Kawan-kawan setia

Selasa, 30 April 2013

bersama bob Lokman di Bangi Perdana

Bob bersama calon N26 Bangi sedang bertemu rakyat di Bangi Perdana. Walaupun jalan sibuk, petugas-petugas dan unit amal berjaya meleraikan perjalanan trafik dengan baik. Ceramah telah dihadhiri ribuan penduduk Bangi yang ingin mendengar perkembangan terakhir situasi PRU yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Bob Lokman memulakan kisah dengan beberapa ibarat dan cerita berkaitan kehidupan, pegangan dan pilihan menentukan pemerintah sebagai pemegang amanah negara. Hadhirin terhibur dengan celoteh Bob walaupun tidak menyanyi atau bermain muzik. Dengan diselangselikan dengan calon DUN Bangi Ustaz Hj Shafie Ngah, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan diakhiri oleh calon Parlimen Serdang. Sdr Syukor Atan bertindak sebagai MC pada majlis ceramah ini.

Jumaat, 26 April 2013

Hari ini dalam sejarah

Hari ini Jumaat 26 April 2013 bersamaan 16 Jamadilkhir 1434 tarikh mengundi PRU ke 13 semakin dekat. Undi POS yang di sebut-sebut SPR 30 April sudah pun belangsung... Apa sebenarnya berlaku rakyat tak tahu...Hari ini GMU solat di Masjid Sungai Ramai dan sebagai bakal wakil rakyat DUN N26 Bangi Ustaz Shafie Ngah sudah pun mengorak langkah bergaya dengan bersolat di masjid Sg Ramal ini dan diberi peluang berucap sepatah dua kata memperkenalkan diri. Katanya ramai orang keliru mengapa Shafie sekarang lain dari Shafie dulu. Memanglah ...dulu Dr Shafie Abu Bakar, sekarang Ustaz Shafie Ngah.

orang ramai berebut-rebut untuk bersalaman dengan TGNA dan Dato'Husam Musa

Sokongan rakyat menakutkan calon BN

Di masjid Sultan Mizan pulak tak kurang hebat, dengan kehadhiran Murshidul Am TG Dato' Nik Aziz, masjid yang dikenali oleh warga Putrajaya sebagai masjid besi telah di penuhi dengan gema takbir Allahu Akbar oleh para jemaah menyambut TGNA. Putrajaya sekarang bukan seperti dulu...dipenuhi kehijauan dan bulan mengambang....kesediaan Dato' Husam Musa berdepan dengan Tengku Adnan memang membuat UMNO kecut perut. Apalagi Tengku Nan bercakap besar mendabik dada bahawa beliau akan pastikan Dato' Husam Musa hilang wang pertaruhan. Dari hari penamaan calon sampai ke hari ini kalau ikut sokongan...Dato' Husam sudah menang moral.

Ahad, 21 April 2013

Terima kasih DUN Bangi kepada mantan YB Bangi Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar sudah dikenali dalam DUN Bangi sebagi YB yang kuat bekerja, dedikasi, yang sukar ditandingi oleh siapa saja. Walaupun sudah tidak dicalonkan lagi dalam PRU ke 13 bukan bermakna Dr Shafie gagal dalam prestasi sebagai YDP dan YB dari PAS, tetapi parti memberi peluang kepada generasi baru untuk memimpin ummah. Jasa Dr Shafie kepada PAS dan DUN Bangi juga imej PAS sendiri sangat besar dan luarbiasa. 
Sebagai pengundi DUN Bangi sejak sekian lama, tidak keterlaluan jika dikatakan memang berbaloi sangat mengundi Dr Shafie selama ini yang telah menaikkan imej PAS secara khusus. Terima kasih Dr Shafie Abu Bakar, jasa Dr hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Kelantan battle


PARLIMEN
P. 019 - TUMPAT
KAMARUDIN BIN JAFFAR-PAS
MANSOR BIN SALLEH-BN
P. 020 - PENGKALAN CHEPA
DALI BIN HUSIN-BN
IZANI BIN HUSIN -PAS
P. 021 - KOTA BHARU
MOHAMAD FATMI BIN CHE SALLEH-BN
MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKAR-BEBAS
TAKIYUDDIN BIN HASSAN-PAS
P. 022 - PASIR MAS
IBRAHIM BIN ALI-BEBAS
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ-PAS
P. 023 - RANTAU PANJANG
GHAZALI BIN ISMAIL-BN
SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF-PAS
P. 024 - KUBANG KERIAN
AHMAD BAIHAKI BIN ATIQULLAH-PAS
ANUAR BIN SAFIAN-BN
P. 025 - BACHOK
AHMAD MARZUK BIN SHAARY-PAS
AWANG ADEK BIN HUSSIN-BN
P. 026 - KETEREH
AB AZIZ BIN AB KADIR-PKR
ANNUAR BIN MUSA-BN
P. 027 - TANAH MERAH
AHMAD FIZAL BIN CHE HARUN-BEBAS
IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ-BN
NIK MAHMOOD BIN NIK HASSAN-PKR
P. 028 - PASIR PUTEH
NIK MAZIAN BIN NIK MOHAMAD-PAS
TUAN MUSTAFFA BIN TUAN MAT-BN
P. 029 - MACHANG
AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB-BN
WAN ZAWAWI BIN WAN ISMAIL-PKR
P. 030 - JELI
MOHD APANDI BIN MOHAMAD-PAS
MUSTAPA BIN MOHAMED-BN
P. 031 - KUALA KRAI
MOHD HATTA BIN MD RAMLI-PAS
TUAN AZIZ BIN TUAN HAMAT @ TUAN MAT-BN
P. 032 - GUA MUSANG
TENGKU RAZALEIGH BIN TENGKU MOHD HAMZAH-BN
WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH-PAS
DUN
P. 019 - TUMPAT
N. 01 - PENGKALAN KUBOR
IZAT BUKHARY BIN ISMAIL BUKHARY-BEBAS
NOOR ZAHIDI BIN OMAR-BN
SAHARUN BIN IBRAHIM-PKR
N. 02 - KELABORAN
MOHAMAD ZAKI BIN IBRAHIM-PAS
WAN HANAPI BIN WAN YAACOB-BN
N. 03 - PASIR PEKAN
AHMAD BIN YAKOB-PAS
NIK NORIZA BINTI NIK SALLEH-BN
N. 04 - WAKAF BHARU
CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI-PAS
MOHD ROSDI BIN AB. AZIZ-BN
P. 020 - PENGKALAN CHEPA
N. 05 - KIJANG
WAN UBAIDAH BINTI OMAR-PAS
ZALUZI BIN SULAIMAN-BN
N. 06 - CHEMPAKA
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT-PAS
WAN RAZMAN BIN W. ABD RAZAK-BN
N. 07 - PANCHOR
CHE ROSLI BIN HASSAN-BN
MOHD AMAR BIN ABDULLAH-PAS
P. 021 - KOTA BHARU
N. 08 - TANJONG MAS
KANIDY BIN OMAR-BN
ROHANI BINTI IBRAHIM-PAS
N. 09 - KOTA LAMA
MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKAR-BEBAS
TAN KEN TEN-BN
TAN TENG LOON @ ANUAR TAN B. ABDULLAH-PAS
N. 10 - BUNUT PAYONG
MOHD. FAKHRURAZI BIN ABDUL RAHIM-BN
RAMLI BIN MAMAT -PAS
P. 022 - PASIR MAS
N. 11 - TENDONG
HANAFI BIN MAMAT-BN
ROZI BIN MUHAMAD-PAS
N. 12 - PENGKALAN PASIR
HANIFA BIN AHMAD-PAS
TUAN ANUWA BIN TUAN MAT-BN
N. 13 - CHETOK
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN-PAS
AIMI BIN JUSOH-BN
P. 023 - RANTAU PANJANG
N. 14 - MERANTI
MOHD AFANDI BIN YUSOFF-BN
MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD-PAS
N. 15 - GUAL PERIOK
MOHAMAD BIN AWANG-PAS
SHAARI BIN MAT HUSSAIN-BN
N. 16 - BUKIT TUKU
ABDUL RASUL BIN MOHAMED-PAS
MOHD ZAIN BIN ISMAIL-BN
P. 024 - KUBANG KERIAN
N. 17 - SALOR
HUSAM BIN MUSA-PAS
MOHD NOORDIN BIN AWANG-BN
N. 18 - PASIR TUMBOH
ABD RAHMAN BIN YUNUS-PAS
MOHD SYAMSUL BIN MOHD YUSOFF-BN
N. 19 - DEMIT
MUMTAZ BINTI MD NAWI-PAS
WAN MOHD NAZI BIN WAN HAMAT-BN
P. 025 - BACHOK
N. 20 - TAWANG
HASSAN BIN MOHAMOOD-PAS
MOHD ZAIN BIN YASIM-BN
N. 21 - PERUPOK
MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN-PAS
MUHAMMAD ZAIDI BIN SIDEK-BN
N. 22 - JELAWAT
ABDUL AZZIZ BIN KADIR-PAS
ILIAS BIN HUSAIN-BN
P. 026 - KETEREH
N. 23 - MELOR
MD. YUSNAN BIN YUSOF-PAS
MOHAMED OTHMAN BIN OMAR-BN
N. 24 - KADOK
AZAMI BIN HJ. MOHD NOR-PAS
MOHAMAD BASRI BIN AWANG-BN
N. 25 - KOK LANAS
MD. ALWI BIN CHE AHMAD-BN
NIK MAHADI BIN MAHMOOD-PAS
P. 027 - TANAH MERAH
N. 26 - BUKIT PANAU
ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOOD-PAS
BAHARUDIN BIN YUSOF-BN
N. 27 - GUAL IPOH
BAKRI @ MOHD BAKRI BIN MUSTAPHA-BN
WAN YUSOFF BIN W MUSTAFA-PAS
N. 28 - KEMAHANG
DYG SANIAH BINTI AWG HAMID-BN
MD ANIZAM BIN AB RAHMAN-PAS
P. 028 - PASIR PUTEH
N. 29 - SELISING
IBRAHIM BIN ISMAIL-BEBAS
SAIPUL BAHRIM BIN MOHAMAD-PAS
ZULKIFLE BIN ALI-BN
N. 30 - LIMBONGAN
MOHD NAZLAN BIN MOHAMED HASBULLAH-PAS
MOHD RUJHAN BIN SALLEH-BN
N. 31 - SEMERAK
W HASSAN BIN W IBRAHIM-PAS
ZAWAWI BIN OTHMAN-BN
N. 32 - GAAL
REDZUAN BIN STAPHA-BN
TUAN MAZLAN BIN TUAN MAT-PAS
P. 029 - MACHANG
N. 33 - PULAI CHONDONG
HALIM @ AB HALIM BIN ISMAIL-BN
ZULKIFLI BIN MAMAT-PAS
N. 34 - TEMANGAN
AZEMI BIN MAT ZIN-BN
MOHAMED FADZLI BIN HASSAN-PAS
N. 35 - KEMUNING
ERIANDI BIN ISMAIL-BN
MOHD ROSELI BIN ISMAIL-PAS
P. 030 - JELI
N. 36 - BUKIT BUNGA
MOHD ADHAN BIN KECHIK-BN
SUFELY BIN ABD RAZAK-PAS
N. 37 - AIR LANAS
ABDULLAH BIN YA'KUB-PAS
MUSTAPA BIN MOHAMED-BN
N. 38 - KUALA BALAH
ABDUL AZIZ BIN DERASHID-BN
RAMLAN BIN MAT-PKR
P. 031 - KUALA KRAI
N. 39 - MENGKEBANG
ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN-PAS
AZIZZUDDIN BIN HUSSEIN-BN
N. 40 - GUCHIL
HAJI NIK SAPEIA BIN NIK YUSOF-BN
MD NASIR BIN AHMAD-BEBAS
MOHD ROSLAN BIN PUTEH-PKR
MUHAMAD BUSTAMAN BIN YAACOB-BEBAS
N. 41 - MANEK URAI
CHE JALAL BIN MUDA-BN
MOHD FAUZI BIN ABDULLAH-PAS
N. 42 - DABONG
KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN-PAS
RAMZI BIN AB RAHMAN-BN
P. 032 - GUA MUSANG
N. 43 - NENGGIRI
ABDUL AZIZ BIN MOHAMED-BEBAS
MAT YUSOFF BIN ABDUL GHANI-BN
MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE SEMAN-PKR
N. 44 - PALOH
AMRAN BIN AB GHANI-PKR
NOZULA BIN MAT DIAH-BN
N. 45 - GALAS
AB AZIZ BIN YUSOFF-BN
ABDULLAH BIN HUSSEIN-PAS

Sabtu, 20 April 2013

BN laluannya untuk mempertahankan Putrajaya, berliku-liku


Berita BN tidak dimaklumkan mengenai keputusan calon pilihan mereka Che Johan Che Pa yang tidak menghantar borang penamaan calon sehingga menyebabkan calon bebas, Datuk Ibrahim Ali melawan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz secara satu lawan satu di kerusi Parlimen Pasir Mas. Tidak seperti PAS ianya sangat mudah tidak berliku-liku, Nik Abduh hadhir dan menyerahkan pencalonan, diterima....habis cerita...terus berkempen untuk mencari kemenangan dari rakyat.
UMNO atau BN kelihatan sukar untuk mempertahankan Putrajaya terus di tangan mereka. Adakah kejadian di Pasir Mas ini satu plot cerita yang dirancang atau memang terjadi spontan kita tak tahu. Yang menariknya Harakahdaily sudah membuat plot cerita sendiri yang 100% tepat sebagaimana berlaku di Pasir Mas, dimana Harakah menjangka Che Johan akan memberi laluan di saat akhir tempo pencalonan kepada Tok Him, dan memang benar berlaku.
Liku seterusnya kelihatan BN keliru dengan siapa yang disenaraikan bila Naib Ketua Wanitanya Dato Kamilia tidak tercalon. Buka itu saja tiada siapa dari partinya membela beliau. Akhirnya beliu mencalonkan diri sendiri sebagai calon bebas dan meletak semua jawatan dalam UMNO. Tentunya menurut Timbalan Presiden UMNO beliau dipecat serta-merta....ada aku kisah mungkin itulah kata-kata Dato Kamilia untuk UMNO.
Berliku lagi...bila calon Permatang Pauh adalah ahli PAS seumur hidup. Sudah habiskah pemimpim berwibawa dalam UMNO sehingga dirembat bekas naib ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ni...tak pasti...bukan itu sahaja, ada beberpa kes lagi ahli PAS dicalonkan sebagai calon BN....kacau juga tu...
Seterusnya di DUN Johol, calon yang disenaraikan oleh BN mengembalikan semula dan tidak mau bertanding melawan calon PAS ustaz Nor Azman...apa kes?
Di Bangi Datok Fatil yang disebut-sebut sebagai calon DUN Bangi bahkan beliau sudah sekian lama memperomosi diri sendiri dalam setiap banner tang digantung sekitar Bangi, berada disebelah Presiden UMNO...tiba-tiba tidak tercalon....kecoh tu...

Hari penamaan calon DUN Bangi

Calon DUN Bangi dari PAS Hj Shafie Ngah telah memasuki pusat pencalonan bersama calon DAP sebentar tadi. Suasana disekitar pusat penamaan meriah dengan ribuan penyokong PR memnuhi ruang yang disediakan untuk penyokong. Sebuah khemah di dirikan untuk para penyokong berehat dai panas terik. Kebanyakan penyokong memenuhi padang dengan penuh senangat baik DAP baik PAS. Kearaban yang sukar di tulis. Penyokong DAP dan PAS masing membawa air-air minuman, makanan, topi ynag dibahagikan sesama mereka tanpa ada prejudis perkauman. Inilah Malaysia baru, semua berhak menentukan masa depan negara. Sebelah pihak BN amat suram, kelihatan penyokong mundar-mandir dan kebanyakan mereka macam budak-budak sekolah yang diberi t-shirt bitu tertulis undi BN. Kalau dikira disegi ramainya penyokong boleh dikatakan BN telah kalah KO.









Rabu, 17 April 2013

Baru Tok Him tahu BN tak terima dia


Ibrahim Ali seolah-olah menggunakan kaedah Cina Buta untuk kembali kepada UMNO. Setelah bercerai dari UMNO, Ibrahim Ali yang juga dikenali dengan Tok Him rapat dengan PAS dan akhrnya mendapat tempat dengan bertanding atas tiket PAS dan menang selesa. Tok Him dapat duduk semula dikerusi parlimen bersama-sama Pakatan Rakyat. Namun hasrat sebenar beliau hanya untuk kerusi sahaja dan bermula dari situ beliau menyerang Pakatan Rakyat bertubi-tubi supaya dapat bersama semula dengan UMNO. Pada anggapan beliau UMNO sudah menerima semula biladiberi tempat di atas pentas-pentas UMNO dan media perdana. Anggapan Tok Him meleset bila dia tidak tersenarai dalam pasukan UMNO untuk PRU ke 13, dia hanyalah melukut ditepi gantang UMNO, dia baru tersedar dari mimpi indah......

Petikah sebuah blog semalam menyebut" Ibrahim Ali menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas. Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain. Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam".

Ramai tertanya-tanya....kalau Tok Him bertanding atas tiket bebas, tetapi menyarankan pendokong-pendokong beliau mengundi BN di parlimen Pasir Mas, siapa yang akan mengundi Tok Him?.....orang Pakatan Rakyat?.....minta maaf Tok Him...

Jumaat, 12 April 2013

Fitnah berlegar hebat disaat pilihanraya umum


Sungguh memalukan bila pihak lawan menggunakan taktih lucah bagi memesongkan hati pengundi supaya mengundi mereka. Sangat jahat cara demikian, cara yang dilaknat agama, menyebarkan keburukan orang. Demokrasi sehat bukan menyerang peribadi lawan tetapi pegangan lawan. Hujah sepatutnya dengan hujah bukan dengan cara yang diamalalkan oleh BN ini. PAS mengajak rakyat kembali kepada Islam sejati, bahkan PAS juga mengajak komponennya menghormsti pegangan PAS. DAP yang dikatakan rasis oleh BN ternyata sanggup duduk bersila mendengar kulian Tuan Gunru Nik Dato' Aziz. Berpolitik dan berdakwah, PAS meletakkannya jalan seiring supaya kuasa yang dapat dibawa kepada keredhaan Allah, bukanya kuasa yang dapat digunakan untuk mengayakan anak beranak dan keluarga. Kuasa adalah amanah, dan akan ditanya di akhirat.

Jumaat, 5 April 2013

PRU ke 13, Permulaan yang gagal bagi BN

Jika anda menonton majlis penginsytiharan pembubaran parlimen oleh bekas PM Dato Sri Najib Tun Razak, tentu ramai yang terkejut dengan kegagalan bekas PM Malaysian itu menyempurnakan ucapan beliau dalam satu majlis yang sangat penting. Sepatutnya beliau menyebut "pada tarikh 3 April 2013", beliau terkelur sebutan 3 April 2012. Ini menunjukkahn betapa cemasnya BN dalam mengharungi PRU ke 13 ini. Jadi tidak hairan mengapa beliau takut membubarkan parlimen kerana menganggap pertarungan kali ini sangat mencabar dan hampir tak tertanggung oleh BN pimpinan beliau. 

Umum mengetahui, cuma tidak ingin mempercayai bahawa UMNO dan komponennya MIC, MCA dan lain-lain sedang menghadapi pantauan rakyat dan hampir kucar kacir dengan pelbagai masaalah dalam semua peringkat. Dalam situasi ini jika tidak ditangani dengan pelbagai langkah silat, BN dikhuatiri kecundang mempertahankan Putra Jaya dan kebanyakan negeri. Pertarungan kali ini akan menyaksikan BN danRakyat merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di 12 buah negeri kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.