Kawan-kawan setia

Rabu, 17 April 2013

Baru Tok Him tahu BN tak terima dia


Ibrahim Ali seolah-olah menggunakan kaedah Cina Buta untuk kembali kepada UMNO. Setelah bercerai dari UMNO, Ibrahim Ali yang juga dikenali dengan Tok Him rapat dengan PAS dan akhrnya mendapat tempat dengan bertanding atas tiket PAS dan menang selesa. Tok Him dapat duduk semula dikerusi parlimen bersama-sama Pakatan Rakyat. Namun hasrat sebenar beliau hanya untuk kerusi sahaja dan bermula dari situ beliau menyerang Pakatan Rakyat bertubi-tubi supaya dapat bersama semula dengan UMNO. Pada anggapan beliau UMNO sudah menerima semula biladiberi tempat di atas pentas-pentas UMNO dan media perdana. Anggapan Tok Him meleset bila dia tidak tersenarai dalam pasukan UMNO untuk PRU ke 13, dia hanyalah melukut ditepi gantang UMNO, dia baru tersedar dari mimpi indah......

Petikah sebuah blog semalam menyebut" Ibrahim Ali menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas. Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain. Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam".

Ramai tertanya-tanya....kalau Tok Him bertanding atas tiket bebas, tetapi menyarankan pendokong-pendokong beliau mengundi BN di parlimen Pasir Mas, siapa yang akan mengundi Tok Him?.....orang Pakatan Rakyat?.....minta maaf Tok Him...

Tiada ulasan: