Kawan-kawan setia

Rabu, 8 Mei 2013

Ustaz Azizan tenat

Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam koma dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Us Azizan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut. Bekas Setiausaha Politik us Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Us Azizan, 70, kini dipantau rapi oleh doktor dan dalam keadaan koma. “beliau koma sejak pukul 5.30 pagi tadi. Beliau dipindahkan dari sebuah hospital swasta di sini petang kelmarin selepas mengalami jangkitan virus di bahagian kaki. Jangkitan itu melarat dan setelah diberi antibiotik, beliau alah kepada ubat dan koma,” katanya.

Tiada ulasan: