Kawan-kawan setia

Jumaat, 27 Mei 2011

Program Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Kuliah MIngguan Masjid al-Hasanah Bermula 27 Mei / 24 jamaldiakhir


JUMAAT

KULIAH MAGHRIB:

24 J’Akhir 1432H

(27 Mei 2011)

UST. MEEFTAH ANUAR (JAKIM)Tajuk : Bimbingan Mukmin


SABTU

KULIAH SUBUH:

24 J’Akhir 1432H

(28 Mei 2011)

UST. ABD. RAZAK MAHDI (IPIS)Tajuk : Akidah Ahlul Sunah


SABTU

KULIAH MAGHRIB:

25 J’Akhir 1432H

(28 Mei 2011)

UST. IDRIS MOHD YUSSOFFTajuk : Apa Ertinya Saya Menganut Islam


AHAD

KULIAH SUBUH:

25 J’Akhir 1432H

(29 Mei 2011)

UST. ZAKARIA OTHMAN

Perhubungan JAKIMTajuk : Menghayati Surah al-Fatihah


AHAD

KULIAH MAGHRIB:

26 J’Akhir 1432H

(29 Mei 2011)

DR. HASNAN KASAN (UKM)Tajuk : Memahami Bacaan Solat


ISNIN

KULIAH MAGHRIB:

27 J’Akhir 1432H

(30 Mei 2011)

UST. AZHAR MOHD ALI (UIA)Tajuk : UMUM


SELASA

KULIAH MAGHRIB:

28 J’Akhir 1432H

(31 Mei 2011)

PROF MADYA DR. ARIP KASMO (UKM)Tajuk : al-Quran dan Sains


RABU

KULIAH MAGHRIB:

29 J’Akhir 1432H

(1 Jun 2011)

DR. ABDUL WAHAB

MOHD SALLEHTajuk : Fiqh Munakahat (al-Iqnak)


KHAMIS

SELEPAS MAGHRIB:

1 Rejab 1432H

(2 Jun 2011)

IMAM BERTUGAS Bacaan Yasin dan Tahlil


KHATIB JUMAAT

1 Rejab 1432H (3 Jun 2011)

DR. MOHD BASIR ALIAS (IPG CERAS)


KURSUS ASAS HAJI (KAH) 1432H / 2011M

SETIAP SABTU

JAM: 9.30 pg.

(26 Februari - 18 Jun 2011)

Di Dewan Solat Masjid al-Hasanah

TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIRPembimbing : Dr. Muhd Najib


KELAB REMAJA MASJID

AL-HASANAH

MERANCANG AKAN MENGADAKAN KELAS AL-QURAN BAGI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

ISNIN – RABU (3 KALI SEMINGGU)

KELAS DIBUKA PADA WAKTU PAGI

SMS / Telefon 013-2966549UST. MOHD IDRIS MOHD YUSSOFF


SEMUA JEMAAH DAN KELUARGA DI JEMPUT HADIR DALAM SEMUA KULAIH, CERAMAH DAN MAJLIS ILMU SERTA AKTIVITI YANG DI ADAKAN


MOHON SEBAR-SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN LAIN. Jasa baik Tuan/Puan didahulukan ucapan terima kasih . Jazakallahu Khairan Kathira

Khamis, 26 Mei 2011

Sungguh jelik BN dan media perdana Malaysia

Bila terbaca keluhan YB Dr Che Rosli Che Mat, kita faham dan maklum perangai jelik media Malaysia, mengambil kesempatan politik bagi pihak BN di atas kesengsaraan anak-anak yatim. Selebihnya anda bacalah sendiri:

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.


Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.


Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.


Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.


"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.


"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.


Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.


Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.


Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.


"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.


"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.


Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.


Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.


Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.


Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.


"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya

Ahad, 22 Mei 2011

Tragedi tanah runtuh batu 14 Hulu Langat

Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan.
Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan.
Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.


Bagaimanapun ia akan diteruskan jam 8 pagi ini bagi memastikan tiada lagi mangsa terperangkap.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.


Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.


Kira-kira jam 2.30 petang semalam, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.


Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu.

Masjd Hasanah

AHAD


KULIAH MAGHRIB:


19 J’Akhir 1432H (22 Mei 2011)


UST. YAHYA RADZI (KUIS)


Tajuk : Madrasah al-Ambiia’

Jumaat, 6 Mei 2011

Hmmm, baru faham, ni yang mengamok sakan....

Mahkamah Tinggi semalam menolak saman ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap sebuah syarikat dan pengarah eksekutifnya bagi menuntut ganti rugi RM20 juta sebagai komisyen berhubung projek jambatan bengkok.


Hakim Datuk V T Singham membuat keputusan itu setelah berpendapat Shazryl Eskay tidak layak menerima bayaran berkenaan kerana projek terbabit sudah dibatalkan.


Projek Laluan Masuk Antarabangsa Malaysia-Singapura yang dirancang menggantikan Tambak Johor, dibatalkan kerajaan pada 12 April 2006 meskipun kerja awal sudah dijalankan.

Dalam penghakimannya, Singham berkata, keputusan itu bukan saja dibuat kerana ia bertentangan dengan dasar awam, malah berdasarkan akujanji yang ditandatangani Shazryl Eskay dan defendan, jumlah RM20 juta perlu dipulangkan sekiranya penganugerahan projek itu ditamatkan dan projek berkenaan dibatalkan.

Beliau berkata, antara lain, akujanji itu menyatakan Shazryl Eskay perlu memulangkan atau membayar sebahagian daripada jumlah RM20 juta terbabit sekiranya projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

Hakim Singham berkata, penganugerahan projek membabitkan jumlah yang tinggi sepatutnya dibuat menerusi tender terbuka, bukan melalui perkiraan sendirian atau melobi menggunakan pengaruh menteri atau pemimpin politik untuk kepentingan dan manfaat peribadi.
"Dalam situasi sedemikian, mahkamah tidak akan teragak-agak untuk membatalkan saman itu kerana ia bertentangan dengan dasar awam.

"Matlamat pembinaan jambatan berkenaan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura semestinya adalah untuk kepentingan rakyat," katanya.

Shazryl Eskay, seorang anggota trio ‘Datuk T’ berhubung video kontroversi yang memaparkan aksi seks individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China, memfailkan saman itu pada 2002 dengan menamakan syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd serta Pengarah Eksekutifnya, Datuk Yahya Abdul Jalil sebagai defendan.

Saman pelanggaran kontrak itu dikemukakan kerana defendan didakwa gagal membayar RM20 juta kepada Shazryl Eskay sebagai komisyen setelah beliau berjaya mendapatkan projek jambatan bengkok untuk Merong Mahawangsa dan Yahya.

Shazryl Eskay mendakwa Yahya meminta bantuannya untuk mendapatkan projek itu kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan kerajaan.

Beliau juga mendakwa telah membawa Yahya ke kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu Menteri Kewangan, untuk berbincang mengenai projek berkenaan.
Sementara itu, Yahya dalam penyataan pembelaannya menafikan Merong Mahawangsa sudah dianugerahkan projek jambatan bengkok oleh kerajaan atau menggunakan pihak ketiga, terutama Eskay, bagi mendapatkan projek kerajaan.

Selasa, 3 Mei 2011

Antara 2 kenyataan dari 2 pemimpin utama berbeza perjuangan

TG Nik Aziz: Pemimpin Parti PAS
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan


Datuk Seri Najib Razak: Presiden UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil. Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu

Ahad, 1 Mei 2011

Ek eleh...lu sapa?.....dalam kain kita kita jaga la..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.


Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.


"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.


Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.


"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.


Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.


"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).


"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.


Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.


Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.


"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya