Kawan-kawan setia

Jumaat, 16 November 2012

MUBARAK?....siapa ni?


Nampak bersungguh benar puak-puak ni mempertahankan akidah ummah, isu yang diada-adakan, diperbesarkan diperdebatkankan sesuatu yang tak benar...Kalau sekali imbas mereka sangat peka dengan akidah, sangat peka, walaupun sebelum ini pemimimpin-pemimpin BN khususnya UMNO bertahun sudah berkata, bercakap, perbuatan yang merosakkan akidah namun tiada siapa yang begitu berminat memperbetulkan,,,hatta harussani sendiri atau menteri agama. Kini isu Nurul Izzah yang diputar belitkan mdeia diulas, di bincang, di kutuk dengan hebat sekali...
Media hari ini pulak memaparkan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama.
Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian.
"Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balikkenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya," kata beliau.
Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat sertamenarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di SubangJaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah.
Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah,yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
Lu pikir lah sendiri sandiwara puak-puak ni....

Tiada ulasan: