Undang-undang rekaan manusia sangat lemah dan tidak mampu mengurangkan jenayah, apa lagi menghapuskan jenayah. Bukan di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia, jenayah makin berkembang buka semakin berkurang. Sejarah peradaban manusia bangga dengan undang-undang mereka namun terbukti tidak boleh menjadi ubat, bahkan menjadi racun kepada manusia. Namun kedegilan manusia mempertahankan pendapat dan angan-angan tidak pernah terbukti. Manusia angkuh dengan Allah, sedangkan undang-undang Allah telah dilaksanakan dan terbukti mampu mennghapuskan jenayah. Dizaman khalifah, seorang wanita tidak akan diganggu walaupn berjalan memkai aksesori mahal dipadang pasir sendirian. Jika dibandingkan sekarang, wanita ditengah orang ramai masih menjadi mangsa penjenayah, apalagi berjalan sendirian...., namun penguasa angkuh ini tetap berkata negara kita aman, negara kita aman, dengan undang-undang kita reka sendiri, buat apa beriya-iya melaksanakan udang-undang hudud yang telah ketinggalan zaman.. Realitinya, bacalah laporan KOSMO semalam....
KOTA BHARU – Seorang wanita ditimpa malang apabila pergelangan tangan
kirinya hampir putus akibat ditetak penjenayah ketika dia berusaha
menyelamatkan beg tangannya daripada diragut di hadapan sebuah pusat
jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa Rohairani
Abdullah, 36, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik di sini
baru keluar dari kereta untuk ke kedai tudung.
Ketika ibu kepada dua orang anak itu berjalan ke kedai tudung, beg
tangannya tiba-tiba diragut seorang lelaki sebelum penjenayah itu
menetak bertubi-tubi tangan mangsa yang enggan melepaskan beg tersebut.
Seorang penjual tudung, Hidayah Daud, 21, yang menyaksikan kejadian
itu berkata, dia melihat peragut itu cuba menarik beg tangan mangsa
manakala seorang lagi lelaki menunggu di atas motosikal Honda EX5 di
tepi jalan kira-kira 20 meter dari tempat wanita itu diragut.
Kejadian tersebut berlaku di tepi kedainya dan tindakan mangsa yang
enggan melepaskan beg tangannya menyebabkan mangsa ditarik kira-kira
tiga meter dari lokasi mula-mula mangsa diragut.
“Tindakan mangsa tidak melepaskan beg tangannya menyebabkan peragut
itu marah lalu menetak tangan mangsa lebih tujuh kali,” kata saksi itu.
Menurut gadis itu, kejadian selama tiga minit itu menyebabkan orang
ramai yang lalu lalang tergamam, panik dan hanya mampu menjerit kerana
takut melihat tindakan kejam penjenayah itu.
“Peragut yang berputus asa kemudian meninggalkan wanita itu tanpa
dapat meragut beg tangan mangsa,” kata Hidayah sambil memberitahu dia
juga takut untuk membantu mangsa kerana penjenayah itu bersenjatakan
parang.
Ekoran kejadian itu, kawasan tersebut dipenuhi darah yang meleleh daripada tangan mangsa yang cedera.
Katanya, kira-kira 15 minit kemudian ambulans tiba untuk membawa
mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini bagi
mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner
Azham Othman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu ada antara
luka tersebut sedalam 38 sentimeter manakala urat pergelangan tangan
kiri mangsa juga putus.
Sehingga malam tadi peragut berhati haiwan itu belum ditangkap
manakala kecederaan tangan mangsa belum dapat diketahui statusnya.
Khamis, 30 Ogos 2012
Selasa, 28 Ogos 2012
Cerita FGVH - Mazlan
Pada awal penyenaraian FGVH dulu ANAK dituduh menghasut peneroka kerana segelintir peneroka membantah dan tidak mahu menandatangani penyenaraian tersebut...Pada peneroka yang pro UMNO mcm2 tohmahan dan cacian dilemparkan kepada ANAK terutama kepada presiden saudara Mazlan..Hinggakan timbul ayat popular daripada Najib yang mengelarkan mereka yang membantah ini HARAMJADAH!!!Masih ingat!!!dah lah HAR
AM,JADAH pulok!!!....Kalau ikut makna
definasi lama HARAMJADAH tuh bermakna anak haram!!!...Tidak lama
penyenaraian ini berlaku dan akhirnya Pekung serta tembelang sudah
pecah!!!.....cuba baca posting saudara Mazlan dibawah....Sekarang ini
saya ingin bertanya kepada anda semua.....Siapa HARAMJADAH
sebenarnya????
GELORA SAHAM FGVH
oleh Mazlan Aliman
Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.
Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.
Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit.
Sebab itu dari awal lagi saya telah mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul. Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik beradik.
Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.
Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....
Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka...
Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.
Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda

Ahad, 12 Ogos 2012
Rehat sekejap-Allah Maha Adil
Allah Maha Adil, dberiNya kekayaan dan nama, tidak diberiNya rambut. Walaupun rambut merupakan perkara penting manusia dan komponen wajib wajah, namun pewaris takhta Britain ini tidak mampu mempunyainya. Malah dikatakan Putera William perlu mengambil bahan penyubur bernama Propecia untuk mengelak daripada terus botak. Seorang pakar pemindahan rambut terkenal begitu yakin William
akan botak sama sekali di bahagian atas kepalanya apabila dia berusia 40
tahun. Doktor Asim Shahmalak berkata, Propecia ini boleh mengentikan
keguguran rambut bakal pewaris takhta Britain itu tetapi ia tidak dapat
mengganti rambut yang sudah gugur.
Shahmalak yang menguruskan Crown Clinic di Manchester berkata: “William perlu mengambil Propecia sepanjang hidupnya dan ia tidak akan membantu rambut baru tumbuh. Namun begitu bahan ini ada kesan sampingan, dimana kira-kira dua peratus pesakit yang memakan Propecia mengalami kesan sampingan seperti penurunan nafsu seks. William mengalami keguguran rambut sejak berusia 25 tahun. Keadaannya lebih teruk berbanding bapanya, Charles. Dan datuknya, Philip juga botak.

Rabu, 8 Ogos 2012
yb zuraidah berbuka puasa dalam gelap
Sebentar tadi, 8812, bersamaan 19ramadhan, kebetulan berbuka puasa dirumah adik di taman bukit mulia ampang, dimana rumahnya bersebelahan dengan surau bukit mulia. bila tiba dirumahnya menjelang magrib suasana gelap kerana menurutnya letrik terputus sejak petang tanpa apa-apa sebab yang diberikan oleh tnb. Jadi kami berbuka dengan cahaya lilin. Sehabis saja berbuka kami bergegas ke surau untuk solat maghrib dan dimaklumkan yb zuraidah berbuka puasa bersama jamaah surau disitu dalam gelap kerana tiada lampu hatta lampu bateri. Sehabis solat maghrib yb zuraidah menyampaikan sumbangan dan ucapan ringkas dalam suasana cahaya samar-sa mar mungkin hadfon. Yang ajaibnya sehabis sahaja majlis yb zuraidah, dan beliau beredar ke surau lain, tiba-tiba letrik pun balik beprti biasa. Memang ajaib seolah-olah bekalan kuasa sengaja diputuskan sebagai sabotaj majlis yb zuraidah. Wallah hu Alam, tapi berdetik hati kata begitu.
Selasa, 7 Ogos 2012
Qoryah Ramadhan, Kota Bahru
Kota Bahru, kesempatan dapat berbuka, solat maghrib, solat isyak, solat tarawih dan qiamulail di qoryah ramadhan di kota bharu memberi sayu pengalaman yang menarik. Selama empat hari disitu, berbuka percuma, bersahur percuma dan dapat naskhah AlQuraan percuma yang disediakan oleh penganjur pada malam istimewa 17Ramadhan dimana diadakan khatam AlQuraan 100kali. Setiap malam solat dipimpin oleh imam dari Mesir dengan bacaan yang mengasyikkan. Walaupun satu rakaat 15minit namun kelihatanya tiada yang lari dari sof. Alahamdulillah, tahniah kerajaan Kelantan kerana berusaha menghidupkan Ramadhan dengan cara yang luar biasa.
Jumaat, 3 Ogos 2012
Jangan gam Adibah Nor pula...be profesional la
![]() |
| (Adibah bersama Datu Anuar Tan meraikan anak2 yatim) |
Dalam perkembangan terbaru Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah dan artis Adibah Nor bersama-sama meraikan meraikan 60 orang anak yatim dalam majlis berbuka puasa semalam di Kota Bharu. Umum maklum Datu Anuar Tan adalah wakil rakyat PAS Kota Bharu. Namun kita juga bimbang Adibah di kategorikan mendekati PAS bila kelihatan bersama walaupun sebenarnya atas dasar profeional dimana Adibah adalah Duta Produk Kumpulan The Store. Beliau bersama Datuk Anuar Tan, meraikan anak yatim dari Rumah Puteri Harapan, Taman Sabariah dengan mengunjungi dari satu meja ke satu meja untuk menyampaikan sumbangan. Sumbangan berkenaan ditaja oleh syarikat Nestle dan produk kumpulan The Store. Jadi diharap pihak-pihak terbabit sewajarnya profesional dan jangan jadikan Adibah seorang lagi mangsa sikap prejudis mereka. Belajarlah membezakan antara kerjaya dengan politik, kerajaan dan parti...
Bulan barakah pun masih buat fitnah lagi...
![]() |
| (Abby bersama bekas suami Norman Hakim dan isterinya Memey) |
Mohd Zaki, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.
Langgan:
Catatan (Atom)