Kawan-kawan setia

Selasa, 7 Ogos 2012

Qoryah Ramadhan, Kota Bahru

Kota Bahru, kesempatan dapat berbuka, solat maghrib, solat isyak, solat tarawih dan qiamulail di qoryah ramadhan di kota bharu memberi sayu pengalaman yang menarik. Selama empat hari disitu, berbuka percuma, bersahur percuma dan dapat naskhah AlQuraan percuma yang disediakan oleh penganjur pada malam istimewa 17Ramadhan dimana diadakan khatam AlQuraan 100kali. Setiap malam solat dipimpin oleh imam dari Mesir dengan bacaan yang mengasyikkan. Walaupun satu rakaat 15minit namun kelihatanya tiada yang lari dari sof. Alahamdulillah, tahniah kerajaan Kelantan kerana berusaha menghidupkan Ramadhan dengan cara yang luar biasa.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Jangan gam Adibah Nor pula...be profesional la

(Adibah bersama Datu Anuar Tan meraikan anak2 yatim)
Sikap tidak profesional pihak-pihak tertentu menyebabkan ada individu-individu terbabit menghadapi kesukaran dalam meneruskan kerjaya profesional mereka. Kita maklum Datuk Hasan Ali sebelum terjun kedalam politik bersama PAS, beliau sering muncul di TV dan radio atas kapasiti pakar motovasi. Bila secara rasmi menjadi ahli PAS DHA di gam dalam semua agenda kerajaan dan swasta. Begitu juga personaliti-personaliti yang popular suatu masa dulu bila secara rasmi menjadi ahli parti bukan kerajaan mereka dinafikan hak berkarya di media kerajaan atau swasta, seperti Bob Lokman, Hairy Othman, Renggo Arrow dan terbaru Abby Abadi yang ditamatkan kontrak semata-mata telah menjadi ahli PAS seumur hidup. Kita bimbang mereka-mereka yang kini mendekati PAS akan menerima nasib yang sama, seperti Mustafa Kamal, Yatt, Aishah, Catriona, dan lain-lain. Mungkin itulah sebabnya Ning Baizura melenting bila dikatakan bakal bersama PAS, yang mana beliau salah petik ucapan YB Salehudin Ayub dimana ucapan sebenarnya YB Salehudin berdoa agar Ning dan Datuk Sharifah Aini dibukakan pintu hati menerima perjuangan PAS, bukannya menyebut Ning masuk PAS.

Dalam perkembangan terbaru Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah dan artis Adibah Nor bersama-sama meraikan meraikan 60 orang anak yatim dalam majlis berbuka puasa semalam di Kota Bharu. Umum maklum Datu Anuar Tan adalah wakil rakyat PAS Kota Bharu. Namun kita juga bimbang Adibah di kategorikan mendekati PAS bila kelihatan bersama walaupun sebenarnya atas dasar profeional dimana Adibah adalah Duta Produk Kumpulan The Store. Beliau bersama Datuk Anuar Tan, meraikan anak yatim dari Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah dengan mengunjungi dari satu meja ke satu meja untuk menyampaikan sumbangan. Sumbangan berkenaan ditaja oleh syarikat Nestle dan produk kumpulan The Store. Jadi diharap pihak-pihak terbabit sewajarnya profesional dan jangan jadikan Adibah seorang lagi mangsa sikap prejudis mereka. Belajarlah membezakan antara kerjaya dengan politik, kerajaan dan parti...

Bulan barakah pun masih buat fitnah lagi...

(Abby bersama bekas suami Norman Hakim dan isterinya Memey)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali. “Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Zaki, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.