Kawan-kawan setia

Jumaat, 26 April 2013

Hari ini dalam sejarah

Hari ini Jumaat 26 April 2013 bersamaan 16 Jamadilkhir 1434 tarikh mengundi PRU ke 13 semakin dekat. Undi POS yang di sebut-sebut SPR 30 April sudah pun belangsung... Apa sebenarnya berlaku rakyat tak tahu...Hari ini GMU solat di Masjid Sungai Ramai dan sebagai bakal wakil rakyat DUN N26 Bangi Ustaz Shafie Ngah sudah pun mengorak langkah bergaya dengan bersolat di masjid Sg Ramal ini dan diberi peluang berucap sepatah dua kata memperkenalkan diri. Katanya ramai orang keliru mengapa Shafie sekarang lain dari Shafie dulu. Memanglah ...dulu Dr Shafie Abu Bakar, sekarang Ustaz Shafie Ngah.

orang ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan TGNA dan Dato'Husam Musa

Sokongan rakyat menakutkan calon BN

Di masjid Sultan Mizan pulak tak kurang hebat, dengan kehadhiran Murshidul Am TG Dato' Nik Aziz, masjid yang dikenali oleh warga Putrajaya sebagai masjid besi telah di penuhi dengan gema takbir Allahu Akbar oleh para jemaah menyambut TGNA. Putrajaya sekarang bukan seperti dulu...dipenuhi kehijauan dan bulan mengambang....kesediaan Dato' Husam Musa berdepan dengan Tengku Adnan memang membuat UMNO kecut perut. Apalagi Tengku Nan bercakap besar mendabik dada bahawa beliau akan pastikan Dato' Husam Musa hilang wang pertaruhan. Dari hari penamaan calon sampai ke hari ini kalau ikut sokongan...Dato' Husam sudah menang moral.

Tiada ulasan: