Kawan-kawan setia

Ahad, 5 Mei 2013

Berduyun-durun melaksanakan tanggung jawab mengundi

 Beratur panjang untuk menunaikan tanggung jawab terhadap negara

 PRU kali ini dicacatkan oleh ramainya pengundi yang diragui, kebanyakan yang disoal siasat ialah dari Bangladesh, mempunyai IC yang diragu kan dengan nama dan tarik lahir yang pelik-pelik
 Tok Guru Nik Aziz turut beratur bersama pengundi-pengundi lain
Pengundia sebelah pagi berjalan lancar dengan cuaca yang panas terik. Sebelah awal pagi memang ramai pengundi, mungkin khuatir hujan sebelah petang
PRU ke 13 sangat berbeza dengan PRU yang sebelum ini. Bandar Baru Bangi menyaksikan kesungguhan pengundi yang beratur panjang sejak jam 7.30 pagi dengan sabar. Boleh dikatakan sepanjang setengah kilometer dari pusat mengundi. Tiada kelihatan perayu-perayu undi dapat dilihat disekitar tiga pusat mengundi di Bangi. Hanya petugas-petugas PAS kelihatan meriah membantu orang ramai dengan diberikan payong untuk menahan terik matahari dan kerusi roda untuk pengundi yang kurang upaya. Jentera BN tiada kelihatan langsung di pusat mengundi Seksyen 4 di tempat lain ada seorang dua. Kereta-kereta yang membawa bendera BN agak banyak juga.

Tiada ulasan: