Kawan-kawan setia

Selasa, 6 Mei 2014

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


(Allahyarham Pak Aziz bersama-sama rakan2 di majlis perkahwinan anak seniwati Sofea Ibrahim, Hairee Cool di Gombak)
Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa. Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah Ahmad Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok. Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Tiada ulasan: