Kawan-kawan setia

Isnin, 6 Mei 2013

MB Kelantan baru Datuk Ahmad Yaakob


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob (Gambar) mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990. Menurut laporan The Star Online timbalan pesuruhjaya PAS II Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi timbalan menteri besar.

Tiada ulasan: