Kawan-kawan setia

Selasa, 26 April 2011

Pembohongan yang ditaja?




Antara pembohongan Saiful adalah



1. Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa.



2. Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong.


3. Saiful mengaku beliau merapati Anwar apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong.

Ahad, 24 April 2011

Gila hiburan....




Dua foto yang di ambil dari Media Rakyat di atas memaparkan sambutan hangat anak-anak muda Malaysia terhadap seorang artis dari barat yang sedang popular sekarang. Tanpa mengira kedudukan, tahap pemahaman agama, bertudung atau berskirt pendek, berduyun-duyun menyaksikan persembahan artis ini. Seperti dirasuk iblis, menjerit-jerit memanggil nama artus barat ini. Inikah ajaran kerajaan BN terhadap rakyatnya selama 50 tahun memerintah, rakyat terutama yang muda semakin terpesong dari matlamat hidup, dengan mengutamakan mengejar hiburan dan memenuhi nafsu serakah. Inilah salah satu tanda kegagalan pendidikan oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang mengaku parti Islam terbesar di dunia. Gagal...segagal-gagalnya... Pada ulamak ustaz-ustaz dalam UMNO tu tahniahlah anda sebahagian dari UMNO dan turut memikul tanggung-jawab atas kerosakan akhlaq muda-mudi ini.



Apabila zina dianggap perkara normal...

Perbuatan Zina sudah semakin dinormalkan, ditambah pula dengan sebutan baru yang glamour " seks luar nikah"...lembut dan ayu sahaja bunyinya. Zina sesuatu yang amat berat dan tergolong dalam dosa besar, yang hukumannya adalah mati, atau rejam, sudah diglamourkan dengan terminoloji baru "seks luar nikah". Contoh terdekat kontroversi yang melanda Kris Dayanti seorang artis dari negara seberang, Indonesia. Beliau mengiringi kekecohan sebelum ini yang melibatkan penyanyi terkenal Ariel penyanyi kumpulan Peterpan yang dirakam melakukan zina dengan dua artis lain dilokasi dan tempat yang berasingan. Dayanti Baru sahaja bernikah dengan jutawan Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu, kini terpalit dengan kontroversi berzina sebelum kawin dan hasilnya beliau hamil sebelum nikah. Ya, dia sendiri mengakuinya sedang hamil empat bulan.


"Ya, saya hamil empat bulan. Saya disahkan berbadan dua oleh doktor pada Januari lalu," kata penyanyi tersebut merungkai segala tanda tanya. Kami berdua sudah dewasa. Kami menerima hal ini (kehamilan) dengan penuh rasa tanggungjawab," jelas Kris. Hal tersebut turut diakui teman baik Kris iaitu Iis Dahlia. "Ya, betul seperti yang disiarkan oleh media. Kris sendiri sudah bercerita dan memberitahu bahawa dia hamil, Mengenai perkara itu, biarlah ia menjadi urusan mereka. Kita juga bukan orang yang suci. Saya percaya bukan hanya Kris yang begitu. Jadi tidak usah diperbesar-besarkan,".


Lain pula komentar daripada bekas isteri Raul, Atta yang menjawab secara sinis sambil ketawa besar. "Ya saya dan Raul bercerai pada bulan Disember dan ini bererti kami belum bercerai sewaktu Kris dihamilkan," katanya yang tidak hairan dengan berita tersebut. Logik sahaja kalau sebelum nikah mereka sudah bersama. Kalau ke Timor Leste kan tinggal bersama? Boleh saja hamil. Bagaimana saya mahu terkejut kerana orang belum bernikah sering sahaja bersama. Apa bezanya?" sambungnya.


Bagaimanapun, berita Kris hamil luar nikah mendapat reaksi berbeza daripada pihak Front Pembela Islam (FPI) di Indonesia. Pemimpin FPI, Habib Salon berkata, seks luar nikah Kris dan Raul adalah sesuatu yang salah di sisi Islam."Dalam Islam, ada dua hukum. Pertama, kalau dia hamil empat bulan sebelum pernikahan, maka anaknya disebut anak zina dan ibu bapanya boleh direjam," ujar Habib yang menentang keras penzinaan.

Tiada lagi saman ekor?.......

Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.


"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya. Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik. "Jangan terkejut bila kena saman...kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.


Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.

Anugerah cemerlang



Isnin, 18 April 2011

Kenyataan Media: Peguam negara dijangka akan tetap mendakwa Anwar Ibrahim: Saifuddin Nasution

Saya merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.


Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.


Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya. Parti Keadilan Rakyat kesal kerana pihak kerajaan terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik. Saifuddin Nasution Ismail Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat 18 April

Khabarnya.....


Cakap-cakap dari laporan media pihak polis telah mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukanlah Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan di perbesar-besarkan oleh media perdana terutama TV3. Bernama telah memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Kini terrrrpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini. Siapa pula pengedar dan pemilik video lucah ini, dengar khabar juga tidak lain tidak bukan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar. Jadi reti-retilah berhenti membuat fitnah terhadap orang. Belajar-belajarlah takutkan dosa. Datuk Che Mat pengarah JAWI bolehlah teruskan menyiasat dakwaan qazaf yang dibuat kepada JAWI sebelum ini.

Saaaayangg abang

Foto Mingguan Malaysia ini memberi seribu makna dan bermacam-macam persepsi. Namun sebagai isteri, mana ada isteri tidak gembira dengan kejayaan suami, lebih-lebih lagi bila dapat dapat melepasi saat-sat genting yang paling mendebarkan. Desakan demi desakan dari dalam dan luar meminta suami berundur meresahkan isteri. Sudah kaya-raya, wang bertimbun, berkilo-kilo namu satu lagi juga penting iaitu KUASA...supaya dapat dilengkapkan. Impian manusia ....Harta, Wanita dan Takhta...

Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.


Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.


Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?


Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.


ANWAR IBRAHIM

PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (DUN BANGI)


Bagi pelajar yang berminat, pendaftaran masih dibuka. Pertanyaan lanjut hubungi Sakinah (019-4328684) atau Aisyah (013-7017920

Komitmen seorang pejuang

Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang telah bertugas sejak dari hari pertama kempen di Beting Maro dalam PRN Sarawak, meninggal dunia semasa dalam proses kempen berjalan. Beliau ialah Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang. Sesungguhnya jasa beliau kepada PAS dalam merealisasikan pemerintahan Islam di Malaysia akan di kira sebagai amalan soleh disisi Allah, InsyaAllah, walaupun hingga ke saat ajal beliau usaha suci itu masih belum terlaksana. Malaysia masih lagi diperintah berdasarkan perlembagaan Lord Read, mengenepikan perlembagaan AlQuraan dan Sunnah, namun usaha tersebut tetap dikira.

Teraju PAS Serdang bertukar tangan

Kata Ustaz Shafie Ngah sewaktu ucapan penagguhan, " PAS Serdang bukanlah memilih team baru, tetapi team lama cuma tukar sedikit penerajunya". Ada hikmahnya perwakilan memilih YDP PAS Serdang Ustaz Shafie Ngah menggantikan YDP sebelumnya yang disandang oleh YB Dr Shafie Abu Bakar iaitu supaya dapat memberi peluang YB Dr Shafie memfokuskan kepada tugas-tugas DUN dan tugas timbalan EXCO supaya rakyat lebih nampak dengan lebih jelas lagi peranan PAS di Selangor ini. Tidak dinafikan bahkan semua akur dengan kecemerlangan Dr Shafie dalam menjalankan amanah kepimpinan sebagai YDP Serdang, namun beban tugas ADUN dan timbalan EXCO amat berat dan penyerahan jawatan YDP kepada UStaz Shafie Ngah adalah satu penyelesaian terbaik. Lagipun gandingan dua Shafie ini bukanlah baru, entah berapa PRU berlalu, jadi pengalaman yang dikutip Ustaz Shafie Ngah daripada Dr Shafie boleh dijadikan penduan berguna untuk meneruskan kesinambungan PAS di Serdang amnya dan di Bangi khususnya. Ustaz Shafie Ngah dipilih bersama Haji Mazwan sebagai timbalan dan sdr Shukor Atan sebagi Naib Yang Dipertua.

Ahad, 17 April 2011

Rakyat Sarawak sebati dengan BN?

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dan seterusnya mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak ke-10 sebagai bukti kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Najib berkata, kejayaan yang diperolehi BN pada pilhan raya Sarawak jelas membuktikan bahawa rakyat sentiasa memberi sokongan berterusan kepada parti itu dan membuktikan kesungguhan hubungan baik antara kerajaan Pusat dan negeri untuk membangun Sarawak. Dengan kejayaan BN menguasai Sarawak maka semangat Sarawak akan dijadikan rujukan untuk membubarkan parlimen bagi memberi pelung rakyat Malaysia memberi mandat yang baru. Khabarnya memo telah sampai ke sekolah-sekolah untuk bersedia bagi PRU ke 13 cuti sekolah bulan Jun ini.

Muktamad....Taib Mahmud masih kokoh tak tergugat


Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71


Barisan Nasional - 55


DAP - 12


PKR - 3


Bebas - 1


PAS - 0


SNAP - 0


Parti Cinta Malaysia - 0

Sabtu, 16 April 2011

Taib masih KM Sarawak......

Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila sudah memenangi 36 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10. Sehingga jam 9 malam tadi, BN memenangi 36 kerusi, DAP (5), PKR (3) dan Bebas (1)

Terkini


[N.24 Beting Maro] 7 peti (1,700+) undi lg sedang dikira. BN masih mendahului 672 undi


[ Saribas] PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui. Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.

Rabu, 13 April 2011

Abang Ahmad kebanggaan Bangi



Abang Mat atau handsome boy sudah mula merasakan kesibukan sebagai wakil rakyat dengan menziarahi rumah-rumah pengundi biarpun terpaksa berperahu 2 atau 3 jam. Sebelum ini abang Mat cuma mengiringi YB Dr Shafie dan turut merasakan tempias kesibukan Dr Shafie tetapi kini beliau sendiri menjadi hero sibuk tersebut. Beberapa hari lalu berlaku kemalangan rempuhan tiang letrik din DUN Beting Maro yang menyebabkan tiang elektrik terbalik dan hampir keseluruhan penduduk kawasan di Dun Beting Maro terpaksa bergelap. Khabarnya tiang elektrik tersebut patah dua akibat dilanggar sebuah van yang dinaiki Ketua JKK Kg Tambak, Sulaiman Zahari yang juga orang kuat PBB di salah satu ranting di Sitok.


Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila van yang dinaiki Sulaiman bersama anak saudaranya hilang kawalan sehingga kenderaan tersebut terbalik dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam parit. Selepas menerima berita kemalangan itu, sebagai calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi Masagus turut melawat mangsa yang kemudiannya dirawat di klinik berkenaan. Abang Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan 'handsome boy' kali ini berkata, ini lah gambaran tahap kemudahan asas di negeri ini.

Ahad, 3 April 2011

Semoga Datuk Malek Nor kembali semboh

Datuk Malek Nor seorang selebriti istimewa, dikurniakan Allah bakat dan kebolehan sebagai ahli bina badan terunggul di Asia bahkan sampai ke peringkat akhir Mr. Universe. Beliau bersyukur setelah begitu lama bergelumang dengan dunia glamour Allah menunjukkan jalan kembali untuk beliau menukar cara hidup. Setelah sekian lama tiada berita tentang beliau, kita dikejutkan oleh berita beliau pitam ketika menyertai perlawanan persahabatan di Ipoh dan dimasukkan ke wad rawatan rapi ICU akibat serangan jantung. Alhamdulillah Selepas tiga hari ‘ditahan’ di wad ICU, Hospital Pantai Ipoh (HPI) bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor telah dipindahkan ke wad biasa, petang semalam. Khabarnya keadaan kesihatannya kini kembali stabil, namun doktor menasihatkannya supaya tidak banyak bergerak dan lebih banyak berehat.


Malek diserang sakit jantung selepas lima minit sepak mula perlawanan bola sempena Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak, sebelum dikejarkan ke HPI untuk menerima rawatan kecemasan. Menurut Adik beliau Salleh Mohd Noor, abangnya kini dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa hospital sama kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas Malek menunjukkan reaksi positif terhadap ubat dan rawatan yang diberi. Kita sama-sama dokan semoga beliau akan sembuh segera, InsyaAllah

Tak terkejut pun...

Kami tak terkejut pun Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu. Hal-hal seperti ini bagi rakyat dah tiada yang pelik. Hidup nak mewah, kereta kalau boleh nak pakai ferari BMW, Lexus....kereta tempatan?...boleh jugaklah buat pergi pasar, Perdana executive. Jadi, mana nak dapat duit banyak?....ehem-ehem tau sendiri lah. Tak mahu tinjau tempat lain, dikampong-kampong, kalau lalu depan mana-mana rumah mewah dengan kereta menjalar, cuba tanya siapa punya tu?..., ai tak kan encik tak kenal bekas YB..., bekas ketua cawangan, pengarah DUN..o o...

Tau tak pe....

Kementerian Kerja Raya mengumumkan memperuntukkan lebih RM1 bilion dalam RMK-10 untuk membina lebuh raya pertama (????....ahaksss, nampak sangat di-anaktirikan) bagi Kelantan, yang menghubungkan Pahang-Gua Musang-Kuala Krai. Menterinya Shaziman Abu Mansor berkata pembinaannya sudah dimulakan di Simpang Pelangai, Pahang dengan keutamaan diberikan kepada laluan berselekoh. Jalan sepanjang 390 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir RMK-10.

AlFatihah untuk arwah Sri Bayu...Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali

Setelah mengharungi berbagai cobaan hidup akhirnya penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit yang sekian lama ditanggungnya.Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu. Allahyarham diberitakan tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal. Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak, pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan seorang penyanyi tetapi menghadapi masaalah rumahtangga dan isteri Allahyarham menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008. Kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Allahyarham Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu. Takziah kepada keluarga beliau semoga bersabar kerana semuanya dugaan Ilahi kepada hambaNya. Penderitaan Seri Bayu bertahun-tahun seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua dalam mengharungi hidup yang dipinjamkan Allah ini.

Ape ke bende.....

Kecoh seluruh alam mengenai berita dimedia perdana bahawa KPN mengesahkan video fitnah terhadap Anuar TULIN...bahkan kemungkinan dihantar ke pakar antarabangsa untuk mengesahkan ketulinan video tersebut. Ape ke bende?..., bukan orang nak tahu tulin ke tak tulin, itu bukan isu... Rakyat na tahu dalam video tu sebenarnya SIAPA?...., siapa pengarahnya, siapa pelakonnya, siapa tukang pegang kameranya, siapa sediakan propnye...., siapa yang mengedarnya, siapa yang menontonnya...dan berbagai siapa lagi.


Kita bersetuju dengan Dr Syed Husin Ali supaya KPN menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu. "Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali. Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera. Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu. Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.


Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.


Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh RTC juga membuat kesimpulan yang sama.


Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Ahmad dalam Twitternya pula berkata, walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu. "Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya

Sabtu, 2 April 2011

Cakap tak serupa bikin

Mentaliti memperbodohkan rakyat tetap utuh dikalangan pemimpin BN. Apa tidaknya, dulu PM janji minyak tidak naik, tapi kenyataan nya tahun ini sahaja sudah dua kali naik. Heboh pulak menteri jaga harga barang memberi amaran supaya tidak menaikkan harga barang keperluan. Kalau anda peniaga, bila kos pengangkutan naik anda nak teruskan harga lama?....anda pasti gulung tikar. Kenyataannya harga petrol sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat hari ini. Harga RON97 sedia ada ialah RM2.50 seliter. Sebeum ini petro sudah dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. Jadi rakyat harus sedar...dan pilihanraya Sarawak adalah medan penting untuk menyedarkan para pemimpin BN yang masih hidup mewah dalam kesusahan rakyat. Kerajaan Sarawak mesti diterajui oleh kepimpinan baru yang mesra rakyat. Kalau mereka masih menang bergaya, pasti rakyat akan semakin miskin dan sengsara.....

Jumaat, 1 April 2011

Harag barang mahal?.....buat aduan ke 1-800-88-6-800

Rakyat yang tahu dan tidak puashati dengan kemahalan harga barang, apa saja barang, boleh membuat aduan mengenai kenaikan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui talian 1-800-88-6800 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang baru dikuatkuasakan. Aduan itu kemudian disalurkan kepada Majlis Penasihat Harga (MPH) yang baru ditubuhkan untuk tindakan lanjut dan jika ada kes, peniaga terbabit boleh didakwa di mahkamah. Penguatkuasaan undang-undang itu merangkumi semua syarikat dan individu yang menjual barang, menyediakan perkhidmatan dan restoran. Menurut Menteri yang jaga hal ehwal harga barang, syarikat yang didapati bersalah menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran boleh didenda sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama.


Kalau harga pasaran sememangnya tinggi nak buat macam-mana?...bayar saja lah. Tak ada wang hutang, hutang banyak, isytihar muflis. Pilihan lain, rakyat boleh jatuhkan kumpulan yang menyebabkan harga barang melambung, tukar kepada yang lebih mesra rakyat. Buangkan pemimpin-pemimpin yang mengaut khazanah negara untuk diri dan kroni. Rakyat boleh pastikan mana-mana pemimpin yang rumah besar-besar, kereta mewah-mewah, tiap bulan ke luar negara di sisihkan dari arus kepimpinan negara. boleh ke?, kalau tak boleh jangan merungut harga barang naik, kena isytihar muflis....sabo aje la..