Kawan-kawan setia

Sabtu, 30 Mac 2013

ALFatihah


Berita yang mengejutkan umat Islam seluruh dunia ialah serangan yang berlaku di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria (Damsyik) pada 21/03/2013 yang telah meragut 19 nyawa termasuk ulama terkenal Syeikh Ramadan yang terkenal dengan kitab karangan agung beliau, Fiqh Sirah. Sesungguhnya jasa beliau kepada ummah ini amatlah besar. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Syeikh Mohamad Said Ramadan Al-Buti dan seluruh Syuhada di Syria. Bersama kita panjatkan doa agar dapat menuruti jejak langkah beliau.  Al-fatihah.

Isnin, 18 Mac 2013

UMNO makin pening


Berita ini tidak menggembirakan UMNO yang semakin ditolak rakyat terbanyak. Janji demi janji yang dibuat oleh UMNO jika terus diberi mandat juga tidak mempunyai tarikan kepada rakyat untuk terus memilih UMNO dan BN sebagai teraju negara. Walaupun terus  mengwar-warkan UMNO lah satu-satuya parti yang menepati janji juga tidak menarik di iyekan oleh rakyat.

Tanda ktidakpercayan rakyat paling terebari ialah penyertaan Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, yang diketuai Raja Rozmal Raja Yaacob ke dalam PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi. Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (harakahdaily)

Sabtu, 16 Mac 2013

Ribut mengekori Presiden UMNO...??? Kebetulan saja

PD July 2011: Berpuloh-puloh kereta terperangkap di dalam banjir kilat dan dihempap pokok

PD July2011:Banyak kereta yang dihempap pokok datangnya dari jauh
Kebetulan.....semasa Dato Sri Najib merasmikan upacara tamat latihan gabungan Tentera dan Polis di Port Dickson berlaku ributa taufan yang menumbangkan pokok-pokok sekitar kem tentera tempat berlangsungnya upcara. Lokasi lain di PD tidak terjejas oleh ribut, itu yang sangat menghairankan, hanya di kem sahaja...mungkin hanya kebetulan.

Telok Chempedak, Pahang 
Selepas kejadian itu, February lalu berlaku pula kejadian ribut taufan di tempat beliau berucap Telok Chempedak, di Pahang.

Terbaru semalam di Tanah Merah Kelantan, berlaku lagi ribut taufan ditempat Dato Sri Najib berucap ....

Tanah Merah, Kelantan Mac 2013:Beberapa khemah di dipukul ribut selepas sahaja Presiden UMNO berucap di Tanah Merah Kelantan

Tanah Merah, Kelantan 2013

Selasa, 12 Mac 2013

Amek kau....TC dah buka mulut....


Fitnah: Tian Chua tidak teragak hantar surat saman

Harakahdaily,12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal.

Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.

Hari ini saya telah menghantar satu lagi surat tuntutan melalui peguam saya kepada Zaini bin Haris (IC: 811104-01-6015) pengurus portal MyMassa. Portal MyMassa merupakan punca berita palsu yang menyatakan kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata "KOMANDO MATI KATAK".
Selain daripada itu, saya juga telah hantar surat tuntutan kepada Mohamad Salim bin Iskandar (IC: 730709-08-5123) yang mengurus portal Parpukari. Namun, sejak semalam berita yang merujuk kepada berita fitnah tersebut telah diturunkan. Dengan ini, saya secara rasminya menarik balik surat tuntutan saya terhadap Parpukari.

Di samping surat tuntutan, peguam saya telah mengirim surat amaran kepada semua pengendali portal yang menyiarkan berita fitnah yang sama. Mereka ini termasuk: Gelombang Wangsa Maju, Apple Biru, Malaysia Delima, Kelateloni, Pistol Nakal, Aloqlaloq, Talk with Hand, Flying Kick, dan lain-lain lagi.

Mulai sekarang, saya tidak teragak-agak untuk menghantar surat saman sekiranya ada lagi berita fitnah tersebut diulangi di mana-mana portal

Orang cerdik akan menyertai PAS atau komponen lain Pakatan Rakyat


Walaupun pemerintahan BN sudah kehabisan hayat, hanya nampak hidup kerana dibantu saka, pemimpin mereka masih mengigau sebagai kerajaan. Betul kata Dr Mahathir, orang-orang cerdik menyertai Pakatan Rakyat, yang tinggal dalam BN hanya budak-budak TADIKA. Mereka masih gagal memahami demokrasi, memahami apa itu kerajaan, apa itu parti politik. Pada mereka BN itu kerajaan, walaupun empat negeri BN adalah pembangkang, mereka kata kerajaan pembangkang. Contoh terbaru pemikirian pemimpin BN tahap TADIKA, dapat di lihat dalam kenyataan pemimpin Perlis ini yang disiarkan oleh media-media perdana bertajuk "penjawat awam jangan sabotaj kerajaan". Dia gagal memahami, bila bubar parlimen tak wujid lagi kerajaan, parti mana yang menang dialah kerajaan. Mungkin ucapan ini ditujukan kepada kenaikan-kenaikan gaji dan elaun kepada kakitangan awam yang diumumkan oleh bakal bekas PM beberapa hari lalu.
(sila rujuk) 
KANGAR - Penjawat awam diingatkan agar tidak mensabotaj usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara semata-mata kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perlis Sabry Ahmad berkata sudah terbukti janji pembangkang hanya mainan dan boleh merosakkan masa depan negara.
"...pembangkang tidak menjanjikan masa depan yang baik," katanya berucap mewakili Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa sabu pada perhimpunan bulanan sektor awam Perlis, di sini hari ini. 

Sabry juga berkata penjawat awam di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada menikmati kehidupan selesa.

Beliau juga berharap penjawat awam di Perlis membantu menjayakan wawasan negeri "Perlis Maju 2015" yang kini 70 peratus daripada indikatornya telah
dipenuhi.

Selain itu, penjawat awam juga antara kelompok yang turut berpeluang menikmati kemudahan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia,
membabitkan pembinaan 10,000 unit rumah di Perlis dalam tempoh lima tahun.

Sebelum itu, Pengarah Penerangan Perlis, Mohamed Lokman Mahmud dalam ucapannya berkata pihaknya akan memberi penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat secara lebih agresif menerusi pelbagai program.

Katanya rakyat termasuk penjawat awam perlu diberi kefahaman tentang perkembangan semasa negara ini supaya mereka benar-benar menghayati  pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

Pada majlis itu, penjawat awam turut dipersembahkan dengan nyanyian koir Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Perlis yang diterajui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis.- Bernama

Ahad, 10 Mac 2013

Soalan panas untuk PRU13

Sila jawab dgn penuh rasa takzim ;)
1. Presiden manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Cina Lee Kuan Yew? 
A. Presiden DAP 
B. Presiden PAS 
C. Presiden UMNO 

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera selama sejak merdeka? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% selama sejak merdeka? Hilang 50 billion? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Lee Kuan Yew baru-baru ini? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

6. Siapakah yang membunuh sekampung muslim di Memali, Kedah? 
A. DAP 
B. PAS 
C. UMNO 

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari Cina? 
A. Negeri UMNO 
B. Negeri PAS (Kelantan) 

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ? 
A. UMNO/BN 
B. PR 

9. Siapakah yg melego telaga minyak pada brunai berjumlah 300 billion ? 
A. PAS
B. DAP 
C. UMNO 

10. Siapakah merampas perak ala samseng dan mafia ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

11. Siapakah yg menyumbat dlm ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ? 
A. Presiden PAS 
B. Presiden DAP 
C. Presiden UMNO 

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

13. Siapa yg menolak hukum islam sampai hari ini ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni RM 19 billion tetapi pada rakyat mahu di hapuskan terus ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

15.Siapakah dalang kehilangan enjin jet sehingga digelar jet tanpa enjin ? 
A. PAS 
B. DAP 
C. UMNO 

16.Siapakah yang membina stadium ajaib sehingga xsampai setahun runtuh ? 
A. DAP 
B. UMNO 
C. PAS 

17.Siapakah penyebabkan kerugian felda berbilion2 ? 
A. PAS 
B. UMNO 
C. DAP"

Jumaat, 8 Mac 2013

Malam Seni untuk perubahan

Pakatan Rakyat jangan buang masa mengutuk pihak lawan...hanya perlu tunjukkan kepada rakyat kita buat yang baik-baik saja, punya aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat terutama pengundi PR terbaik. 16 March ini jangan lupa bersama insan2 seni yang bersama PR di Kelab Sultan Sulaiman mulai jam 9malam.