Rabu, 22 Februari 2012
Khamis, 16 Februari 2012
JPM memandang serius kenyataan Nazri Aziz
JPM (Jaringan Profesional Muslim) dalam kenyataanya, memandang
serius kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz yang disiarkan dalam New Straits Times, bertarikh 13
Februari lalu yang menyatakan, “What is wrong with celebrating Valentine’s Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down…?”
("Apa salahnya merayakan Hari Valentine? Bolehkan acara satu hari itu
menyebabkan nilai-nilai moral rakyat Malaysia jatuh ...? ") adalah satu
kenyataan yang menghina hukum Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang
telah mewartakan akan haramnya sambutan Hari Valentine tersebut bagi
umat Islam sebagaimana muzakarahnya bagi kali ke-71 pada 22-24 Nov 2005
yang lalu (rujuk laman rasmi Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim).
Adalah mengejutkan bila seorang menteri Islam boleh menghalalkan suatu hukum yang haram semata-mata sambutannya hanya sehari? Kalau begitu, bolehkah umat Islam meninggalkan solat sehari? atau minum arak sehari? atau berzina sehari. Jamil Khir sendiri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasi. Mungkin foto di atas boleh memberi jawapan kenapa Nazri beriya-iya merestui Valentines' day. Foto di atas adalah foto lama namun masih berlegar di internet. Walau bagaimanapun selepas berkahwin mungkin anak Nazri ni sudah berubah dan matang serta menjalani kehidupan sebagai muslim sejati.
Apa-apa pun diharap Nazri mengaku kesilapan dan kembali memahami kedudukan Valentine'd day adalah haram dan diharapkan kerajaan sendiri berusaha ke arah menghapuskan tradisi amalan Valentine's day bagi umat Islam.

Isnin, 13 Februari 2012
Kelantan bina sendiri Lebuh Raya untuk rakyatnya
Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya
Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah
Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil
insiatifnya sendiri untuk menjayakannya. Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9
persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R)
dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion. Menurut Datuk
Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek
pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan
ditutup pada 9 Februari 2012.
R&R Gua Musang (Ruang rehat yang selesa sebelu atau selepas menunaikan solat)
(ruang solat yang selesa)
(Tempat wudhuk yang bersih)
(Kafetaria yang bersih dan tersusun)
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan
kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini
walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke
9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan
pembinaan projek tersebut.Kerajaan Kelantan terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah. Selain terpaksa membina sendiri Lebuhraya, rakyat Kelantan juga mengambil inisiatif membina RNR sendiri di dua tempat di Gua Musang dan untuk persinggahan, keperluan surau serta tandas yang bersih serta gerai-gerai makan yang menarik.
Sabtu, 11 Februari 2012
Mencari keberkatan
Mengambil berkat 12
Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Raffali, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan
kerjayanya dengan tampil bertudung. Selepas mengejutkan banyak
pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan Naim. Ana juga mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha
Pencipta. Selari dengan perubahan atau penghijrahan ramai golongan arti kepada Islam, Ana seiring dengan jejak-jejak rakan artis sebelum beliau , seperti Cat Catriona, Irma, Nora, Noraniza, Wardina, Farah AF, Shiela Rusli dan lain-lain.
Semoga penghijrahan mereka ini berkekalan ....InsyaAllah
Semoga penghijrahan mereka ini berkekalan ....InsyaAllah
Langgan:
Catatan (Atom)