Kawan-kawan setia

Isnin, 19 Disember 2011

Kenapalah bodoh sangat.......

(gambar hiasan)

Media memaparkan kisah berlaku di Melaka, sorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20an sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan. Hasil soalsiasat difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.
Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan dan dia dirogol di situ. Menurutnya, mungkin panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai melarikan diri dan meninggalkan gadis berkenaan disitu. Inilah orang nogori den kato, takdo kojo cari kojo. Kalau tidak suka sama suka masakan dia sanggup ikut lelaki kebilik hotel, kan sudah maklum kalau lelaki bawa perempuan kebilik hotel tentu ada niat yang tidak baik. Sebagai seorang mahasiswa sepatutnya setiap orang berfikiran mantap, tak hanyut dengan rayuan lelaki semudah itu. Kalau orang kampong yang sedang bersembang kedai kopi dapt berita ini, sudah tahu apa jawapan mereka....."Kenapa la bodoh sangat"......

Ahad, 18 Disember 2011

Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus mendapat sambutan hebat


S




Seperti dijangka, sambutan umat Islam yang dahagakan ilmu akan membanjiri masjid AlHasanah Bandar Baru Bangi, memang diluar jangkaan bila pulohan ribu umat Islam dari jauh dan dekat tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendengar secara live dari ustaz Azhar sendiri. Bedasarkan kiraan rambang dikatakan hadhrin menjangkau 10ribu orang, bila ruang dewan masjid luar masjid tiada ruang kosong, kesemuanya dipenuhi umat Islam yang dahagakan Ilmu. Bandar Baru Bangi juga mengalami kesesakan luar biasa bila kereta-kereta dipakir ditepi jalan kerana tempat parking masjid pun dipenuhi manusia. Ustaz Azhar disambut oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar, kepimpinan masjid AlHaanah sebagai penganjur bersama Persatuan Penduduk dan pejabat DUN Bangi. Ustaz Azhar Idrun merupakan fenomena terkini kerana beliau diminati bukan sahaja veteren bahkan anka-anak muda kerana penyampaian beliau yang bersahaja, mudah difahami walaupun dalam loghat pekat Terengganunya. Fenomena ini mungkin megngembalikan fenomena Ustaz Hadi zaman 80an, fenomena Anwar Ibrahim 90an.... Diharapkan fenomena ini berterusan dan akan menghangatkan lagi usaha dakwah kearah lebih efektif. (Foto2 ihsan Hj Azizi)

Sabtu, 17 Disember 2011

Kerajaan BN gagal lagi - Harga ikan pulak melambong naik

Harga ikan di seluruh negara dijangka akan melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.
Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan. Orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal. Sudah maklum harga ayam juga tinggi dipasaran namu pengguna terpaksa hadapi kenaikan barangan keperluan ini.
Dalam tinjauan media di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan

Perkahwinan gay terulung......Melayu@Islam


Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Ireland.

Jumaat, 16 Disember 2011

Pakat buat laporan polis ke atas penerbit video klip hina hudud

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.
Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.
Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video sembang rakyat dengan Noh Omar. Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh. Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews. Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.
Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.
Bernama melaporkan beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh. Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

Jadi apa lagi, tentu pembangkang tak buat video klip ni, takkan palit tahi kepada diri sendiri, itu kerja orang bodoh, pembangkang bukan bodoh, mencari dosa mempermainkan hudud. Sekarang Noh boleh buat laporan polis bersama pembangkang, biar polis yang bertindak, cakap banyak pun tak guna. Kalau Moah tak bersalah, UMNO Selangor tak bersalah, dakwa penerbit video ke muka pengadilan, kalau tidak Noh, UMNO, Puteri UMNO akan dicop pembuat video itu oleh rakyat ekoran e-mail dan hak milik penerbitan di dapati kepunyaan komponen atau agen UMNO Selangor.

