Kawan-kawan setia

Ahad, 31 Ogos 2014

Bangi Gateway, mercutanda baru Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi terus berkembang dengan terdirinya beberapa mercutanda baru termasuk Bangi Gateway ini. Berada dilokasi yang sangat strategik, sesuai dengan nama Bangi gateway iaitu pintu masuk Bandar Baru Bangi. Sebaik sahaja melepasi tol masuk ke Bandar Baru Bangi, sudah kelihatan Bangi Gateway yang tersergam indah.

Walaupun masih belum dipenuhi lot-lot niaga yang ada, pengunjung sudah berpusu-pusu memenuhi lot lot parking, kemungkinan datang meninjau atau membeli-belah distor-stor yang sudah beroperasi.

Pembangunan Bangigateway ini pun masih belum selesai sepenuhnya dimana masih ada bahagian-bahagian dalam pembinaan.
Pengunjung mungkin tertarik dengan nama-nama lot niaga yang menarik seperti restoren Teh Tarik Place ini...







Tiada ulasan: