Kawan-kawan setia

Jumaat, 18 Julai 2014

Lagi musibah melanda negara

Belum pun habis belum pun selesai kes MH370, air mata 370 masih belum kering, hari ini dikejutkan lagi dengan MH17 ditembak jatuh di Ukrain. Mendukacitakan di saat kita beribadat bulan Ramadhan yang mulia, ada sahabat, saudara kita bersedih dengan kehilangan tragis insan-insan kesayangan mereka. Yang menjadi tanya mengapa MH17 melalui laluan negara bergolak, sedangkan kebanyakan negara-negara sudah mengubah laluan kerana bimbangkan keselamatan pesawat. MAS tak peka ke perkara ini berkemungkinan berlaku?....

Pihak terbabit telah mengesahkan jumlah keseluruhan penumpang termasuk krew pesawat MH17 yang terhempas berjumlah 298 orang termasuk tiga bayi. MAS dalam kenyataannya berkata, pecahan penumpang seperti berikut:
Belanda 154 orang
Malaysia 43 orang termasuk 15 krew dan dua bayi.
Australia 27 orang
Indonesia 12 (termasuk 1 bayi)
United Kingdom 9 orang
Jerman 4 orang 
Belgium 4 orang
Filipina 3 orang
Kanada 1 orang
.
Walaubagaimanapun 41 penumpang yang berada di dalam pesawat itu masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka menjadikan jumlah keseluruhan 298

Tiada ulasan: