Kawan-kawan setia

Isnin, 28 November 2011

Manusia makin mudah hilang pertimbangan?.....mengapa?...

Kejadian di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya semalam benar-benar merimaskan emosi manusia normal. Hanya kerana tidak tahan desakan abang yang menuntut hutang RM50, seorang adik yang mungkin terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu. Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang semalam ketika dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah. Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, ditikam adiknya yang berusia 21 tahun  yang tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah itu mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa. Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.

Kos majlis perkahwinan 15 juta RM??????....

 (carian google dapat foto ni, entah betul atau palsu)
Majlis perkahwinannya dikatakan bernilai RM15 juta, dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya. Dia pula menerima hantaran mewah iaitu sebuah rumah banglo, sebiji kereta yang bernilai jutaan ringgit dan beberapa barang mewah. Siapa dia ni..... multi milion dollar woman?, atau dapat sponsor dari microsoft Corporation atau ia hanyalah kisah di alam khayalan?. Wanita ini bernama Nursyella Kamaruddin atau Syella seorang penyanyi, pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan.

Beliau juga anak bekas pemain ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM), juga telah mendapati foto perkahwinannya tersebar dimana kelihatan dia bersanding seorang diri tanpa pengantin lelaki di majlis perkahwinan yang berlangsung di Flat Sri Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu.
“Sebenarnya, majlis perkahwinan di situ adalah kali keempat Syella bersanding selepas bersanding di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan majlis itu bersanding bersama adik Syella iaitu Effa dengan suaminya, Firdaus. Jadi kami bersanding bersama-sama sekali lagi.
Majlis itu dibuat untuk beritahu pada semua orang bahawa Syella dah bersuami dan mereka  bernikah sejak awal bulan September lalu. Bila ditanya pemberita siapakah suaminya, mengapa disorok-sorok, dia cuma berkata orang biasa-biasa saja dan tidak bercadang untuk mendedahkan identiti saminya walaupun didesak oleh banyak pihak. Jadi tak payah buat spekulasi lah, dia kahwian cara sah, halal doakanlah semoga dia bahagia dan rumahtangganya kekal sampai akhir hayat.

Rakyat Selangor bakal dapat wifi percuma

Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
“Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN,” katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.
Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan

Jumaat, 25 November 2011

Mega Dinner Anak-Anak Kelantan


Program masjid AlHasanah


Dijemput meramaikan program keilmuan, sambil menimba ilmu dari ilmuan ulamak untuk kesejahteraan dunia khirat.

Dimanakah keadilan

Polis Johor menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir. Sebaliknya kata Ketua Polis negeri polis memang tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas. Jadi isu pembatalan tidak timbul kerana polis tidak pernah meluluskan permohonan itu, katanya kepada pemberita di sini. Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini hari ini, bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir malam Khamis. Jadi inilah kes yang sering dihadapi parti pembangkang berterusan dinafikan hak berceramah, mengeluarkan bahan sebaran kepada rakyat disamping berbagai tekanan supaya rakyat tidak dapat meklumat terus dari mulut pemimpin pembangkang. Tekanan ini dilakukan supaya rakyat tidak emndapat maklumat sebenar selain dari yang diputarkan di media-media pro parti kerajaan yang mempunyai liputan yang tidak terhad. Disamping sikap berat sebelah pihak berkuasa tempatan dan pihak keselamatan seprti yang berlaku seperti disuarakan Azmin, bermacam tekanan dikenakan supaya pihak pembangkang terus membisu seolah2 mulut dikunci dari bercakap. Disatu pihak lain parti pemerintah BN di beri laluan seluas-luasnya melalui berbagai media. Rasanya permit pun tak susah dapat,  bahkan kita dapat lihak pihak keselamatan sedia berkawal supaya ceramah BN tidak diganggu....

Mahasiswa bebas berpolitik?....ini kenyataan politik ke berpolitik?

KOSMO Online, KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya

Kenyataan tak patriotik pembesar BN

Tak tahu lah bila pemimpin dan ahli BN/UMNO ni nak sedar perbezaan parti dengan kerajaan. Merujuk kepada kenyataan Awang Adek yang dipetik BERNAMA, ternyata beliau belum memahami politik sebenarnya, seorang pembesar, pemimpin besar UMNO masih tak boleh membezakan antara parti (UMNO) dan kerajaan (Malaysia). Harta kerajaan disamakan dengan harta UMNO lalu kalau UMNO memerintah Kelantan barulah boleh segala projek kerajaan akan membanjiri kelantan. Mengapa tunggu BN memerintah baru nak buat projek, cik Awang oooiiii, projek hak rakyat Kelantan, selagi kerajaan pusat tak buat, awak semua berdosa kepada rakyat Kelantan. Kelantan siapa perintah pun tetap bawah tanggung jawab kerajaan pusat. Segala cukai rakyat Kelantan pusat ambil, bila projek buat tak kenal Kelantan, formula mana awak pakai ni. Jabatan perparitan bukan digaji oleh UMNO, apesal pulak tunggu UMNO memerintah baru jabatan Parit dan Taliair boleh membina perparitan..... aduhai....
 
 
Perparitan Agenda Utama BN Kelantan Jika Kembali Berkuasa
BACHOK: Pembinaan perparitan dan longkang yang sempurna bagi mencegah banjir kilat akan dijadikan antara agenda utama Barisan Nasional (BN) jika diberi peluang oleh rakyat Kelantan memerintah pada pilihan raya umum kelak.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini disebabkan sebilangan besar rakyat terutama yang tinggal di kawasan perumahan dan jumlah penduduk yang padat terpaksa berpindah setiap tahun kerana ditenggelami air bertakung disebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar.
"Belumpun paras air Sungai Kelantan melimpah tebing sudah ramai rakyat yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan apabila kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 kepada setiap 17 ketua keluarga mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini, Jumaat.
Seramai 65 mangsa banjir ditempatkan di situ sejak dua hari lepas apabila rumah kediaman mereka di sekitar Kampung Pak Badol dinaiki air antara 0.2 hingga 0.3 meter.
Mereka termasuk yang tinggal di Kampung Tasek, Kampung Pak Poja dan Kampung Mahligai.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata masalah itu timbul disebabkan kegagalan kerajaan negeri membinanya walaupun diberi peluang selama 21 tahun menerusi pihak berkuasa kerajaan tempatan.
"Kerajaan negeri sepatutnya menyediakan pelan tindakan jangka panjang dan menyeluruh agar lebih ramai rakyat mendapat kemudahan itu dan tidak menyusahkan mereka sebaik sahaja selepas berlaku hujan lebat," katanya. - BERNAMA

Khamis, 24 November 2011

Smart Solat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi


Kepada tuan/puan yang berkesempatan, dijemput hadhir ke program Smart Solat, yang diadakan di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Solat merupakan tiang struktur utama agama dan perkara pertama yang di periksa di padang mahsyar.

Isnin, 21 November 2011

Malaysia menang pingat emas bolasepak...tahniah


(Foto2 Harian Metro)
Malaysia garang bagai harimau, sesuai dengan gelaran skuad HARIMAU bila menundukan Indonesia 4-3 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke 26 sebentar tadi sekaligus dapat mempertahankan pingat emas bagi acara bolesepak. Hero Malaya Khairul Fahmi Apek menghentikan debaran rakyat Malaysia dengan penuh sorakan kegembiraan. Tahniah harimau...

Sebelum itu Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Permainan masa tambahan akan berlangsung sebentar lagi dan jika kedudukan masih terikat, penentuan penalti akan memastikan pemenang pingat emas.

Utusan oh Utusan takutlah kepada doa orang yang difitnah...

 Merujuk kepada laporan UM dan akhbar-akkhbar lain yang berkaitan dengan kes tuduhan terhadap AKSB, MB Kelantan terpaksa menjawab, walaupun sah tuduhan itu fitnah, dan lari dari fakta. Tabiat media pecacai ini memetik laporan tidak benar dan jauh dari fakta bagi mengelrukan rakyat awam dan atas pagar demi kelangsungan lesen dan bantuan kepada mereka.Tujuannya supaya rakyat terus menganggap kerajaan PR tidak cekap dan menyeleweng maka mudahlah ia diperkotak-katik oleh BN demi kelangsungan kuasa mereka. Sama-sama kita baca kenyataan akhbar MB Kelantan dan adillah dalam sikap kita terhadap pemimpin yang amanah.

1. Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad: Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.
2. Namun, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar ( B ) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar. Bagaimanapun, sebagai respon awal sebelum kenyataan lanjut dikeluarkan, saya ingin menarik perhatian terhadap beberapa fakta sebenar yang disorok dari pengetahuan umum oleh Utusan Malaysia.
3. Pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.
4. Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis. Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan E-Coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88%. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%). Saya sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi 4%, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi E-Coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.
5. Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemukakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011. Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?
6. Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan. Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta.
7. Nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal olehNya di akhirat kelak. Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah. Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 25 Zulhijjah 1432H bersamaan 21 November 2011

Lebih 50 tahun berkuasa....BN masih gagal mendaulatkan Islam....

Hairan dengan dakwaan pemimpin BN, yang mendakwa setelah lebih 50 tahun mejadi pemegang amanah kepimpinan negara, mereka telah berjaya mendaulatkan Islam di Malaysia. Kenyataannya, Islam terpinggir, tiada kuasa, hatta untuk mengabil tindakan disiplin kepada pesalah syariat pun tak mampu apalagi kes besar-besar, kes jenayah, kes kecurian, kes kecederaan.....Amat memalukan umat Islam bila Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak berkata "kami tiada kuasa" dalam kes gadis-gadis Islam menyertai ratu cantik yang heboh dalam seminggu ini. Amat menyedihkan, bila Pengarah JAIS berkata yang mampu dibuat hanya setakat memberikan sesi kaunseling. Kaunseling tersebut telah dibuat selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pengarah JAIS, Abang Shamsudin dipetik berkata, JAIS sudah menegur supaya memikir kembali keputusan menyertai pertandingan ratu cantik tersebut namun pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’. Terpulang kepada mereka kerana untuk menyertai kerana ia hak individu.

"Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan. Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja"  - Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji

Cinta itu buta, biar hilang maruah maupun harta....

Harian Metro online hari ini memaparkan sikap bodoh seorang perempuan yang dikatakan angau cinta dengan kononnya lelaki Mat Salih bernama Cole. Dia seorang janda berusia dalam lengkongan 38 tahun mungkin terlalu mendesak untuk mendapatkan pasangan hidup hingga sanggup menyerahkan wang dengan jumlah jumlah yang besar iaitu RM41,000 kepada kekasihnya yang di kenali dalam lama sosial, belum pun sampai sebulan, tak pernah berjumpa, cuma bercakap melalui telefon. Lelaki itu mendakwa berada di Sabah.
Wanita itu berkenalan dengan lelaki yang mendakwa berasal dari Amerika Selatan membuatkan hubungan mereka menjadi mesra dan membuahkan bibit cinta. Lelaki itu juga mendakwa berusia 38 tahun turut berniat untuk memeluk Islam dan berjanji berkahwin dengannya.

Katanya, kekasihnya itu menyatakan hasrat ingin datang ke Malaysia melalui satu panggilan telefon menggunakan nombor talian tempatan pada 7 November lalu bagi menyelesaikan satu urusan tuntutan cek mendiang bapanya dengan syarikat penggali minyak terkemuka di Labuan, sebelum berjumpa dengan keluarganya bagi tujuan melamarnya. Apa yang dikesalkan ialah sikap, sikap yang bodoh dengan begitu mudah mempercayai orang yang tidak wujud secara nyata.....dan menyerahkan sejumlah wang yang besar. Laman sosial tiada integriti, sesiapa pun boleh menyamar, foto boleh dimuatturun dengan mudah dari internet dan diletak sebagai profile...., umur, alamat, lokasi, nama semua boleh ditipu....

Khamis, 10 November 2011

Serupa juga.....

Harapan kita sebagai rakyat memang tinggi supaya Datin Sri Rosmah ada perubahan ke arah merealisasikan tuntutan agama, namun harapan tinggal harapan...., sebelum tunai haji tak bertudung , selepas jadi hajah pun sama juga tak bertudung, cuma berselendang dengan rambut masih kelihatan. Ramai yang tunggu di Lapangan terbang ingin melihat perubahan...namun hampa. Datuk Seri Najib dan rombongan termasuk isteri, DS Rosmah selamat tiba di tanah air daripada menunaikan haji di Tanah Suci Mekah semalam. DS Najib bersama rombongan tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.

Rabu, 9 November 2011

Foto bercium ini dikatakan adalah aksi panas anak Amy Search yang juga seorang artis sedang popular Nabila Huda. Amy pun pening kepala dengan dakwaan skandal anaknya ini dan menasihatkan anaknya supaya jangan meruntuhkan maruah diri dan imej artis lain yang ingin menjalani kehidupan yang beradab walaupun sebagai artis. Sebelum ini pun Nabila telah panas dengan isu cerai dan kini menambahkan koleksi kotroversinya dengan isu terbaru ini. Aksi panas ini dikatakan berlaku semasa dia bercuti di satu pulau dengan teman lelakinya....mungkin tidak sednirian, berkumpulan. Imej artis masih belum pulih dan walaupun ada usaha untuk memulihkn imej kearah yang lebih bersih namun lebih ramai yang berminat untuk terus meruntuhkan imej artis. Lihatlah semasa anugerah sekerin TV3 baru-baru ini...apa yang boleh dikatakan amat memalukan orang Melayu dan agama Islam bila yang berpakaian tidak sopan dan aksi menjolok mata adalah artis-artis Melayu. Kerna itulah Bob Lokman mengeluarkan diri dari disebut artis, berjuang bersama PAS, kerana baginya imej artis sudah tidak boleh diperbaiki lagi...banyak yang buruk dari yang baik. Apapun yang terjadi dan berlaku....sebagai peminat kepada draama-drama yang dilakonkan artis, mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan artis masih berharap artis-artis kita kembali jernih...beradab sopan macam otang-orang biasa Melayu, bukan macam bollywood atau Hollywood.

Yang sepatutnya senang.......

Ramai para guru dan ibubapa murid mengeluh tentang perancangan tidak cerdik pihak sekolah atau lebih tinggi pihak Kementerian Pendidikan atau lebih tinggi kerajaan BN. Apa dia yang rakyat tak puas hati ni?.....tentang cuti versus perayaan agama. Oh oh baru faham .... raya haji dan cuti akhir tahun. Ada yang merungut terpaksa mengantar anak ke asrama semula sedangkan hanya 3 hari lagi yang tinggal untuk cuti akhir tahun. Kenapa susah sangat nak selaraskan supaya lebih memudahkan ibubapa yang terpaksa menghantar anak ke asrama yang bukan dekat dan bukan senang. Bukankah lebih cerdik digantikan awal-awal supaya ibubapa tidak lagi bersusah payah menghantar dan hari jumaat ini sekali lagi bersusah payah mengambil semula bila cuti akhir tahun bermula.Ternyata pihak Kementerian menyusahkan sesuatu yang sepatutnya senang. Sama juga dengan kes guru-guru yag mengajar dikawasan yang jauh dari kampong, sepeti cikgu yang berasal dari Kelantan, terpaksa bergegas kembali semula untuk bertugas selepas cuti raya haji dan selepas tiga hari balik semula ke kampong bila cuti akhir thun bermula.....

Selasa, 8 November 2011

Bahaya LIF....berhati-hati memasuki lif


Di Kota Kinabalu media melaporkan semalam kejadian ngeri seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja. Rasanya kejadian ini pertama kali berlaku di Malaysia, mungkin disebabkan berlaku kerosakan pada sistem lif. Kejadian malang ini berlaku terhadap mangsa, Lau See Yen, 20, yang telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat kecederaan teruk itu.
Menurut cerita yang dipetik sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan makanan yang dibawa  ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.Namun tiba-tiba sahaja, tanpa disedari mangsa, pintu lif itu tertutup menyebabkan kepala mangsa tersepit dan menyeret leher mangsa sehingga hampir putus. Menyedari kejadian yang berlaku, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang sedang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan. Namun kecederaan belia sangat teruk menyebabkan beliau tidak dapat dislamatkan lagi dan meninggal di ICU hospital. Walaupun sistem lif biasanya tidak akan bergerak atau menutup pintu sekiranya terdapat objek yang berada dipintu namun lebih baik berhati-hati kerana dibimbangi sensor sistem auto itu rosak dan boleh menyebabkan kemalangan.