Kawan-kawan setia

Selasa, 30 April 2013

bersama bob Lokman di Bangi Perdana

Bob bersama calon N26 Bangi sedang bertemu rakyat di Bangi Perdana. Walaupun jalan sibuk, petugas-petugas dan unit amal berjaya meleraikan perjalanan trafik dengan baik. Ceramah telah dihadhiri ribuan penduduk Bangi yang ingin mendengar perkembangan terakhir situasi PRU yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Bob Lokman memulakan kisah dengan beberapa ibarat dan cerita berkaitan kehidupan, pegangan dan pilihan menentukan pemerintah sebagai pemegang amanah negara. Hadhirin terhibur dengan celoteh Bob walaupun tidak menyanyi atau bermain muzik. Dengan diselangselikan dengan calon DUN Bangi Ustaz Hj Shafie Ngah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan diakhiri oleh calon Parlimen Serdang. Sdr Syukor Atan bertindak sebagai MC pada majlis ceramah ini.

Tiada ulasan: