Kawan-kawan setia

Khamis, 30 Jun 2011

Perhimpunan Bersih HARAM....., konsert sambut tahun baru?......diam pulak..alahai

MSTAR online memetik ucapan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin yang berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh maka ertiinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik. Dalam Islam kata beliau, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita.

Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan."Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang). Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.

Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

Khamis, 23 Jun 2011

Kepimpinan baru PAS Negeri Sembilan

Pesuruhjayanya: Mohamad Taufek Abdul Ghani
TPJ(I): Dr Rosli Yaakop (bekas pesuruhjaya dan pakar ekonomi)
TPJ(II): Abdul Rahman bin Ramli, (Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol)
TPJ(3): Haji Anuar Azahari (YDP Rasah)
Setiausaha Perhubungan: Mohamad Hassan bin Tamby
Bendahari: Haji Ramli bin Ismail
Ketua Penerangan: Ustaz Norazman bin Mohamad
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN): Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain
Penolong setiausaha:Ustaz Khairul Azlan bin Mazlan, Cik Siti Faridah binti Abd Samad.
AJK: Zulkiply Mohamad bin Omar (bekas pesuruhjaya, AJK PAS Pusat), Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan

Rabu, 22 Jun 2011

SPR dah kantoi....

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar meletak jawatan selepas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali membuktikan penipuan pendaftar pemilih.
Beliau berkata, rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.
Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.
“Saya beri 48 jam, jawab atau letak jawatan. Turun ke Kampung Klang Gate, (tunjukkan) mana pemilih Cina dan India menetap di situ,” katanya yang menegaskan kawasan itu adalah 100 peratus diduduki orang Melayu.

Menurut Azmin lagi, penempatan Kampung Klang Gate tiada bangunan tinggi tetapi pemilih didaftar menggunakan alamat ‘pangsapuri’ atau ‘kondominium’. “Ada nama yang didaftar menggunakan (alamat) pangsapuri, sebagai contoh di rumah beralamat Blok 22-5-14,” katanya yang kemudian turut mengedar salinan daftar pemilih kepada media.

Dalam berita lain portal-portal berita StarOnline dan Malaysiakini mendapat respons yang mengejutkan bila kajiselidik pendapat pembaca 99% memilih setuju dengan perhimpunan BERSIH...ini bermakna dalam sejuta pembaca 900ribu akan menyertai perhimpunan bersih...Adakah ini tanda-tanda BN akan tumbang sebelum PRU.... Menteri-menteri BN jangan cakap besar sekarang rakyat semakin sedar, TV3 boleh belah....

Selasa, 21 Jun 2011

Zul Nordin dah makin melalut

Petikan SINAR HARIAN

Bekas peguambela yang suatu ketika dahulu begitu taksub terhadap Anwar Ibrahim Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya ditipu-tipu hidup-hidup ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar kes Anwar meliwat

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan memberi gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah seperti tahun 1998 dahulu.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya lagi.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata- kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa membela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk membetulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk menjelaskan perkara sebenar dan kalau lepas ini, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya lagi,” ujarnya.

Begitu juga dengan Nik Aziz yang mengaku tersilap memilih menggugurkan perjuangan Islam yang sekian lama berada dalam minda orang Pas kini hanya semuanya berkubur begitu sahaja.

Nik Aziz mengaku ramai di kalangan ahlinya yang bertaraf ulamak mempersoalkan kenapa Nik Aziz begitu senang membuangkan perkataan Islam daripada Pas. Mereka akan berjumpa dengan Nik Aziz untuk mendapat penjelasan lanjut

Negaraku yang AMAN......

KOSMO hari ini memaparkan kejadian ngeri seorang kontraktor yang terpaksa menempuh detik-detik cemas apabila menjadi mangsa samun dua lelaki berparang ketika memberhentikan keretanya di tepi Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan Tol Setia Alam di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu kerugian hampir RM100,000 setelah kereta Honda City miliknya dilarikan oleh dua penjenayah terbabit. Selain kereta, beberapa barangan seperti dua unit telefon bimbit Sony Erisson, Smart Tag, dompet berisi wang tunai RM240 dan seutas jam tangan turut lesap. Beliau juga terpaksa menghadapi situasi yang memalukan bila dipaksa berbogel dan ditinggalkan di tepi lebuh raya itu di Kilometer 7.1 menuju ke arah Kuala Lumpur.

Moral of the story...jangan terpengaruh dengan ungkapan para menteri BN "negara kita aman sentosa, anda boleh ke mana saja tanpa gangguan", sebaliknya kemana saja anda pergi WAJIB berhati-hati.

Isnin, 20 Jun 2011

Isyyy Isyy Zul Nordin rupanya yang bakar masjid, rosakkan kereta TV3....

Pengakuan beliau telah dibuat secara terbuka dan telah disiarkan dalam bulatin TV 3 jam 8 malam pada hari ini 18 Jun 2011..... Semasa membuat pengakuan dihadapan orang ramai yang disiarkan TV 3, beliau berkopiah putih dan memakai baju melayu berwarna putih... Tak sangka rupanya beliau pandai menyamar....berlakun menyokong PR mensabotaj PR dari dalam.... Baguslah dah keluar sebelum PRU ni...menyusahkan PR sahaja...

Sabtu, 18 Jun 2011

Manusia luar biasa.....????

Berita dari Mahkamah KUANTAN semalam amat mengguris hati setiap manusia normal tentang seorang buruh berusia 45tahun, sudah beristeri empat dan mempunyai 15 anak, dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merogol kanak-kanak anak jiranya berusia 11 tahun. Luar biasa nafsu orang ini, orang biasa satu isteri dah cukup, atau dua isteri...sudah hidup bahagia dengan melayani nafsu seadanya... Hidup bukan untuk memuja nafsu tetapi melayani nafsu mengikut syariat. Empat isteri sudah memadai bagi sebilangan kecil orang yang perlu berbuat demikian, namun orang ini empat isteri belum cukup menundukkan nafsunya. Mana boleh beristeri lima, lalu di layan nafsunya mengikut selera iblis....dengan jalan yang bercanggah dengan syarak....

Yang boleh tabik tentang kejujuran lelaki ini dimana beliau mengaku merogol anak jiran tersebut. Berdasarkan fakta kes, dia mempelawa mangsa yang pulang dari sekolah menaiki motosikal dengan alasan mahu menghantarnya pulang. Bagaimanapun, lelaki ini membawa mangsa ke dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Seri Damai dan terus merogol mangsa. Sebagai menutup gelagat iblisnya lelaki ini memberi mangsa wang. Namun rahsia itu terbongkar selepas keluarga mangsa menyedari berlaku kejadian itu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 8 Jun lalu. Lagi memalukan lelaki ini juga dikenakan hukuman penjara empat tahun kerana melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya sendiri selepas dia mengaku bersalah merangsang anaknya yang berusia 7 tahun. Renung-renungkan la.....

Rabu, 15 Jun 2011

BN sinonim dengan pembaziran?

Apa kerja Kementerian Pelancongan membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) membangkitkan mengapa sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. Itu pun berdasarkan semakan terakhir beliau mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Kalau dibandingkan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang PR tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?”Kenapa belanja sebanyak itu?.......adusssss itulah yang rakyat katakan, BN sering membazirkan harta negara, menyusahkan rakyat. Sebelum ini pun kerajaan telah membazirkan wang rakyat dengan mengadakan e-mail 1Malaysia dengan menghabiskan wang rakyat berjuta-juta.....sedangkan e-mail boleh didapati secara percuma.

Ahad, 5 Jun 2011

Kepimpinan baru ; TAKBIRRR


Pesiden PAS – TG DS Hj Hadi Awang (Menang
tanpa bertanding)

Timbalan Presiden PAS - Mohamad Sabu

Naib Presiden PAS :

Salahudin Ayub,

Datuk Husam Musa

Datuk Mahfuz Omar.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:


1) Mazlan Aliman (804)

2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)

3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)

4) Hanipa Maidin (735)

5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)

6) Dr Zulkefly Ahmad (702)

7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)

8) Khalid Samad (643)

9) Abdul Ghani shamsuddin (579)

10) Amiruddin Hamzah (576)

11) Abdul Wahid Endut (556)

12) Abu Bakar Chik (527)

13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)

14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)

15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)

16) Datuk Hassan Ali (437)

17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)

18) Nuridah Salleh (416)


Rabu, 1 Jun 2011

Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi hari ini: RABU

KULIAH MAGHRIB:

29 J’Akhir 1432H

(1 Jun 2011)

DR. ABDUL WAHAB

MOHD SALLEH

Tajuk : Fiqh Munakahat (al-Iqnak)