Kawan-kawan setia

Rabu, 2 Julai 2014

Kasim Ahmad, Better late than never

Setelah sekian lama dibelit kontoversi, akhirnya umat Islam dapat melihat ketegasan dari pihak berwajib, tentang status Kasim Ahmad yang banyak memanaskan kepala otak umat Islam. Dipetik dari MStar online, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu. 'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' itu berlangsung di Putrajaya. "Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang. Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit. "Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya

Tiada ulasan: