Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 November 2012

TPM atau TPU (Timb Presiden UMNO)

(foto Sinar Harian menunjukkan TPM dengan berselera menghentam PAS atas pentas kerajaan pusat)
Rakyat Pasir Mas menyaksikan bagaimana kehebatan TPM menghentam PAS dan kepimpinan PAS di atas pentas program kerajaan pusat, dengan bajet kerajaan pusat, kemudahan prasarana kerajaan pusat, atas kapasiti TPM bukan Timbalan Presiden UMNO. Menurut TPM Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dikatakan berteraskan kepada perjuangan Islam tetapi dilihat lebih kepada retorik politik dalam menegakkan syiar Islam dan membawa pembangunan kepada rakyat.Kita boleh lihat sendiri seorang yang brcakap tentang syariat tetapi ciri-ciri peribdi tidak mempamerkan seorang yng mesra syariat. Maksudnya jika mahu menonjolkan tajuk syariat pakaian kenalah selaras dengan tajuk. Ini TPM pakai topi sudu bercakap atas tajuk syariat, pakaila baju melayu bersongkok atau berkopiah baru sesuai.

Keduanya TPM Malaysia ni menyindir Kelantan, kerana negeri ini dipanggil Serambi Mekah padahal pada pandangan beliau Kelantan tiada ciri-ciri serambi Mekah. Minta orang-orang Kelantan jawab sendiri la...atau tanyalah TPM apa ciri-ciri yang membolehkan dipanggil serambi Mekah mengikut pandangan beliau. Dia rabunkah tentang Kelantan? atau mendapat maklumat salah?...Dia tidak nampakkah bagaimana peribadi baginda Sultan Kelantan, Tok Guru, kuliah setiap Jumaat memenhi KB, menghapuskan judi di Kelantan, rumah urut, tempat-tempat maksiat?....banyak lagi. Di Kelantan ada Qoryah Ramadhan setiap tahun, SUltan Kelantan mengadakan qiamullail diistana...semua itu tidak terdapat di negeri TPM yang terbaru mewujudkan pusat hiburan terbesar di Asia Tenggara menyaingi Singapura.

Tiada ulasan: