Kawan-kawan setia

Khamis, 27 Disember 2012

Antarabangsa: Wow lajunya......


Pembukaan laluan keretapi laju antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini. Kereta api itu akan bergerak dengan kelajuan purata 300 kilometer sejam yang meliputi 35 hentian di bandar-bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha.

Selasa, 7 Ogos 2012

Qoryah Ramadhan, Kota Bahru

Kota Bahru, kesempatan dapat berbuka, solat maghrib, solat isyak, solat tarawih dan qiamulail di qoryah ramadhan di kota bharu memberi sayu pengalaman yang menarik. Selama empat hari disitu, berbuka percuma, bersahur percuma dan dapat naskhah AlQuraan percuma yang disediakan oleh penganjur pada malam istimewa 17Ramadhan dimana diadakan khatam AlQuraan 100kali. Setiap malam solat dipimpin oleh imam dari Mesir dengan bacaan yang mengasyikkan. Walaupun satu rakaat 15minit namun kelihatanya tiada yang lari dari sof. Alahamdulillah, tahniah kerajaan Kelantan kerana berusaha menghidupkan Ramadhan dengan cara yang luar biasa.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Jangan gam Adibah Nor pula...be profesional la

(Adibah bersama Datu Anuar Tan meraikan anak2 yatim)
Sikap tidak profesional pihak-pihak tertentu menyebabkan ada individu-individu terbabit menghadapi kesukaran dalam meneruskan kerjaya profesional mereka. Kita maklum Datuk Hasan Ali sebelum terjun kedalam politik bersama PAS, beliau sering muncul di TV dan radio atas kapasiti pakar motovasi. Bila secara rasmi menjadi ahli PAS DHA di gam dalam semua agenda kerajaan dan swasta. Begitu juga personaliti-personaliti yang popular suatu masa dulu bila secara rasmi menjadi ahli parti bukan kerajaan mereka dinafikan hak berkarya di media kerajaan atau swasta, seperti Bob Lokman, Hairy Othman, Renggo Arrow dan terbaru Abby Abadi yang ditamatkan kontrak semata-mata telah menjadi ahli PAS seumur hidup. Kita bimbang mereka-mereka yang kini mendekati PAS akan menerima nasib yang sama, seperti Mustafa Kamal, Yatt, Aishah, Catriona, dan lain-lain. Mungkin itulah sebabnya Ning Baizura melenting bila dikatakan bakal bersama PAS, yang mana beliau salah petik ucapan YB Salehudin Ayub dimana ucapan sebenarnya YB Salehudin berdoa agar Ning dan Datuk Sharifah Aini dibukakan pintu hati menerima perjuangan PAS, bukannya menyebut Ning masuk PAS.

Dalam perkembangan terbaru Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah dan artis Adibah Nor bersama-sama meraikan meraikan 60 orang anak yatim dalam majlis berbuka puasa semalam di Kota Bharu. Umum maklum Datu Anuar Tan adalah wakil rakyat PAS Kota Bharu. Namun kita juga bimbang Adibah di kategorikan mendekati PAS bila kelihatan bersama walaupun sebenarnya atas dasar profeional dimana Adibah adalah Duta Produk Kumpulan The Store. Beliau bersama Datuk Anuar Tan, meraikan anak yatim dari Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah dengan mengunjungi dari satu meja ke satu meja untuk menyampaikan sumbangan. Sumbangan berkenaan ditaja oleh syarikat Nestle dan produk kumpulan The Store. Jadi diharap pihak-pihak terbabit sewajarnya profesional dan jangan jadikan Adibah seorang lagi mangsa sikap prejudis mereka. Belajarlah membezakan antara kerjaya dengan politik, kerajaan dan parti...

Bulan barakah pun masih buat fitnah lagi...

(Abby bersama bekas suami Norman Hakim dan isterinya Memey)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali. “Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Zaki, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

Ahad, 22 Julai 2012

Ramadhan Almubarak dan kegemilangan PAS menerjah arus

 (Haire Othman menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup)
(Pelakon Yatt bersama TGNA dalam sidang akhbar di KB)
 (Haire Othman bersama pelakon gerak Khas Zulkifle Ismail bersama Dato' Mahfuz)
Tok Guru Nik Aziz bersama pelakon Mustafa Kamal
 (Abby Abadi penyanyi dan pelakon, menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup)
 Alhamdulillah kehadhiran PAS dipersada politik tanahair semakin diterima oleh pelbagai golongan. PAS yang dizahirkan oleh golongan ulamak menentang penjajahan, dipelopori oleh sekolah-sekolah pondok dan tok-tok guru seterusnya dipolularkan oleh golongan profesional dan dimeriahkan oleh kemasukan golongan karyawan termasuk artis. Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh PAS yang masih diterajui para ulamak haraki dan disokong oleh semua golongan ini membuatkan PAS semakin kental menrempuh arus.  Yang terkini adalah kesedaran golongan karyawan hiburan dan selebriti yang dengan kesedaran sendiri tanpa dipaksa sesiapa menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebagai ahli PAS. Kehadhiran mereka memang sesuai dengan situasi semasa dimana dubia penyiaran letronik dan cetak semakin menjadi ikutan rakyat khalayak, selayaknya diambil peluang oleh PAS untuk mendidik masyarakat dengan gaya islamik. PAS wajib memberi alternatif kepada rakyat berhibur. Seperti juga PAS mengajak rakyat memilih cara alternatif sudut kewangan dengan mempopularkan perbankan Islam. Kemasukan berduyun-duyun golongan karyawan ketara selepas kemasukan Bob Lokman ke dalam saf pemuda PAS. Walaupun sebelumnya sudah ada riak-riak kecil yang dibawa oleh Renggo Arrow, Sham Kamikaze namun selepas kemasukan Bob Lokman dilihat para selebriti semakin jinak denga kepimpinan PAS. Bob Kuman mendekati PAS sebelelum meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan samada beliau sudah menjadi ahli PAS sebelum itu, namun difahamkan bapa allahyarham memang ahli PAS seumur hidup. Paling menonjol adalah Haire Othman pelakon terkenal dan pernah menjadi pelakon utama filem patriotik Leftenan Adnan. Hairi juga menyerah borang keahlian seumur hidup. Selain itu penyanyi Aishah, pelakon Catriona, Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan lain-lain telah bersama di atas pentas PAS memberi penerangan kepada rakyat situasi semasa sebagai panduan menjelang PRU nanti.

 (Adam. Pelakon dan pengarah filem, menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup)
 (Kesediaan TS Anuar Musa sama-sama tandatangan tuntutan royalti)
 (Fenomena Us Azhar Idrus)
 (Ramai selebriti mula mendekati PAS selepas Bob Lokman bersara artis menjadi agen PAS seumur hidup)
 (Bob Kuman semakin intim dengan PAS, namun Allah telah memanggilnya terlebih dahulu - AlFatihah)
(Persefahaman antara dunia perfileman dengan PAS menandakan satu titik baru dalam dunia perfilman tanahair)

Ahad, 8 Julai 2012

Tajuk-tajuk akhbar utama

Ramai penyokong penyokong dan ahli-ahli politik PR tak higin atau loya nak baca media utama kerana sikap dan pemberitaan yang seolah-olah berperanan sebagai akhbar atau media BN...Akhbar yang paling ringan pun seperti Sinar Harian, atau Harian Star Online sangat kelihatan berat sebelah bahkan seolah-olah akhbar BN. Konsep pemberitaan senang difahami, memburukkan PR dan menjulang BN. Kita ambil contoh akhbar yang dikatakan paling adil MStar Online. Tajuk 1 membersihkan Shahrizat yang berpalit mcm2 skendal, terutama NFC. Imej Sharizat dibasuh melalui mahkamah walaupun bagi rakyat hanyalah sekadar menyapu bawah karpet.... Tajuk kedua, juga menjulang kejayaan BN memerintah walaupun dacing BN senget sebelah. lebih 50tahun diberi amanah, rakyat masih miskin, bahasa kebangsaan masih merempat di dalam semua bidang hinggakan nama jalan diputrajaya pun malu dinamakan nama-nama bahasa Melayu. Tajuk ketiga mengulas sikap golongan Islam taksub kepada ulamak, ustaz-ustaz dan pemimpin agama dikalangan mereka. Tajuk keempat, cuba mengotorkan imej dinar....dan pengurusan dinar. Polis cepat bertindak jika laporan dibuat terhadap musuh BN tetapi lembab selembapnya jika dakwaan dibuat terhadap pemimpin BN kepentingan BN. Dan seterusnya.....terus memuji diri sendiri....Hanya BN yang mampu .....(tak sedar tu syirik tu....)

Isnin, 2 Julai 2012

Mewahnya kehidupan mereka dibandingkan dengan kedhaifan rakyat

Sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, RTC yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah kelmarin.



GMU tidak ingin mengulas kejadian rompakan terjadi di kediaman RTC itu, dimana suspek dipercayai lebih daripada dua orang telah berjaya melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai milik RTC. Bila melihat kepada rumah dalam hati terdetik...mak ooooi bosa nye rumah.... Ini rumah di KL, belum lagi tempat-tempat lain. Belum lagi kereta mewah, harta dalam negeri luar negeri. Kehidupan mewah inilah yang membutakan hati dan perasaan sesorang mengenal erti kehidupan sebagai hamba......Jadi tidak hairan pemimpin-pemimpin PAS hidup sederhana.

Isnin, 4 Jun 2012

Kuliah masjid Hasanah, Bdr Baru Bangi

Kuliah Maghrib Bulanan di Al-Masjid al-Hasanah (Bulan JUN / 11 Rejab – 11 Syaaban 1433 H):
1 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Rashidy Jamil al-Rashid (JAKiM)
2 Jun 2011 (Sabtu)~ Dr. Hasnan Kasan – Memahami Bacaan Dalam Solat
3 Jun 2012 (Ahad)~ Ust. Mohd Idris Yussoff – Apa erti Saya menganut Islam
4 Jun 2012 (Isnin)~ Ust. Fadli Ismail (UKM) - UMUM
5 Jun 2012 (selasa ) ~ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali - Bahrul Mazi
6 Jun 2012 (Rabu ) ~ Dr. Abdul Wahab Md Salleh - Risalah Tauhid
7 Jun 2012 (Khamis ) ~Ust Mohamad Ibrahim - Dasar-dasar Ilmu Dakwah
8 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Abd Rahim Refa'i - Fiqh Keutamaan
9 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Hj. Mohd Anas Hj. Hasan – Ahkam al-Sultaniah
10 Jun 2012 (ahad)~ Ust. Ishak Jusoh - Tafsir 40 Hadith Akhir Zaman
11 Jun 012 (Isnin)~ Ust. Shauqi Othman (UPM)- Fiqh Muamalat (Fiqh Mazhab Shafie
12 Jun 2012 (selasa ) ~ Ust. Mohd Napiah Sahrani - Tajwid, Tafsir dan Taranum
13 Jun 2012 (Rabu ) ~ Dr. Ismail Yusoff (UKM) - Tafsir al-Quran
14 Jun 2012 (Khamis ) ~Imam Bertugas - Bacaan Surah Pilihan & Doa Selamat
15 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. KhuSairi Hamthan (Seremban) - Nasihat Agama Wasiat Iman
16 Jun 2011 (Sabtu)~ Dr. Abd. Hamid Sulaiman (IPIS) – Fiqh Sirah Nabi Muhamad S.A.W
17 Jun 2012 (ahad)~ Ust. Hashim Nawawi (Surau Damai) - Tafsir Hadith Qudsi
18 Jun 2012 (Isnin)~ Abd. Rahman Awang Soh) - Miinhaju al-Abidi'in
19 Jun 2012 (selasa ) ~ Dr. Mohd Noor Manutty (KUIS)) - Islam dan Isu Semasa
20 Jun 2012 (Rabu ) ~ Dr. Abdul Wahab Md Salleh - Fiqh Munakahat
21 Jun 2012 (Khamis ) ~Imam Bertugas - Bacaan Surah Pilihan & Doa Selamat
22 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Meeftah Annuar (JAKIM) - Sairus Salikin
23 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Mhd idris Mohd Yusof (Imam) – Apa Ertinya Saya Menganut Islam
24 Jun 2012 (ahad)~ Ust. Halim Din
25 Jun 2012 (Isnin)~ Seikh Ali Soleh Mohd Ali Jabir (Madinah) - UMUM
26 Jun 2012 (selasa ) ~ Ust. Rosli Mokthar (KUIS) - Hudud
27 April 2012 (Rabu ) ~Dr. Ismail Yusoff (UKM) - Tafsir al-Quran
28 Jun 2012 (Khamis ) ~Imam Bertugas - Bacaan Surah Pilihan & Doa Selamat
29 Jun 2012 (Jumaat )~ Prof Madya Dr. Arip Kasmo (UKM) - al-Quran dan Sains
30 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Salehuddin Mohd Nasir– Surah Pilihan

Khutbah Jumaat
1 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Rashidy Jamil al-Rashid (JAKiM)
8 Jun 2012 (Jumaat )~ Tuan Syed Othman Thani (IMAM)
15 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Khairil Khuzairi Omar (PIUKM)
22 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Mohd Idris Mohd Yussoff (IMAM)
29 Jun 2012 (Jumaat )~ Ust. Meeftah Annuar (JAKIM)

Kuliah Subuh masjid al-hasanah

2 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Khairul Khuzairi Omar (PIUKM) - Hadith Penawar Bagi Hati
3 Jun 2012 (Ahad)~ Abd. Rahman Awang Soh) - Miinhaju al-Abidi'in
9 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Zariffi Mohd Daud (JAKIM) – UMUM
10 Jun 2012 (ahad)~ Ust. Hj. Zamihan Mat Zin (ILIM)- Sifat Solat Nabi Yang Sahih
16 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Ab. Jameer Md Saad - Fadilat/Kelebihan Solat Berjemaah
17 Jun 2012 (ahad)~ Ust. Rashidy Jamil al-Rashid (JAKIM) - Mutiara Tasawuf
23 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Abd. Razak Mahdi (IPIS) - Akidah Ahlulu Sunah Wal'jamaa
24 Jun 2012 (ahad)~ Dr. Mohd Basir Alias (IPG Ceras) - Pertentangan Islan dan Sekular
30 Jun 2011 (Sabtu)~ Ust. Mohd Idris Mohd Yussoff (IMAM) – Apa Ertinya Saya Menganut Islam Dalam Solat

Rabu, 23 Mei 2012

Datok Pa kata selebriti masuk PAS nak berpolitik, kalau masuk UMNO?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai PAS konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Datok Pa dah mendalami ilmu laduni ...tau hasrat hati orang, apa didalam hati orang...mengapa prejudis niat orang, biarkanlah, selebriti pun ramai menyertai UMNO, kenapa tak komen pedas2...bahkan diwarkan dimedia2 cetak dan elektronik....

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
 So ini salah satu saloran Datok, pa yang jeles sangat selebriti masuk PAS....

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam Selasa.
Datok...untuk berdakwah kan banyak saloran, berikanlah kebebasan untuk memilih....

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.
Tau pun jasa kerajaan, ...sampai bila ni kumpulan datok dan datok sendiri nak sedar perbezaan kerajaan dan parti.....

Isnin, 14 Mei 2012

Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0 berjaya jam 1pagi dah penuh kehadhiran peserta

Dari jam 10malam peserta bersih sudah semakin ramai berada di KL merata-rata tempat...menurut laporan-laporan terkini dalam laman-laman sosial dan blog jam 1pagi orangramai sudah memenuhi dataran merdeka dan kawasan-kawasan sekitarnya. Terdapat juga laporan pegawai DBKL sendiri mogok terhadap Datuk Bandar kerana tak setuju arahan DBKL mewajibkan mereka bekerja 18jam sehari ketika BERSIH 3.0 berlangsung.

Jumaat, 20 April 2012

Malu kalau seorang MB cakap macam ni....

Bila membaca akhbar cetak Sinar Harian Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu. menunjukkan mentaliti rendah seorang pemimpin. MB Terengganu ini sama juga dengan pemimpin BN lain atau ahli-ahli BN masih gagal memahami atau membezkn antara kerajaan dan parti.  BN sendiri pun tak pernah membiayai pelajar-pelajar keluar negara atau dalam negeri kecuali atas kes-kes tertentu yang PAS pun buat, bahkah individu pun buat menaja pelajar-pelajar bergantung kepada kes.
 
MB Terengganu ini masih beranggapan tindakan beliau tidak zalim,dengan menarik balik pinjaman kepada penuntut yang terlibat dalam demonstrasi BERSIH kerana pada pendapatnya, pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram. Umum tahu tindakan kerajaan ngeri Terengganu tersebut dibuat semata-mata dedam kerana penuntut tersebut menyebelahi PAS.  
 
Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
 

Khamis, 19 April 2012

Universiti Lim Kok Wing pun iktiraf idea Tok Guru

Universiti LKW telah diiktiraf sebuah universiti kreatif di Malaysia. Tok Guru MenteriBesar Kelantan telah di cop kolot oleh puak2 BN kerana idea, cara hidup dan penampilan TG. Namun bila melihat sebuah universiti yang menyanjung kreativiti, telah megniktiraf idea TG, maka dengan sendirinya rakyat tahu siapa TG. Semalam Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid. Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.


Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition. Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Limkokwing. Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, berkata sejadah dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

Khamis, 12 April 2012

Tiada jodoh apa nak buat...redha saja la...

Setelah sekian lama bergelut kontroversi perkahwinan akhirnya tiba ke garis penamat, pemain bola sepak negara yang juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak mengesahkan bahawa dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya yang juga aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Maknanya aidil sudah menyepak bola kontoversi masuk gol dan bakal disahkan oleh pengadil, satu penceraian yang sah. Aidil Zafuan, 25, berkata, permohonan itu difailkan oleh peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor kelmarin.


“Saya menyerahkan segala urusan tersebut (permohonan perceraian) kepada peguam dan saya sedang menanti perkembangannya di mahkamah. “Saya juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tindakan ini kerana tidak mahu memburukkan isteri saya dan tidak mahu masalah kami menjadi kontroversi umum,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rabu, 11 April 2012

gempa bumi aceh

Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.

Tak sensitif atau sengaja menguji perasaan umat Islam Malaysia

Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch. ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Pengerusi LPFM, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap pula berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch itu......

Jumaat, 30 Mac 2012

AJK Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi

Nazir Ust. Haji Mohd Napiah bin Sahrani
Tim. Nazir Dr. Haji Sutarji bin Haji Kasmin
Setiausaha Haji Kamarudin bin Yusof
Pen. Setiausaha Muhammad Afik Mohd. Khazar
Bendahari Ahmad Tarmizi bin Abu Hassan
AJK Zahari Muhamad
AJK Hj. Abdul Hamid Abd. Rahim
AJK Abd. Rahman Husain
AJK Hj. Nadzri Daud
AJK Ali Zaini Musa
AJK Hj Anuar bin Ibrahim
AJK Wan Zailan Wan Omar
AJK Hjh. Hidayah bt. Muhammad
Wakil Pemuda Ustaz Hud bin Saleh Huddin
Wakil Wanita Ustazah Che Mariam bt. Ahmad
Pemeriksa Kira-kira Hj. Hamzah bin Othman
Pemeriksa Kira-kira Zulkifli bin Dellah
Imam Tuan Syed Othman Thani Syed Omar Fadaak
Imam Ustaz Ishak bin Jusoh
Bilal Hj. Ibrahim Yahaya
Bilal Kholid bin Yaacob
Siak Samion bin Musiron
Siak Ayob Salleh

Rabu, 28 Mac 2012

Pengundi PRU13....kemana arahnya

Apa yang berlaku di PARIT, Perak ini tidak akan memberi laluan kepada PR untuk memenangi semula Perak. Pengundi dilalaikan dengan hiburan melampau, lucah dan hilang ketimuran. Menurut Harian Metro ianya ibarat pesta maksiat dimana menurut laporan tersebut ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin.
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu. Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
PR terutama PAS wajib sensitif dengan suasana ini kerana pengundi-pengundi begini tidak akan mengundi PAS, kerana biasanya mereka anggap jika PAS memerintah peluang untuk program seperti ini tidak akan dibenarkan. PAS harus lebih berusaha memberi penerangan, dahwah agar mereka memahami dan kembali kepada ajaran agama dan akur kepada adat ketimuran.

Isnin, 26 Mac 2012

Negara selamat?......

Tak percaya... kejadian ni berlaku di Malaysia...tak percaya ianya macam dalam cerita filem...nafsu naik, tangkap saja wanita-wanita terus rogol...Inilah akibat terlalu dicanang , diwar-warkan negara aman hamba rakyat tanpa takut kesana kesini sendirian...hatta melaluinya ditempat-tempat sunyi...maka berlakulah adegan yang tak sepatutnya berlaku dinegara yang disytiharkan aman, selamat.... bacalah sendiri petikan media perdana dibawah...

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.



Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.


“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.


“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu

Isnin, 12 Mac 2012

Selamat Penganti Baru

PAKAR Runding Kanak-Kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, mencium tangan suaminya, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, selepas sah menjadi suami isteri dengan satu lafaz pada majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu. Foto: Syamsi Suhaim
(petikan HMetro online)

Sabtu, 10 Mac 2012

Kat Bangi pun dah lama tak kutip sampah...apa cerita ni...biar rakyat tahu apa sebenarnya..

SHAH ALAM: Tempoh 48 jam diberikan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) kepada Kerajaan Selangor supaya membekukan tawaran kontrak pengutipan sampah berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemberian kontrak kepada syarikat tertentu.
Jika tidak, Presidennya, Datuk Dr Jacob George menegaskan Cassa tidak teragak-agak mengadakan siri ceramah di setiap daerah di Selangor bagi mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri.

Siri ceramah yang diadakan nanti mendedahkan kepada rakyat Selangor mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan rakyat diseret sama terutama dalam isu sampah. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan kerajaan negeri terhadap pemberian kontrak pengutipan sampah di Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, semalam

Jumaat, 9 Mac 2012

Forum di Surau AlKauthar di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Sesiapa yang melalui jalan 4/5 Bandar Baru Bangi akan nampak jelas banner digantung memberitahu prang ramai satu majlis ilmu bakal diadakan di surau Seksyen 4 ini. Majlis ilmu yang berupa forum dua ilmuan terkenal iaitu Prof Madya Dr Fauzi Deraman dan ustaz Hj Roslan Mohamad. Kedua-duanya merupakan pensyarah Universiti Malaya. Penduduk Bandar Baru Bangi dan sekitarnya jangan melepaskan peluang menimba ilmu dari dua ilmuan ini.

Khamis, 8 Mac 2012

Lebih kejam dari binatang

Apa yang berlaku di Sah Alam ini menampakkan maksud Allah Taala bahawa ada segolongan manusia lebih teruk dari binatang Seorang janda muda seorang IBU bukan saja tergamak melihat anak kandungnya berusia 11 tahun dirogol teman lelakinya yang berusia 44tahun, malah turut merakam adegan menjijikkan itu menggunakan telefon bimbit. Perbuatan seorang ibu, membantu, bersubahat, membiarkan jantan jahanam yang ketika itu bersetatus teman lelaki merogol dan anak dia sendiri adalah sangat jahat, kejam tak berperi kemanusian tak berperi keibuan..... Perbuatan kejam itu akhirnya mendapat pembalasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadapnya atas tiga tuduhan bersubahat dengan teman jantan haprak yang merogol mangsa, di Rawang, dekat sini, tiga tahun lalu. Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap jantan haprak tersebut, seorang pemandu teksi, Ma Kassim Sirat, 44, yang mengaku salah bila dibacakan tiga pertuduhan merogol mangsa. Mengikut pertuduhan, Ma Kassim didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam pada pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, serta jam 10 malam, pada Mac 2010.


Ibu mangsa yang berusia 31 tahun didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama. Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Khamis, 1 Mac 2012

Ni apa kes......paksa guru hadhir program DHA

Khabarnya guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali beberapa hari lalu. Ceramah itu  diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu. Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu. Guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

Khamis, 16 Februari 2012

JPM memandang serius kenyataan Nazri Aziz

JPM (Jaringan Profesional Muslim) dalam kenyataanya, memandang serius kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang disiarkan dalam New Straits Times, bertarikh 13 Februari lalu yang menyatakan, “What is wrong with celebrating Valentine’s Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down…?” ("Apa salahnya merayakan Hari Valentine? Bolehkan acara satu hari itu menyebabkan nilai-nilai moral rakyat Malaysia jatuh ...? ") adalah satu kenyataan yang menghina hukum Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mewartakan akan haramnya sambutan Hari Valentine tersebut bagi umat Islam sebagaimana muzakarahnya bagi kali ke-71 pada 22-24 Nov 2005 yang lalu (rujuk laman rasmi Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim).
Adalah mengejutkan bila seorang menteri Islam boleh menghalalkan suatu hukum yang haram semata-mata sambutannya hanya sehari? Kalau begitu, bolehkah umat Islam meninggalkan solat sehari? atau minum arak sehari? atau berzina sehari. Jamil Khir sendiri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasi. Mungkin foto di atas boleh memberi jawapan kenapa Nazri beriya-iya merestui Valentines' day. Foto di atas adalah foto lama namun masih berlegar di internet. Walau bagaimanapun selepas berkahwin mungkin anak Nazri ni sudah berubah dan matang serta menjalani kehidupan sebagai muslim sejati.

Apa-apa pun diharap Nazri mengaku kesilapan dan kembali memahami kedudukan Valentine'd day adalah haram dan diharapkan kerajaan sendiri berusaha ke arah menghapuskan tradisi amalan Valentine's day bagi umat Islam.

Isnin, 13 Februari 2012

Kelantan bina sendiri Lebuh Raya untuk rakyatnya

Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya. Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion. Menurut Datuk Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.


R&R Gua Musang (Ruang rehat yang selesa sebelu atau selepas menunaikan solat)
 (ruang solat yang selesa)
 (Tempat wudhuk yang bersih)
 (Kafetaria yang bersih dan tersusun)
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.


Kerajaan Kelantan terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah. Selain terpaksa membina sendiri Lebuhraya, rakyat Kelantan juga mengambil inisiatif membina RNR sendiri di dua tempat di Gua Musang dan untuk persinggahan, keperluan surau serta tandas yang bersih serta gerai-gerai makan yang menarik.

Sabtu, 11 Februari 2012

Mencari keberkatan

Mengambil berkat 12 Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Raffali, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan kerjayanya dengan tampil bertudung. Selepas mengejutkan banyak pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan Naim. Ana juga mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha Pencipta. Selari dengan perubahan atau penghijrahan ramai golongan arti kepada Islam, Ana seiring dengan jejak-jejak rakan artis sebelum beliau , seperti Cat Catriona, Irma, Nora, Noraniza, Wardina, Farah AF, Shiela Rusli dan lain-lain.
Semoga penghijrahan mereka ini berkekalan ....InsyaAllah

Sabtu, 28 Januari 2012

KTS bukan Key Telephone System

KTS pernah menggegarkan negara dengan mengusulkan para wanita supaya melayan suami lebih dari seorang pelacur. Kalau pelacur melayan lelaki dengan melakukan apa saja seperti yang terdapat dalam porno, maka demi untuk kehendak suami,  mereka menyarankan berbuat perkara yang sama. Sekarang kerajaan dilaporkan akan memantau secara berterusan pengisian program KTS bagi memastikan pertubuhan itu tidak menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Menurut menteri di JPM Jamil Khir Baharom, langkah itu perlu sebelum pihak berkuasa boleh mengambil tindakan seterusnya terhadap kumpulan tersebut. JPM tidak boleh bertindak melainkan ada bukti yang lebih jelas dan nyata percanggahan pegangan dan tindakan kumpulan KTS ini. Pihak berkuasa baru-baru ini menyerbu satu program KTS yang dikatakan bermatlamat menangani gejala seks dalam masyarakat dengan mengaitkan nama Rasulullah secara langsung dengan isu seks.

Dailog bertajuk Sudah-sudah lah

Alamak.....Dato' Hasan Ali sudah buat roadshow.....?????.
ye ....
dengan Ustaz Nashruddin Mat Isa?...
mana ada nama Ustaz Nashruddin,
abis tu foto dia ada?.....
ambil berkat la kut.... atau takut nak naik pentas sorang-sorang, lalu ajak ustaz Nashruddin jadi jaga.
Ustaz Abdullah Zaik tu siapa?...
entah tak pernah dengar nama......
ohhhh tumpang sekaki la ,
Ustaz Hassan Basri?...
pun tak kenal, entah bila masa jadi Ketua Penerangan pun tak tau.....
lantak dia orang lah...
Anjuran Persatuan Perajurit Hulu Langat?....oh PPHL pun nak amik calon juga la PRU13 ni...
ni kita roadshow PRU13 la ni....mungkin DHA jadi calon PPHL dalam pilihanraya nanti...
Apa?....UStaz Nashruddin buat laporan Polis?....kenapa????
ohhh mereka gunakan foto beliau?....dia tidak sekalai-kali keluar PAS dan akan bersama PAS seumur hidup walaupun tanpa jawatan.....

Ahad, 1 Januari 2012

Menangani kerosakan akhlak dimalam tahun baru

 (Foto hiasan)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan sejumlah individu beragama Islam kerana meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di Shah Alam menjelang ahun baru Masehi 2012. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu. Antara yang dierbu itu JAIS berjaya menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita. Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak. Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Jadi kita tertanya-tanya, dimana berkesannya pendidikan agama yang di ajarkankan disekolah, sejak dari pra sekolah hingga ke universiti dan kolej. Mereka yang melakukan jenayah meminum arak itu sudah dewasa dam maklum tentang hukum dan kemerosotan kesihatan akibat arak, namu mereka meneguk juga. Tentu ada sesuatu yang mendorong mereka meminum arak, adakah iklan arak lebih berkesan dari pendidikan agama, atau mungkin juga kebebasan penjualan arak memudahkan mereka membelinya. Arak dah dadah hukumnya sama dan akibat pengamalnya sama, namun masih melakukannya.