Khamis, 15 Disember 2011

Sony videocam VX2100 untuk dijual

Used Videocam for sale (RM6K negotiable) - Call 013-6661150 (arjey)
3CCD Imaging System
12x Optical Zoom / 48x Digital Zoom
530 TV Lines Camera Resolution
i.LINK (DV in/out)
Analogue in/out
2.5" Precision Colour LCD
Memory Stick Slot
Intelligent Accessory Shoe
STAMINA 9h
(COD sahaja/only)

Siamang mengganas di Zoo Melaka

Harian Metro dan Kosmo melaporkan kejadian  dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin. Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.
Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.
Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.
"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.
"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq. Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

Lagi foto tanah runtuh di Kuantan

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semambu Datuk Pang Tsu Ming (kiri) melihat jalan runtuh teruk di Jalan Sungai Lembing, Rabu. Jalan Kuantan- Sungai Lembing runtuh akibat hujan lebat selama lima hari menyebabkan hanya sebelah jalan yang dibuka untuk laluan orang ramai

Rabu, 14 Disember 2011

Ustaz canggih......


Ustaz ini memang popular di dunia cyber. Ustaz Azhar Idrus, mula dikenali dengan posing memegang kamera berlensa panjang. Ini bukan lakonan, ustaz Azhar Idrus memang peminat fotografi. Boleh dikatakan dalam semua-semua ustaz dia yang paling canggih sekali menyebarkan dakwahnya dengan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada.

Sebut sahaja....Youtube, twitter, Facebook, kamera SLR canon EOS, iPhone, iPad, iPod, VCD, CD dan lain-lain lagi semua diguna pakai oleh Ustaz Azhar. Ustaz Azhar boleh lah dikatakan seorang peminat tegar kamera dan gambar yang dihasilkannya diakui amat hebat.

Dari gambar yang dipamerkannya menunjukkan dia 'paham kamera' serta lensa dan setting kegunaannya dan amat memahami teknik edit gambar, berkemungkinan besar dia terror photoshop. Pernah ada sahabat yang terserempak dengan dia di pilihanraya satu kecil dengan jubah berserta camera canon fullframe mengambil gambar suasana pilihanraya tersebut.

Lagi foto banjir melanda KL 13 Disember


Lagi laporan polis terhadap penerbitan video klip BIADAP

Dipetik dari HarakahDaily Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah membuat laporan polis terhadap klip video bertajuk ‘lagi hudud PAS’ yang disiarkan diYoutube beberapa minggu lalu.
Laporan itu dibuat memandangkan klip video berkenaan melanggar aturan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Syekyen 120 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1994, seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamed Nuri Mat Yaacob telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, pihak-pihak tertentu, kerana ingin menentang PAS, mereka sanggup mempersendakan hukum Allah tanpa mereka sedar tindakan itu bukan sahaja memperlekehkan PAS untuk menegakkan hukum Allah, sebaliknya menghina hukum Allah sendiri. Beliau juga menggesa kerajaan Pusat mengambil tindakan segera berhubung penghinaan hukum Hudud itu kerana ianya boleh mengelirukan orang ramai.
Dalam perkembangan lain seorang blogger telah membuat analisis dan dalam laporannya merumuskan penerbit video berkenaan mempunyai kaitan dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor kerana email penerbit berkenaan juga adalah email yang digunakan webmaster laman web Pena Noh Omar, Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang. Kalau betul ianya kepunyaan UMNO Selangor, maka amat malanglah bagi rakyat  Selangor bila pemimpin mereka berhabisan wang ringgit mengupah pelakon menerbitkan klip video tersebut dengang tujuan menghina PAS tetapi tersasar sehingga menghina kemuliaan agama sendiri. Orang ramai pun dah mula meluat dengan pelakon-pelakon yang terbabit dengan video ini terutama yang memegang watak orang tua, mungkin akan memulaukan drama atau hasil lakonan pelakon terbabit.

Tanah runtuh akibat hujan lebat

Kecoh lagi akibat hujan lebat dimana berlaku kejadian tanah runtuh di Kuantan. Menurut komen-komen yang di poskan jalan runtuh berlaku di Kuantan mengarah ke Sungai Lembing dan merupakan jalan baru disiapkan.

Selasa, 13 Disember 2011

KL pulak banjir.....



Minggu lepas warga Kajang gempar banjir menyerang bandar Kajang bila sebahagian besar kawasan yang berada diparas sungai dinaiki air yang menenggelamkan kereta sehingga ke bumbung. Hari ini Jalan Tun Razak pula dilanda banjir menyebabkan kesesakan teruk trafik yang terlibat dengan jalan Tun Razak. Jalan Tun Razak menempatkan banyak bangunan penting seperti Perpustakaan Negara, IJN, Hospital KL, Istana Budaya dan lain-lain. Jalan Tun Razak juga laluan keluar bagi kakitangan Felda, Pusat Latihan Telekom, Pulapol, Kementah, UTM dan lain-lain.

Temujanji dengan Ustaz Azhar Idrus

Ramai yang mengenali ustaz Azhar Idrus, merupakan fenomena medan dakwah terkini. Untuk mendapatkan kesediaan beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan kerana jadual beliau penuh. Kuliah beliau bersahaja, namun mengalahkan raja lawak bagi mereka yang tak tahan ketawa. Keistimewaan ustaz Azhar adalah keilmuan yang tinggi dan penyampaian yang bersahaja. Bahkan dijadikan tempat rujukan bila terdapat isu-isu panas, seperti isu tabligh, isu filem Hantu Bonceng dimana pelakon utama Hantu Bonceng mendapatkan nasihat beliau atas isu kntroversi tersebut, dan bermacam-macam isu lagi. Jangan terkejut jika ustaz Azhar juga dikenali dengan ustaz berkamera canggih, beliau mungkin peminat fotografi atau ahli kelsb fotografi. Peluang bertemu dan mendengar secara "live" dengan ustaz Azhar tak seharusnya di lepaskan oleh warga Bangi dan sekitarnya. Dinasihatkan, mereka yang ingin bertemu dekat dengan Us Azhar supaya datang awal kerana dikhuatiri dewan masjid Hasanah akan penuh.....

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan lupa temujanji dengan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Hasanah

Suara Masjid Al-Hasanah
‎Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Di Masjid al-Hasanah
17 Disember 2011
semua di jemput Hadir, Sebar-sebarkan

Menghina hudud, menghina rakyat Kelantan.....terdesak sangat ke?

video
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) baru sahaja selesai membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berikutan klip video "Lagi Hudud PAS" dan "Musim Hudud" yang telah tersebar meluas di alam maya facebook dan youtube.. GAMIS menuntut agar pihak berkuasa sama ada pihak polis atau pihak kementerian agar menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap isu ini.. GAMIS juga menuntut agar seluruh krew yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran video ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dan menyarankan agar semua yang terlibat bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah.. Sesungguhnya kita dan semua yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah.. "GAMIS, Inspirasi Anak Muda"

Jom ke Masjid Hasanah Bdr Baru Bangi

Kuliah Maghrib di Masjid al-Hasanah :

10 DIS 2011 (Sabtu) ~ Ust Radzi - Pukul 9 - Solat Gerhana 
11 Dis 2011 (ahad) ~ Ust. Ishak Jusoh (Imam As-Sobah) -Tafsir 40 Hadith Akhir Zaman
12 Dis 2011 (Isnin)~ Ust. Shauqi Othman (UPM)- Fiqh Muamalat (Fiqh Mazhab Shafie)
13 Dis 2011 (selasa ) ~ Ust. Mohd Napiah Sahrani - Tajwid, Tafsir dan Taranum
14 Dis 2011 (Rabu ) ~ Dr. Ismail Yusoff (UKM) - Tafsir al-Quran
15 Dis 2011 (Khamis ) ~Imam Bertugas - Bacaan Yasin dan Tahlil
16 Dis 2011 (Jumaat ) ~ Ust. Rahim Refa'i - Terjemahan al-Hikam

Khutbah Jumaat
16 Dis 2011 (Jumaat)~ Ust. Dr. Mohd Najib Kadir (UKM)

Kuliah Subuh masjid al-hasanah
10 DIS 2011 (Sabtu) ~ Ust. Yahya Radzi (KUIS) - Madrasah al-Ambi'ia
11 Dis 2011 (ahad) ~ Ust. Hj. Zamihan Mat Zin (ILIM) -Sifat Solat Nabi Yang Sahih — with Peguam Syarie Shafie Ngah and 49 others

Khamis, 8 Disember 2011

Lebih mengelirukan bukan Islam

Memang terkilan sangat, tak puas hati pun ada, dengan tindakan 3orang ini yang cuba menjatuhkan PAS didepan khalayak bukan Islam, tanpa mereka sedar sudah menambah keliru mereka tentang hukum-hukum Islam khususnya hukum hudud, yang sudah diketahui umum keliru. MCA memang tak pernah faham dan hingga kini tiada usaha rakan seperjuangan MCM iaitu UMNO cuba untuk memberi kefahaman kepada mereka. Mungkinkah dengan tidak fahamnya MCA tentang Islam memudahkan UMNO menipu MCA dan sewaktu dengan nya hal-hal syariat Islam lalu meberi batuan politik kepada UMNO selaku peneraju BN. Mereka ialah Presiden JUST  Dr ChandraMuzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Mohd Kamal Saidin selaku penasihat ugama  Mentri besar Terengganu. Mereka memfitnah PAS dan hudud dihadapan Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.
Mereka merumuskan PAS sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka atas sebab-sebab demikian:
1.    Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.
2.    Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.
3.    Hukum hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.
4.    Islam ugama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.

Jumaat, 2 Disember 2011

Firus Akhtar.........

Nama: Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan
- MA Pengajian Islam dan Timur Tengah (Perbandingan Sastera Islami)
- BA Bahasa dan Kesusateraan Parsi
- SPM

 Pekerjaan: Graduan Sarjana


SHAH ALAM: Acara kemuncak pencarian Ustazah Pilihan musim pertama telah berakhir dan menobatkan Firus Akhtar Mohamad Bohari 27, dari Kuala Lumpur, sebagai pemenang. Juara menerima biasiswa di Universiti Al-Madinah oleh Yayasan Aminah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh and Travel dan sebuah kereta Peugeot 207, disamping membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 sumbangan Astro, RM5,000 sumbangan Bank Islam dan beberapa hadiah sampingan lain. Firus mempunyai Sarjana Pengajian Islam dan Timur Tengah dari Universiti Washington dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Parsi dari Universiti Al-Zahra, Iran.
Pada malam penentuan itu, semua peserta diberi tugasan untuk mendekati permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan. Pemenang pada malam itu dinilai berdasarkan tugasan (40 markah), ujian bertulis (40 markah) dan hujah (20 markah). Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Dr Robiah serta dua tenaga pengajar iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Zawiah Hassan. Ia dihoskan oleh Farah Diana Anuar dan Siti Rohani Surani. Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis


Kajang dilanda banjir kilat




Sekali lagi bandar Kajang dilanda banjir yang menakutkan, lebih besar dari yang sebelumnya. Keadaan bandar yang rendah berdekatan sungai, memungkinkan air cepat bertakung memenuhi segenap ruang bandar. Apa yang dapat dilihat, secara kasarnya dianggarkan banyak kerugian yang bakal ditanggung oleh peniaga dan penduduk bandar Kajang.

Khamis, 1 Disember 2011

UMNO syok sendiri....

Rasanya UMNO kena bimbang dengan status macam ni....2jam publish hanya 5orang yang like video perhimpunan agong UMNO yang sedang berlangsung, ucapan presiden UMNO selepas 2jam 3 orang yang like laporan pulak sejak semalam 7 orang yang like.....apa nak jadi dengan UMNO dalam menghadapi PRU ke 13, usahkan komen, like tak sampai 10orang.....