Kawan-kawan setia

Khamis, 22 September 2011

Manusia semakin mudah hilang pertimbangan....

Akhirnya polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita 19tahun di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 September lalu telah cuba memperkosa mangsa bilamana hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka yang telah putus ditolak ditolak mangsa. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, siasatan telah mendapati suspek menjadi berang bila  mangsa enggan menyambung kembali hubungan mereka lalu suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa.

Saspek yang juga berumur 19tahun telah ditahan pada 12 September adalah pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar,

Selasa, 20 September 2011

Pak Berahim merapu lagi......

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap 'Tok Guru' sebenarnya tidak mempunyai ilmu untuk menghasilkan draf hukum hudud yang ingin dilaksanakan parti itu di Kelantan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana Menteri Besar Kelantan itu bukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang merangkumi undang-undang syariah, usuluddin, baitulmal dan zakat, fikah dan hadis.
"Sebenarnya, Nik Abdul Aziz hanya pakar dalam bahasa Arab dan kerana faktor itu Draf Perundangan Hukum Hudud Kerajaan Pas Kelantan 1990 tidak dirangka sendiri oleh ulama-ulama Pas sebaliknya terpaksa meminta bantuan ulama dari Asia Barat yang mana kredibiliti mereka kurang diyakini oleh kerajaan negara mereka sendiri.
"Nik Abdul Aziz mengatakan beliau seorang Tok Guru, jadi kenapa beliau tidak merangka sendiri draf perundangan tersebut dan terpaksa meminta bantuan luar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, hukum hudud Pas itu boleh diibaratkan seperti nasi basi yang sudah dibuang dan kemudiannya dikutip semula untuk dihidangkan oleh Nik Abdul Aziz. "Setelah Pas ketandusan modal untuk menghentam UMNO, maka nasi basi yang dikutip itu dipanaskan semula untuk dihidangkan kepada rakyat Kelantan dan penyokong Pas lain semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.
"Pas berkata hendak berbincang semula tentang hukum hudud di Kelantan, jadi sekarang saya ingin mencabar Nik Abdul Aziz bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohammad Sabu dan semua ulama Pas supaya merangka sendiri Draf Pelaksanaan Hukum Hudud itu tanpa meminta bantuan luar dan hebahkan kepada rakyat Kelantan apabila siap kelak," katanya.
Ibrahim menambah, pelaksanaan undang-undang hudud itu juga harus dikuatkuasakan di semua negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan tidak terhad di Kelantan sahaja.
"Namun, saya sangsi apakah mereka mampu melaksanakannya kerana apabila digertak sedikit oleh Penasihat DAP, Karpal Singh semua ulama Pas termasuk Abdul Hadi akan menggigil, kasihan penyokong Pas yang mudah ditipu dan dipermain-mainkan."Justeru, adalah lebih baik Pas menumpukan usaha mendidik pengikutnya supaya mendalami ajaran Islam yang sebenarnya dan lebih penting jangan berbalah dalam bab politik sebaliknya bersatulah untuk memakmurkan ekonomi negara dan perkara baik yang lain," katanya.

 Berita ini dikutip oleh Utusan Malaysia, biasalah suratkhabar sampah mengutip berita sampah yang busuk membusuk, takkan ferari nak kutip sampah. Dalam keadaan memakai baju parlimen PAS yang menang di Parlimen Pasir Mas atas ihsan Tok Guru walaupun diragui oleh PAS Kelantan, dia sanggup melukai hati Tok Guru dengan ungkapan-ungkapan yang biadap. Orang jenis apa tak tau la Pak Berahim ni.....semoga beliau insaf sebelum terlambat...

Isnin, 19 September 2011

Jumaat, 9 September 2011

Setelah bebanan kenaikan harga barang keperluan - tambah lagi bebanan caj komunikasi

Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu

Isnin, 5 September 2011

Orang kata jahil dia marah......tak sekolah kurang marah agaknya

Dalam facebook dah tersebar berita ini, cari punya cari rupanya ada berita ini dalam harakahdaily. Satu komuniti facebook dan tergelak terbahak-bahak dengan gelagat seorang VIP di Kelantan yang beramai-ramai takbir pada hari raya ketiga. Bila ditanya siapa tu yang buat kerja extra ni....mereka hanya kawab carilah sendiri, malau nak cakap. Begitulah bila bergaduh dengan ulamak muktabar, rasa diri alim lebih dai ulamak.
Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga empat hari termasuk hari-hari tasyrik.

Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga.
Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah.

Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka.

Seorang guru agama dari Pondok Sungai Durian berkata, umat Islam hanya disunatkan bertakbir Hari Raya Aidilfitri sebelum solat hari raya dan selepas itu tidak lagi disunatkan.

“Hendak bertakbir pada waktu lain tidak menjadi kesalahan tetapi masanya sudah habis kerana takbir pada Hari Raya Aidilfitri disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri.

“Kalau hendak buat juga tidak ada lagi pahala sunat seperti diajar agama Islam. Amalan bertakbir itu berlaku di luar waktu ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, nampak sangat pemimpin Umno tidak mengambil berat solat agama apabila melakukan perkara mengikut akal semata-mata.

Katanya, budak sekolah rendah pun tahu disunatkan bertakbir pada Hari Raya Puasa sebelum solat sunat Aidilfitri.