Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti
menyertai PAS konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Datok Pa dah mendalami ilmu laduni ...tau hasrat hati orang, apa didalam hati orang...mengapa prejudis niat orang, biarkanlah, selebriti pun ramai menyertai UMNO, kenapa tak komen pedas2...bahkan diwarkan dimedia2 cetak dan elektronik....
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
berkata banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin
berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim
atau badan agama yang lain.
So ini salah satu saloran Datok, pa yang jeles sangat selebriti masuk PAS....
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke
masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada
parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra
Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam
Selasa.
Datok...untuk berdakwah kan banyak saloran, berikanlah kebebasan untuk memilih....
Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas
mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka
tidak pernah diabaikan.
Tau pun jasa kerajaan, ...sampai bila ni kumpulan datok dan datok sendiri nak sedar perbezaan kerajaan dan parti.....
