Kawan-kawan setia

Khamis, 22 Ogos 2013

Jom bersih

Islam mengutamakan kebersihan, kebersihan tanda kita beriman....namun rata-rata kita masih mengabaikan kebersihan. Kalau dibandingkan dengan negara-negara maju tahap kesedaran kebersihan kita masih jauh ketinggalan. Contoh paling mudah cuba lihat persekitaran kita, selepas kegiatan pasar malam kita, tandas-tandas masjid kita, ataupun tandas-tandas rumah kita...nampak sangat kita wajib mengubah sikap. Apa kita akan jawab dihadapan Allah bila disoal tetang kewajiban bersih?....Selaras dengan itu inisiatif DUN Bangi yang dipimpin oleh ADUN kita YB Ustaz Shafie Ngah wajib disokong. JOM BERSIH

Jemputan jamuan Hari Raya DUN Bangi


Kemalangan ngeri 2013 - Genting

(Genting Highland)
Tiga puloh tujoh penumpang bas meninggal dunia dalam kejadian paling ngeri sepanjang 2013 dimana bas tersebut menjunam kedalam gaung ketika menuruni Genting Highland sekitar jam 3 tadi (Rabu 21August 2013).Yang dikenalpasti meninggal terdiri dari 24 lelaki dan 13 perempuan. Enambelas orang lagi mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Isnin, 19 Ogos 2013

Krisis Mesir, inikah fahaman ulamak UMNO dan UMNO?

Dipetik dari media perdana, nampak sangat jelas pendirian kefahaman anak muda yang membentuk gabungan ulamak muda Malaysia dan menyokong UMNO. Setakat ini paling kedepan dalam gabungan ini dan sering megeluarkan kenyataan umum dimedia perdana seorang ustaz yang bernama Fathul Bari. Dalam krisis Mesir secara jelas beliau mempamerkan sikap dan pandangan beliau menyokong kerajan haram Mesir sekarang dan tidak bersetuju dengan saranan kebanyakan negara Arab yang tidak meniktiraf kerajaan tentera Mesir. Fahaman beliau juga seakan selaras dengan pandangan media antarabangsa, yang majoritinya melabelkan ikwan Muslimin sebagai pertubuhan pengganas dan menyokong pengharaman ikhwan sebagai parti politik yang sah. Melihat kepada sokongan dingin UMNO terhadap usaha menentang pembunuhan berama-ramai di Mesir sekarang, memungkinkan pegangan kumpulan UMM ini jugalah pegangan parti UMNO secara umum. Jika demikian kita amat dukacita kerana hakikatnya Ikhwan sedang di aniaya di Mesir dengan rampasan kuasa tentera, pembunuhan dan macam2 kezaliman. Ramai umat Islam dunia bersetuju bahawa apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah kezaliman tehadap umat manusia yang dilakukan oleh kerajaan haram Mesir. Walaupun bukan umat Islam, asalkan umat manusia, pasti simpati dengan apa yang berlaku di Mesir. Seperti kata Erdogan, kita tak perlu jadi rakyat Mesir, jadi manusia pun sudah memadai untuk jatuh simpati kepada pembunuhan beramai-ramai terhadap manusia yang hanya mahukan hak demokrasi ditempatkan di tempat asalnya. Sedangkan seekor kucing yang mati kita tangisi, inikan pula manusia yang mati ditembak dibakar dizalimi dengan kejam....