Kawan-kawan setia

Sabtu, 29 September 2012

Dapatlah RM500......

PM sudah berbaju hijau, cuma TPM masih berbaju biru......ada apa-apa ke?
Senyum meleret kakitangan kerajaan menerima keputusan bajet 2013 semalam. Antara yang senyum juga ialah pesara kerajaan yang bakal dihulurkan RM500. Dapatlah juga RM500 untuk menampung setahun perbelanjaan tambahan ekoran barangan keperluan telah melambung naik sejak kebelakangan ini. Dianggarkan lebih 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus satu bulan setengah gaji manakala pesara menerima RM500 sebagai tanda kerajaan mengenang budi mereka dalam bersama-sama membangunkan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu termasuk imbuhan setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas. Bayaran pertama bonus akan dibuat bulan Disember ini manakala bakinya pada Januari 2013.

Rabu, 26 September 2012

Lagi pusat hiburan.....

Malam Sabtu lalu sebuah Taman Tema baru dirasmikan bernama Legoland Malaysia, khabarnya merupakan taman tema pertama seumpanya di Asia.Terrrrbesar, terpanjang, tertinggi.....menjadi kebangaan pemimpin UBN. Khabarnya perasmian itu dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api selama kira-kira 15 minit dengan hadirin menyaksikannya dalam bentuk tiga dimensi (3D) menggunakan cermin mata khas.

Yang menariknya Pengurus Besar Legoland Malaysia ini bunyinya macam bukan orang tempatan bernama Siegfried Boerst. Adakah orang luar yang datang membawa hiburan melalaikan ini....orang-orang Malaysia terus lalai dengan hiburan, penjajah hiburan ini dapat mengaut untung merobek kocek-kocek umat Islam di Malaysia. Memang hebat ornag-orang ini., menggunakana senjata hiburan untuk menjajah minda umat Islam supaya terus lalai....melupakan saudara-saudaranya yang disiksa seluruh dunia, melupakan masjid surau untuk di kunjungi setiap waktu berjamaah...terus menerus berhibur dan berhibur. Kemungkinan besar alasan mereka apa salahnya berhibur, Islam tak melarang berhibur.....ya memang tidak salah scara amnya...namun cuba lihat dalam skop yang lebih jauh....fikir-fikirkan

Sumpah lagi.....memang kena makan sumpah UBN ni..

Heboh dalam media perdana Dr Zambry Abdul Kadir mencabar Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaan kononnya beliau pernah merayu kepada ketua pembangkang itu untuk menjadi Menteri Besar (MB) Perak selepas pilihan raya umum lepas. Isu itu timbul apabila Nga sebelum itu yang mencelah perbahasan usul berhubung isu lompat parti memberitahu persidangan dewan bahawa beliau mendengar cerita bahawa Zambry pernah merayu kepada Anwar untuk mendapatkan jawatan MB Perak.

Selasa, 25 September 2012

Kaki gosip - suka heboh

Pelakon dan pengacara, Diana Amir, telah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama seorang pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah beberapa hari lepas. Bagi sahabat handai saudara-mara, keluarga merasakan syukur Alhamdulillah Diana telah melalui satu fasa penting dalam hidupnya menuju keredhaan Ilahi. Namun bagi media dan kumpulan kaki gosip ianya sangat melukakan perasaan mereka bila majlis tersebut tidak diwar-warkan mengikut kehendak mereka. Mereka kepanasan..tertanya-tanya mengapa mereka tidak diberitahu. Maka keluarlah artikel-artikel mempertikaikan majlis tersebut berlangsung, dengan siapa dia bertunang, siapa tunang beliau dan macam-macam lagi. Mereka tidak puashati dengan sikap dan tindakan Diana. Menurut Diana ianya mula heboh bila seseorang menghantar foto pertunangan tersebut ke portal hiburan, maka hebohlah bermacam-macam cerita keluar. Mana yang kaki terjah...menerjah majlis tertetutup tersebut, ingin tahu......
Diana Amir selesa dengan imejnya sekarang
Sikap Diana yang diceritakan kepada media: Tiada apa-apa yang menarik sangat. Saya rasa tidak guna untuk mencari siapa yang dedahkan perkara ini kerana ia sudah terjadi. Sebagai manusia, kita memang ada buat salah dan kita harus memaafkan. Harap-harap mereka yang menghantar e-mel foto pertunangan ke program Terjah tersebut akan berubah dan faham situasi sebenar. Namun, saya tetap reda kerana mesti ada hikmah yang lagi besar Allah mahu tunjukkan dari kejadian yang berlaku ini.

Khamis, 20 September 2012

Menunggu Malaysia menjadi nagara maju

OKU terpaksa berhempas pulas untuk berada diluar rumah seperti orang lain
Sungguh menyedihkan bila memerhatikan mentaliti pemimpin negara yang dikatakan akan menjadi negara maju 2020, tinggal 7tahun lebih, apakah akan tercapai. Menjadi pemimpin negara seolah-olah perebutan mendapat harta warisan. Pihak yang ingin mengekalkan kekuasaan bersungguh-sungguh mencuba meneruskan pemerintahan walaupun telah diberi mandat, diberi amanah lebih 55tahun tapi masih gagal mentadbir, masih gagal mendisplinkan rakyat menuju negara maju 2020.
Contoh paling kecil kegagalan berfikir pemimpn negara ialah kesedaran mesra OKU. Walaupun sudah ada tanda-tanda ke arah itu, namun ianya disimpulkan sangat lembat dan lambat berbanding usia pemerintahan BN yang sudah mencecah 5 abad. Sepatutnya tempat-tempat tumpuan awam seperti bus stop, hospital, hotel, balai plis, pejabat pos dn lain-lain sudah dilengkapkan dengan infrastruktur mesra OKU, Apalagi jika diperhatikan mentaliti rakyat pulak, dimana ada tempat-empat parking OKU hanya dipenuhi kereta pemandu bukan OKU, atau mungkin otak pemandu tu yang OKU tak reti-reti bahawa petak parkir itu untuk OKU. Ini juga antara kegagalan ketara BN mendidik rakyat, sedangkan BN punya segala media untuk mendidik rakyat dalam 60 tahun ini supaya lebih berdidiplin.

Jumaat, 14 September 2012

Zed Zaidi diharap profesional .......jangan politikkan SENIMAN


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.

Hairie bersama TGNA
Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini.

Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.

Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.

Menafikan kenyataan itu, Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.

“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,” kata Hairie yang terkenal dengan watak ‘Leftenan Adnan’ kepada TVS hari ini.

Hairie juga juga meningatkan Zed Zaidi supaya bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.

“Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?

“Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman,” ujarnya lagi.