Kawan-kawan setia

Jumaat, 5 April 2013

PRU ke 13, Permulaan yang gagal bagi BN

Jika anda menonton majlis penginsytiharan pembubaran parlimen oleh bekas PM Dato Sri Najib Tun Razak, tentu ramai yang terkejut dengan kegagalan bekas PM Malaysian itu menyempurnakan ucapan beliau dalam satu majlis yang sangat penting. Sepatutnya beliau menyebut "pada tarikh 3 April 2013", beliau terkelur sebutan 3 April 2012. Ini menunjukkahn betapa cemasnya BN dalam mengharungi PRU ke 13 ini. Jadi tidak hairan mengapa beliau takut membubarkan parlimen kerana menganggap pertarungan kali ini sangat mencabar dan hampir tak tertanggung oleh BN pimpinan beliau. 

Umum mengetahui, cuma tidak ingin mempercayai bahawa UMNO dan komponennya MIC, MCA dan lain-lain sedang menghadapi pantauan rakyat dan hampir kucar kacir dengan pelbagai masaalah dalam semua peringkat. Dalam situasi ini jika tidak ditangani dengan pelbagai langkah silat, BN dikhuatiri kecundang mempertahankan Putra Jaya dan kebanyakan negeri. Pertarungan kali ini akan menyaksikan BN danRakyat merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di 12 buah negeri kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Tiada ulasan: