Kawan-kawan setia

Rabu, 8 Mei 2013

Terkini 8May 2013, Stadium Kelana Jaya, PJ himpunan rakyat


Suasana di Stadium Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor menyaksikan ribuan rakyat Malaysia berbilang kaum berhimpun menyatakan kesesalan mereka dengan prestasi SPR mengendalikan Pilihan Raya Umum ke 13 minggu lepas. PRU 13 yang menyaksikan banyak kepincangan dalam SPR mengendalikan proses pengundian dan menyediakan keputusan pilihanraya dengan telus dan berintegriti. Akibatnya menyaksikan kejadian salah kira, penutupan lampu pusat pengiraan undi dan pertukaran jumlah undi selepas dikira semula. Pada peringkat perjumlahan awal rakyat dapat saksikan PR sudah mendahului BN dan boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, namun setelah dikira semula dan berlaku black Out keputusan berubah kepada kemenangan BN 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan DS Najib membentuk kerajaan pada jam 1 pagi

Tiada ulasan: