Kawan-kawan setia

Jumaat, 2 November 2012

Tajuk yang sama berulang....sampai bila?

Di Ipoh hari ini media melaporkan dua anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan rondaan di kawasan Simpang Pulai di sini maut apabila motosikal ditunggangi mereka digilis sebuah treler di Jalan Lahat-Simpang Pulai malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Konstabel Mohd. Nor Adirizan Md. Desa maut di tempat kejadian selepas dia cedera parah pada keseluruhan anggota badan. Rakan Nor Adirizan, Konstabel Mohd. Zaihasrul Reza Mohd. Zaini pula mati dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Pokok permasalahan ialah sampai bila tajuk ini akan berulang tanpa tindakan berkesan dari pihak berkuasa. Kejadian treler terbabas, treler terbalik, treler langgar orang dan sebagainya sudah tidak menghairankan orang ramai kerana terlalu kerap. Sudah jadi biasa. Alah biasa tuuu.
Setiap hari melalui mana-mana jalan yang dilalui treler kita rasa tidak aman, rasa gangguan keslamatan, tetapi mengapa treler-treler ini sangat berani melanggar undang-undang, dipandu laju dan tidak terkawal?....Tidak lain tidak bukan kerana penguatkuasaan undang0undang sangat longgar, samada terdapat rasuah dalam memberi lesen pemandu, atau lesen treler sendiri. Begitu juga penguatkuasaan atas jalan, siapa peduli dengan pemanduan melebihi speed limt treler?......bila jumpa speed trap tahu pulak dia mematuhi undang-undang...pelik bin ajaib.

Tiada ulasan: