampai ke sini mencari aduan. Di tempat YB sendiri lampu jalan kat Bandar Baru Bangi dah lama tak menyala kenapa tak ambil tindakan? Dulu tak macam ini," dengusnya.
"Boleh saya tahu kat mana tu encik?" tanyaku cuba berhemah bagi mengawal keadaan.
"Dekat bulatan yang menghala ke UKM. Takkan itupun awak tak sedar?"
Masih marah nampaknya orang ini.
"Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak tahu memerintah. Masalah lampu jalan pun tak boleh selesai ." tambahnya lagi tanpa memberi peluang kepadaku untuk menjawab.
"Begini encik. Maaf bertanya encik ada bayar road-tax tak?" aku bertanya.
"Huh! Kau ingat aku ni macam kau orang semua ke? Dahle makan gaji dengan kerajaan tapi jadi pembangkang pula."
"Kalau encik bayar road-tax encik cuba tanya pada JKR kemana dibelajakan duit yang encik bayartu kerana jalan itu dibawah penyelenggaran kerajaan persekutuan. Kami dah buat aduan kat TNB dan pihak mereka memberi alas an pihak JKR mempunyai tunggakan beratus ribu," jelasku padanya.
"Mereka buat belanja kat Merlimau dan Kerdau ," celah seorang rakanku acuh tak acuh.
Bukan sahaja di Bangi, yang dikuasai Pakatan Rakyat. Di tempat lain seperti di Johor ada tempat yang rakyat tak kenal seorangpun muka tokoh pembangkang, infrastruktur mereka teruk sekali. Jalannya berlopak disana sini. Mungkin menunggu wakil rakyatnya mati. Tetapi lambat lagi nampaknya. Wakil parlimennya belum berkahwin dan sangat aktif mengalahkan orang jantan
