Kawan-kawan setia

Ahad, 12 Mei 2013

Analogi cantik dari ilmuan

Takut Malaysia sokong Israel? Takut Malaysia jadi negara Kristian? Takut cina jadi PM? Takut Malaysia gabung dengan Sibgapura? Takut, takut dan takut????

Ini adalah pencerahan untuk mereka yang sentiasa TAKUT. Sila buka minda anda.

Di luar ada harimau. Confirm sebab ada bekas tapak kakinya, terdengar ngaumannya bahkan ada najisnya dan bau hencing kencingnya kerana ditanda kawasan dgn air kencing (sptnya anjing). Bangkai rusa yang licin sampai ke tulang pun ada kesan dari dimamah oleh harimau. memang confirm ada harimau. Bahkan ada orang nampak harimau, bahkan ada yang sudah dikejar harimau.

Nak selamatkan diri ada sebuah rumah. Tapi orang kata dalam rumah tu ada hantu kopek. Bila ditanya ada sesiapa pernah nampak? jawabnya tak da? pernah dengar dia mengilai? tak da juga. Pernah sesiapa yang kena sembunyi dgn hantu kopek dalam rumah tu? tak ada juga. Apa bukti yang rumah itu dihuni hantu kopek? Ada sipolan cakap. bila ditanya pada sipolan jawabnya polan tu yang cakap. Akhirnya pusing pusing cakap tak tahu dari mana punca berita yang mendakwa dalam rumah ada hantu kopek.

Last-last duduk diluar rumah sebab takut pada hantu kopek yang tak real lebih dari takut kepada harimau yang real. Sanggup tanggung risiko di baham harimau dari memasuki rumah yang dimomokkan sedangkan momoknya tak wujud.

Inilah ibaratnya orang yang takut dengan segala macam takut. Takut Malaysia akan sokong Israel bahkan sampai 'nanti sama-sama bunuh bayi Palestin dengan Israel", takut Malaysia jadi negara Kristian, takut anak masuk gereja sebab jumpa perkataan Allah dalam bible, takut nanti Cina jadi PM, takut Malaysia gabung dgn Singapura, takut dan takut...

Sedang bahaya yang nyata iaitu rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengkhianatan, mengaut harta negara untuk tembolok sendiri dan suku sakat, menyekat kebebasan bersuara, media dimilik punya, agensi kerajaan jadi harta mak bapak dia terpampang depan mata.

Anda takut dgn harimau yang real atau momokan hantu kopek?

-Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor-

Jumaat, 10 Mei 2013

Doakan keringanan ustaz Azizan

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini. Menurut Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi. dan sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu.

Rabu, 8 Mei 2013

YB Ustaz Shafie Ngah menziarahi Ustaz Azizan

Petikan FB beliau, YB Bangi Ustaz Shafie Ngah sekarang berada di ke Pulau Pinang menziarahi Ustaz Azizan untuk mengtahui situasi sebenar. Doakan YB selamat diperjalanan, selamat kembali untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat, juga doakan Ustaz Azizan sembuh kembali. Dimaklumkan beliau sudah setabil tapi masih berada di CCU.
Foto YB Ustaz Shafie Ngah di Pulau Pinang

Terkini 8May 2013, Stadium Kelana Jaya, PJ himpunan rakyat


Suasana di Stadium Kelana Jaya Petaling Jaya Selangor menyaksikan ribuan rakyat Malaysia berbilang kaum berhimpun menyatakan kesesalan mereka dengan prestasi SPR mengendalikan Pilihan Raya Umum ke 13 minggu lepas. PRU 13 yang menyaksikan banyak kepincangan dalam SPR mengendalikan proses pengundian dan menyediakan keputusan pilihanraya dengan telus dan berintegriti. Akibatnya menyaksikan kejadian salah kira, penutupan lampu pusat pengiraan undi dan pertukaran jumlah undi selepas dikira semula. Pada peringkat perjumlahan awal rakyat dapat saksikan PR sudah mendahului BN dan boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, namun setelah dikira semula dan berlaku black Out keputusan berubah kepada kemenangan BN 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi dan DS Najib membentuk kerajaan pada jam 1 pagi

Ustaz Azizan tenat

Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam koma dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Us Azizan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut. Bekas Setiausaha Politik us Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Us Azizan, 70, kini dipantau rapi oleh doktor dan dalam keadaan koma. “beliau koma sejak pukul 5.30 pagi tadi. Beliau dipindahkan dari sebuah hospital swasta di sini petang kelmarin selepas mengalami jangkitan virus di bahagian kaki. Jangkitan itu melarat dan setelah diberi antibiotik, beliau alah kepada ubat dan koma,” katanya.

Selasa, 7 Mei 2013

Selamat menunaikan amanah YB (Yang Berkhidmat)


Senarai Exco Kelantan 2013
  • Menteri Besar: Dato’ Ahmad Yakob (Adun Pasir Pekan)
  • Timbalan MB: Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah (Adun Panchor)
Senarai Exco (kekal):
  • Dato’ Ab Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)
  • Datuk Anuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama)
  • Mej (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman (Adun Kemahang)
  • Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Bharu)
  • Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hj Hassan (Adun Temangan)
  • Dato’ Nassuruddin Daud (Adun Meranti)
Senarai Exco (baru):
  • Hanifa Ahmad (Adun Pengkalan Pasir)
  • Dr Ramli Mamat (Adun Bunut Payong)
  • Mumtaz Md Nawi (Adun Demit)

Isnin, 6 Mei 2013

Temerloh memilih PAS

Ketua pemuda PAS seorang yang hebat, Dato Saiduddin juga seorang yang hebat dan disegani lawan dan kawan, dan mereka kawan baik...namun rakyat memilih calon PAS yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat

MB Kelantan baru Datuk Ahmad Yaakob


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob (Gambar) mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar baru negeri itu di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan. ADUN Pasir Pekan itu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu sejak 1990. Menurut laporan The Star Online timbalan pesuruhjaya PAS II Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah akan dilantik menjadi timbalan menteri besar.

Tahniah kepada calon kita Ustaz Hj Shafie Ngah


Ahad, 5 Mei 2013

Berduyun-durun melaksanakan tanggung jawab mengundi

 Beratur panjang untuk menunaikan tanggung jawab terhadap negara

 PRU kali ini dicacatkan oleh ramainya pengundi yang diragui, kebanyakan yang disoal siasat ialah dari Bangladesh, mempunyai IC yang diragu kan dengan nama dan tarik lahir yang pelik-pelik
 Tok Guru Nik Aziz turut beratur bersama pengundi-pengundi lain
Pengundia sebelah pagi berjalan lancar dengan cuaca yang panas terik. Sebelah awal pagi memang ramai pengundi, mungkin khuatir hujan sebelah petang
PRU ke 13 sangat berbeza dengan PRU yang sebelum ini. Bandar Baru Bangi menyaksikan kesungguhan pengundi yang beratur panjang sejak jam 7.30 pagi dengan sabar. Boleh dikatakan sepanjang setengah kilometer dari pusat mengundi. Tiada kelihatan perayu-perayu undi dapat dilihat disekitar tiga pusat mengundi di Bangi. Hanya petugas-petugas PAS kelihatan meriah membantu orang ramai dengan diberikan payong untuk menahan terik matahari dan kerusi roda untuk pengundi yang kurang upaya. Jentera BN tiada kelihatan langsung di pusat mengundi Seksyen 4 di tempat lain ada seorang dua. Kereta-kereta yang membawa bendera BN agak banyak juga.

Love PM?.....pergi jahanam rakyat

SELAMAT MENGUNDI....HAPUSKAN BUDAYA BN INI

Slogan yang dipakai I Love PM, mana ada PM lagi, malam ni baru tahu siapa PM, kalau love Najib yes Najib ada....Inilah mentaliti kuno pengikut BN, dia fikir PM tu hak mutlak Najib. Sudahlah begitu, tulis love, tapi ganas nya macam singa lapar. Puak-puak yang pakai tshirt love ini dengan ganas menyerang penyokong Pakatan Rakyat yang berdiri tepi jalan memegang sepanduk kempen undi PR, salahkan? adakah salah sampai diserang seperti dalam erang denan komunis....memang mereka ini tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini. 

"Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook. Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok.  Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan minta hon siapa yang setuju. Mereka tak kacau siapapun...

Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka


Jumaat, 3 Mei 2013

Apa kena dengan Harakahdaily

Sebentar tadi GMU cuba melayari website Harakahdaily namun selepas puas dicuba akhirnya keluar paparan ini. Tidak diketahui sebab, adakah kemungkinan ini taktik kotor pihak lawan cuba untuk hack website harakahdaily atau mungkin talian ke server harakahdaily di sibukkan....Apapun kita tunggu penjelasan harakahdaily. Dalam suasana kritikal menjelang pembuangan undi PRU ke 13 macam-macam boleh jadi. Harapan rakyat hanya akhbar online sahaja, berbanding pihak lawan yang menggunakan segala instrumen kerajaan dan segala media cetak,letronik,TV, TV satelite dan macam-macam lagi. Pada realitinya Pakatan Rakyat masih bertanding atas padang yang senget...