Kawan-kawan setia

Sabtu, 18 Januari 2014

Rais...Diluar kabinet baru bercakap pasal berfikir

Macam-macam kes berlaku kepada kabinet minoriti sejak menerajui semula kerajaan baru selepas PRU13. Terutama merujuk kepada kenyataan spontan dari wartawan akhbar perdana. Kenyataan mereka menjadi bahan ejekan rakyat terutama dalam kes kenaikan sara hidup dan harga barang keperluan yang menyebabkan rakyat semakin tertekan. Sikap dan kenyataan menteri-menteri seolah-olah gagal memahami kesusahan rakyat. Rakyat masih ingat kenyataan Husamuddin, Hasan Malek, Wahid Omar, Nazri Aziz dan yang terbaru kenyataan PM sendiri yang seoah-olah merendahkan mentaliti rakyat. 


Akibat dari itu ada suara-suara meminta para menteri kaji dulu kandungan jawapan sebelum di ucapkan kepada umum atau wartawan. Terbaru berita media perdana memaparkan kenytaan Rais Yatim mengaku mereka membuat silap. "Semua orang buat silap, saya sendiri pun buat silap, tapi kita perlu merancang dalam pemikiran sebelum mengeluarkan kenyataan," demikian kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim. Beliau juga menasihatkan menteri kabinet agar lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tiada ulasan: