Kawan-kawan setia

Isnin, 18 Mac 2013

UMNO makin pening


Berita ini tidak menggembirakan UMNO yang semakin ditolak rakyat terbanyak. Janji demi janji yang dibuat oleh UMNO jika terus diberi mandat juga tidak mempunyai tarikan kepada rakyat untuk terus memilih UMNO dan BN sebagai teraju negara. Walaupun terus  mengwar-warkan UMNO lah satu-satuya parti yang menepati janji juga tidak menarik di iyekan oleh rakyat.

Tanda ktidakpercayan rakyat paling terebari ialah penyertaan Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, yang diketuai Raja Rozmal Raja Yaacob ke dalam PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi. Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (harakahdaily)

1 ulasan:

index box berkata...

jangan terlalu di paksakan untuk berpikir, mungkin berpikir positif bisa menjadi senjata ampuh



salam,


judi bola online | agen sbobet indonesia