Jumaat, 30 November 2012
Jumaat, 23 November 2012
Rabu, 21 November 2012
MInda Pondok cabar TGNA
Siapa la MP ni?....Minda Pondok, tapi hairan mengapa minda nya serabut. minda pondok sepatutnya minda ilmuan bukan yang tak jelas perjuangan seperti ini. Mungkin mereka ni bukan sekolah pondok, tetapi mempunyai minda pondok, bukan minda bandar, minda moden....minda pondok. Minda pondok sepatutnya minda ilmu, minda ilmu sepatutnya bertindak ikut ilmu bukan ikut laporan media. Media tidak berasaskan ilmu tetapi berasakan sensasi dan boleh tarik pembeli. Yang biasa saja pun kalau boleh disensasikan supaya suratkhabar, penerbitan laku. Pendeknya minda pondok tak mampu nak berdebat dengan TGNA, tengoklah nanti dan kita sangat yakin tak sampai takat mana pun....tiba-tiba MP ni pun berkubur.
Sabtu, 17 November 2012
Spin lagi kenyataan Karpal...spin lagi ...spin lagi
![]() |
| keratan MStar Online |
![]() |
| keratan Sinar Online |
Jumaat, 16 November 2012
MUBARAK?....siapa ni?
Nampak bersungguh benar puak-puak ni mempertahankan akidah ummah, isu yang diada-adakan, diperbesarkan diperdebatkankan sesuatu yang tak benar...Kalau sekali imbas mereka sangat peka dengan akidah, sangat peka, walaupun sebelum ini pemimimpin-pemimpin BN khususnya UMNO bertahun sudah berkata, bercakap, perbuatan yang merosakkan akidah namun tiada siapa yang begitu berminat memperbetulkan,,,hatta harussani sendiri atau menteri agama. Kini isu Nurul Izzah yang diputar belitkan mdeia diulas, di bincang, di kutuk dengan hebat sekali...
Media hari ini pulak memaparkan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beragama Islam mengkaji semula keahlian mereka dalam parti itu berikutan kenyataan kontroversi Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar berhubung dengan kebebasan beragama.
Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahmman Sulaiman berkata ahli-ahli PKR beragama Islam harus bertanya mengapakah sampai kini Nurul Izzah belum bertaubat atau menarik balik kenyataannya walaupun dinasihatkan Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbuat demikian.
"Mengapa Nurul Izzah enggan menarik balikkenyataannya, adakah dia percaya dengan kenyataan yang dibuatnya," kata beliau.
Mufti berkenaan dilaporkan semalam menasihatkan Nurul Izzah bertaubat sertamenarik balik kenyataan berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di SubangJaya baru-baru ini kerana ia mengelirukan dan membawa implikasi kepada akidah.
Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah,yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
Lu pikir lah sendiri sandiwara puak-puak ni....
Jumaat, 9 November 2012
TPM atau TPU (Timb Presiden UMNO)
![]() |
| (foto Sinar Harian menunjukkan TPM dengan berselera menghentam PAS atas pentas kerajaan pusat) |
Keduanya TPM Malaysia ni menyindir Kelantan, kerana negeri ini dipanggil Serambi Mekah padahal pada pandangan beliau Kelantan tiada ciri-ciri serambi Mekah. Minta orang-orang Kelantan jawab sendiri la...atau tanyalah TPM apa ciri-ciri yang membolehkan dipanggil serambi Mekah mengikut pandangan beliau. Dia rabunkah tentang Kelantan? atau mendapat maklumat salah?...Dia tidak nampakkah bagaimana peribadi baginda Sultan Kelantan, Tok Guru, kuliah setiap Jumaat memenhi KB, menghapuskan judi di Kelantan, rumah urut, tempat-tempat maksiat?....banyak lagi. Di Kelantan ada Qoryah Ramadhan setiap tahun, SUltan Kelantan mengadakan qiamullail diistana...semua itu tidak terdapat di negeri TPM yang terbaru mewujudkan pusat hiburan terbesar di Asia Tenggara menyaingi Singapura.
Jumaat, 2 November 2012
Tajuk yang sama berulang....sampai bila?
Di Ipoh hari ini media melaporkan dua anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan
rondaan di kawasan Simpang Pulai di sini maut apabila motosikal
ditunggangi mereka digilis sebuah treler di Jalan Lahat-Simpang Pulai
malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Konstabel Mohd. Nor
Adirizan Md. Desa maut di tempat kejadian selepas dia cedera parah pada
keseluruhan anggota badan.
Rakan Nor Adirizan, Konstabel Mohd. Zaihasrul Reza Mohd. Zaini pula
mati dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini. Pokok permasalahan ialah sampai bila tajuk ini akan berulang tanpa tindakan berkesan dari pihak berkuasa. Kejadian treler terbabas, treler terbalik, treler langgar orang dan sebagainya sudah tidak menghairankan orang ramai kerana terlalu kerap. Sudah jadi biasa. Alah biasa tuuu.
Setiap hari melalui mana-mana jalan yang dilalui treler kita rasa tidak aman, rasa gangguan keslamatan, tetapi mengapa treler-treler ini sangat berani melanggar undang-undang, dipandu laju dan tidak terkawal?....Tidak lain tidak bukan kerana penguatkuasaan undang0undang sangat longgar, samada terdapat rasuah dalam memberi lesen pemandu, atau lesen treler sendiri. Begitu juga penguatkuasaan atas jalan, siapa peduli dengan pemanduan melebihi speed limt treler?......bila jumpa speed trap tahu pulak dia mematuhi undang-undang...pelik bin ajaib.
Setiap hari melalui mana-mana jalan yang dilalui treler kita rasa tidak aman, rasa gangguan keslamatan, tetapi mengapa treler-treler ini sangat berani melanggar undang-undang, dipandu laju dan tidak terkawal?....Tidak lain tidak bukan kerana penguatkuasaan undang0undang sangat longgar, samada terdapat rasuah dalam memberi lesen pemandu, atau lesen treler sendiri. Begitu juga penguatkuasaan atas jalan, siapa peduli dengan pemanduan melebihi speed limt treler?......bila jumpa speed trap tahu pulak dia mematuhi undang-undang...pelik bin ajaib.
Langgan:
Catatan (Atom)















