Kawan-kawan setia

Isnin, 4 Ogos 2014

PNP kuat tetapi kelihatan semakin longgar

Walaupun berbagai berbagai fitnah, kerajaan PR-DAP dan komuniti Islam tetap utuh
PNP atau program Pecah dan perintah atau BNR break and rule memang popular dan selalu digunakan pihak tertentu untuk memecah sesuatu kesatuan lain yang dianggap musuh supaya lemah dan dapat dikuasai. Tetapi dalam kes BN terhadap PR nampaknya kuat kali ni, namun semakin hari semakin longgar. Berbagai isu dicipta yang terkini isu MB Selangor. BN dengan seluruh kudrat cuba memecahkan gabungan PAS dari PR hasil dari tindakan PKR ingin memecat TSKI dari kerusi MB di top up dengan kenyataan Presiden PAS tidak bersetuju TSKI dilucutkan, maka berbagai polemik diada-adakan. Satu surat dikeluarkan yang ditandatangani oleh Hj Mustafa Ali, kononnya PAS telah dengan rasminya keluar PR. Tindakan tidak matang budak-budak sekolah ini menjadikan PNP tajaan BN semakin rapuh dan kelihatan hodoh. PR kelihatan keruh dimuara tetapi dihulunya masih jernih, jika kocakan ditebingnya semakin letih dimuara pun pasti akan bersih jernih semula

Tiada ulasan: