Kawan-kawan setia

Sabtu, 20 April 2013

Hari penamaan calon DUN Bangi

Calon DUN Bangi dari PAS Hj Shafie Ngah telah memasuki pusat pencalonan bersama calon DAP sebentar tadi. Suasana disekitar pusat penamaan meriah dengan ribuan penyokong PR memnuhi ruang yang disediakan untuk penyokong. Sebuah khemah di dirikan untuk para penyokong berehat dai panas terik. Kebanyakan penyokong memenuhi padang dengan penuh senangat baik DAP baik PAS. Kearaban yang sukar di tulis. Penyokong DAP dan PAS masing membawa air-air minuman, makanan, topi ynag dibahagikan sesama mereka tanpa ada prejudis perkauman. Inilah Malaysia baru, semua berhak menentukan masa depan negara. Sebelah pihak BN amat suram, kelihatan penyokong mundar-mandir dan kebanyakan mereka macam budak-budak sekolah yang diberi t-shirt bitu tertulis undi BN. Kalau dikira disegi ramainya penyokong boleh dikatakan BN telah kalah KO.









Tiada ulasan: