Kawan-kawan setia

Sabtu, 10 Mac 2012

Kat Bangi pun dah lama tak kutip sampah...apa cerita ni...biar rakyat tahu apa sebenarnya..

SHAH ALAM: Tempoh 48 jam diberikan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) kepada Kerajaan Selangor supaya membekukan tawaran kontrak pengutipan sampah berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemberian kontrak kepada syarikat tertentu.
Jika tidak, Presidennya, Datuk Dr Jacob George menegaskan Cassa tidak teragak-agak mengadakan siri ceramah di setiap daerah di Selangor bagi mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan negeri.

Siri ceramah yang diadakan nanti mendedahkan kepada rakyat Selangor mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menyebabkan rakyat diseret sama terutama dalam isu sampah. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan kerajaan negeri terhadap pemberian kontrak pengutipan sampah di Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, semalam

1 ulasan:

khairul berkata...

di sahkan di Bangi memang tiada kutipan sampah...dah lebih 6 hari, sampah berlonggok dan mebusuk. pelik dan tidak fahan kenapa. Elok juga kalau seluruh rakyat selangor tidak perlu membayar cukai pintu- tiada perkhidmatan asas yg diperlukan. Masalah Banjir di seksyen 4 tambahan juga berlarutan. Tiada penyelesaian sehingga kini. - Hj khairul, bangi-