Kawan-kawan setia

Jumaat, 31 Januari 2014

Penganggur kelar anak seorang mati di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

BANGI: Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang Khamis.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata, seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anaklelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka,yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
Anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalambilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
Beliau berkata, polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
Abd Rahim berkata, polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - BERNAMA

Sabtu, 18 Januari 2014

Rais...Diluar kabinet baru bercakap pasal berfikir

Macam-macam kes berlaku kepada kabinet minoriti sejak menerajui semula kerajaan baru selepas PRU13. Terutama merujuk kepada kenyataan spontan dari wartawan akhbar perdana. Kenyataan mereka menjadi bahan ejekan rakyat terutama dalam kes kenaikan sara hidup dan harga barang keperluan yang menyebabkan rakyat semakin tertekan. Sikap dan kenyataan menteri-menteri seolah-olah gagal memahami kesusahan rakyat. Rakyat masih ingat kenyataan Husamuddin, Hasan Malek, Wahid Omar, Nazri Aziz dan yang terbaru kenyataan PM sendiri yang seoah-olah merendahkan mentaliti rakyat. 


Akibat dari itu ada suara-suara meminta para menteri kaji dulu kandungan jawapan sebelum di ucapkan kepada umum atau wartawan. Terbaru berita media perdana memaparkan kenytaan Rais Yatim mengaku mereka membuat silap. "Semua orang buat silap, saya sendiri pun buat silap, tapi kita perlu merancang dalam pemikiran sebelum mengeluarkan kenyataan," demikian kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim. Beliau juga menasihatkan menteri kabinet agar lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Jumaat, 3 Januari 2014

Lidah tak bertulang

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam. 

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.