Kawan-kawan setia

Ahad, 12 Ogos 2012

Rehat sekejap-Allah Maha Adil

Allah Maha Adil, dberiNya kekayaan dan nama, tidak diberiNya rambut. Walaupun rambut merupakan perkara penting manusia dan komponen wajib wajah, namun pewaris takhta Britain ini tidak mampu mempunyainya. Malah dikatakan Putera William perlu mengambil bahan penyubur bernama Propecia untuk mengelak daripada terus botak. Seorang pakar pemindahan rambut terkenal begitu yakin William akan botak sama sekali di bahagian atas kepalanya apabila dia berusia 40 tahun. Doktor Asim Shahmalak berkata, Propecia ini boleh mengentikan keguguran rambut bakal pewaris takhta Britain itu tetapi ia tidak dapat mengganti rambut yang sudah gugur.

Shahmalak yang menguruskan Crown Clinic di Manchester berkata: “William perlu mengambil Propecia sepanjang hidupnya dan ia tidak akan membantu rambut baru tumbuh. Namun begitu bahan ini ada kesan sampingan, dimana kira-kira dua peratus pesakit yang memakan Propecia mengalami kesan sampingan seperti penurunan nafsu seks. William mengalami keguguran rambut sejak berusia 25 tahun. Keadaannya lebih teruk berbanding bapanya, Charles. Dan datuknya, Philip juga botak.

Tiada ulasan: