Kawan-kawan setia

Rabu, 27 Ogos 2014

Bulan haji telah tiba lagi

Sedar tak sedar, kita bakal didatangi buat sekelian kalinya, dengan bulan haji. Arab Saudi menjangkakan akan menerima 1.3 juta bakal haji dari seluruh dunia pada tahun ini. Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan, kira-kira 228,000 jemaah adalah terdiri dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Manakala Turki dan Eropah menghantar 190,000 orang dikuti 170,000 dari negara Afrika bukan Arab serta 63,000 dari Iran. Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini bermula hari ini 27 Ogos 2014 bersamaan 2Zulkaedah 1435, manakala penerbangan akhir 27 September 2014 iaitu berjumlah sebanyak 64 penerbangan dijadualkan musim ini bagi membawa 22,320 bakal haji Seperti biasa penerbangan awal akan membawa bakal hai ke madinah yang kebanyakannya menunaikan haji tamattuk iaitu mengerjakan umrah dahulu kemudian mengerjakan haji.

Tiada ulasan: